Friday 27 January 2012

Peranan Blogger makin celaru dalam PRU-13

Komunikasi adalah alat yang menakjubkan berupaya menghubungkan sesama manusia selain mendekatkan yang jauh, atau merenggangkan yang dekat. Ia menjadi sebahagian daripada strategi penguasa alat kemunikasi. Akhbar, majalah, radio dan televisyen semenjak dahulu lagi sudah menjadi wahana sejagat yang penting dalam sejarah tamadun manusia.

Manusia mendekatinya kerana komunikasi sebahagian daripada pencetus tamadun baru dunia. Hari ini internet, laman web, facebook, twitter dan google + memberi tafsiran berbeza terhadap erti kebebasan media itu sendiri.

Kalau dahulunya tentera Jepun menyerbu Pearl Harbor, radio menjadi alat sebaran am terpenting. Perisik Jepun menyerbu wilayah timur Amerika Syarikat (AS) di pesisir Lautan Pasifik ketika pertukaran jam kerja ketenteraan.

Mereka menafsir arah angin dan bentuk gelombang di lautan. Mereka merisik kegiatan tentera AS dan mendapatkan maklumat sebelum menyerbu pantai dan ruang udara. Alat komunikasi mempunyai natijah tersendiri ketika perancangan peperangan.

Begitu juga dalam pilihan raya Kerajaan BN telah menggunakan Akhbar, Radio dan TV untuk menguasai minda rakyat yang rata-rata di Tanah Melayu masih ketinggalan. Sekarang sudah berbeza sama sekali dan perkara ini jelas dalam beberapa siri pilihan raya muktahir di Tanah Air kita.

Kerajaan BN nampaknya tidak memandang remeh terhadap perkembangan media baru ini kerana ia mampu gegarkan politik negara. Malah suara media baru mampu menggerakkan gerakan pelajar untuk menuntut keadilan seperti yang berlaku di Timur Tengah. Peranan rakan maya membawa kesan yang besar dalam menyebar maklumat, sekali gus mampu mempengaruhi senario politik negara.

Apabila media arus perdana tidak dipercayai dari segi kreadibilitinya, media baru adalah alternatif. Melaluinya, tenaga kerja secara khusus tidak diperlukan dan sebahagiannya adalah mereka yang tak perlu diupah malah hebahannya juga secara percuma kepada rangkaian pembaca yang besar.

Ketagihan rakyat terhadap media baru juga seharusnyatidak dipandang sepi. Rakyat hari ini rata-rata memerlukan kepada sumber yang cepat dan benar. Pasal itu penulis internet yang dikenali sebagai blogger cukup disanjung.

Malangnya akhir-akhir ini, sikap blogger berpuak-puak dan bermusuhan antara satu sama lain yang lebih bersifat menjalan misi dan rancangan orang-orang atau kumpulan tertentu, penulisan tidak lagi menjurus kepada etika dan kebenaran malah rata-rata blogger mengulas mengikut fakta doktrin 'orang-orang' tertentu menjadi pengguna media baru sudah mula sangsi akan maklumat yang disampaikan oleh media baru ini.

Apabila moral dan etika sudah tidak dijadikan asas penulisan, sekarang ini banyak maklumat palsu atau sengaja dipalsu untuk sesuatu tujuan tanpa menghirau tentang dosa dan pahala menyebabkan kredibiti penulis yang dikenali blogger makin tidak mendapat tempat.

Saya setuju pendapat yang dikemukan oleh Profesor James Chin, dalam diskusi Politics Unusual – What To Expect In the Next General Election anjuran Asli (Asian Strategy and Leadership Institute) di Sunway Resort Hotel & Spa, Selasa 17 Januari 2012.

Profesor James Chin, seorang panelis dan Ketua Jabatan Social Sciences, Monash University, Kampus Sunway, Selangor, menegaskan mengikut beberapa kajian mutakhir, bloggers tidak akan berperanan, atau berpengaruh dalam PRU13 seperti dalam pilihan raya umum lalu.

Antara sebabnya sebagaimana dikemukan oleh Prof. James ialah pembaca blog telah mengetahui sebahagian besar bloggers tidak bebas, tidak berkecuali; tidak sederhana; mereka ada agenda tertentu, mereka sebagai ajung (adjunct) parti-parti politik tertentu. Ada ajung Pakatan Rakyat dan sekarang sudah wujud bloggers ajung BN/Umno. Hasil kajian itu nampaknya blog hanya dibaca oleh pengikut setia tertentu sahaja, bukan oleh pengundi bebas atau pembaca atas pagar. Apa yang perlu dan harus ada ialah bloggers yang moderate, sederhana dan neutral yang mampu mengalih perhatian dan mempengaruhi pengundi bebas dan pembaca yang independent.

Memang sukar untuk mendapat penulis yang benar-benar mengktik atas suara hati rakyat yang mahukan suatu yang benar ikhlas dan jujur dalam menganasilis isu-isu rakyat. Jika kita menegur sesuatu, cemuhan dan kata nista akan mewarna penulisan dan teguran. Tidak ada lagi rasional dan sikap ta'asud telah membuatkan ramai pemimpin merasa mereka itu sentiasa benar.

Untuk menghasilkan suatu kepimpinan rakyat yang mantap, pemimpin haruslah dikritik secara jujur dan ikhlas oleh rakyat. Saya pernah mencadangkan kepada seorang penulis lama, kawan baik saya untuk membina satu blog untuk mengkritik Presiden PAS dalam apa jua tindakan yang dibuat. Kritikan ini mestilah kritikan membina yang akan menegur setaip perbuatan dan perjalanannya, mengkritik orang dipersekitarannya yang melakar politik Presiden.

Tapi malangnya kawan saya tidak bersedia kerana sifat ta'asud yang menebal. Malah kawan saya menyebut lagi sukar untuk menegur Anwar Ibrahim atau Mursyidur Am di internet.

Apa yang boleh berlaku ialah blogger akan lebih bersifat pengampu untuk mendapat tempat pada kumpulan-kumpulan tertentu. Pasal itu tidak hairan tidak ada lagi gah pada blogger.

Oleh






Monday 23 January 2012

Orang melayu tak hebat walaupun makan roti

Tajuk artikel yang saya pilih ini agak pelik. Penulisan saya sebelum ini seperti  "Presiden dan Mursyidul Am PAS, siapa lebih power?" pun tidak difahami maksud sebenar yang tersirat menjuruskan kepada perbahasan penstrukturan organasasi PAS. Rata-rata yang komen memahami secara luaran sahaja. Tak apa itu lumrah, kita tak boleh membuat semua orang faham sebagaimana kita faham.

Jepun mengubah cara permakanan bangsanya untuk menjadi bangsanya kuat selepas kalah dalam perang dunia. Dulu orang Jepun makan nasi banyak daripada lauk sekarang orang Jepun makan lauk banyak daripada nasi, tak hairan kita lihat makanan Jepun sedikit aje nasinya.

Orang Melayu juga lemah, mereka mudah diperkotak-katikkan. Sebab itu yang lebih semangat Melayu bukan Melayu 100%. Tun Mahathir yang dikata racist Melayu tu pun ada berapa peratus Melayunya? Yang demo di Pulau Pinang atas nama UMNO pun rasanya bukanlah Melayu sangat pun.. semuanya rasanya campuran untuk menguat bangsa Melayu. Kita campur besi dengan karbon untuk menjadi keluli bagi menguatkan besi.

Adakah orang Melayu jika makan roti dia jadi kuat? Sekarang ini Melayu diperbodohkan dengan politik roti.

Orang marahkan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary kerana dia dikatakan membantu UMNO. Banyak kecaman kepada Tan Sri Syed Mokhtar dalam internet. Tan Sri ini mula dikecam apabila enggan membeli tepung FMM Berhard kepunyaan Robert Kuok kerana terbukti ada DNA babi.

Di Negeri China sebagai pengeluar gandum terbesar, banyak gred gandum. Gred yang diimport oleh Robert Kuok adalah gandum yang rendah kualitinya dan sebagai gandum yang rendah kualiti ini selalunya di campur dengan hampas gandum untuk makanan pertenakan babi di sana.

Kita masih ingat bagaimana produk buah kurma yang dikuasa oleh bangsa asing sebelum ini, zaman kita masih kecil. Buah kurma datang dalam guni melekat dan dijual macam jual beras, gandum dan jagung. Itulah kebagaan kita untuk berkuka puasa dan bertarawih.

Tapi bila sekarang orang Islam menguasai pasaran buah kurma, kita tak jumpa lagi buah kurma yang rendah kualiti yang dicampur dengan manisan dan gula. Semuanya untuk mendapat untung lebih.... itulah makanan kita.

Akibat marahkan Tan Sri Syed Mokhtar, Robert Kuok telah menghasilkan satu produk roti baru yang dinamakan  MASSIMO. Tujuan roti ini adalah untuk bersaing dengan roti Gardenia. Malangnya seorang Islam berbangsa Melayu bekas Manager Gardenia telah diambil mengetuai kilang roti Massimo dan meniru hampir semua produk Gardenia.

Politik perkauman kononya Tan Sri Syed Mokhtar adalah kroni UMNO telah dijaja dan banyak kecaman dalam forum-forum terhadap Tan Sri Syed Mokhtar telah dibuat dengan pelbagai isu. Pakatan Rakyat juga cuba dipengaruhi dalam hal ini.

Saya agak pelik dan hairan bagaimana kita boleh kata Tan Sri Syed Mokhtar itu kroni UMNO dalam masa yang sama kita menepikan Robert Kuok? Apakah Robert Kuok itu bukan kroni UMNO/BN. Bagaimana Robert Kuok mendapat Special AP sehingga dikatakan Raja Gula? dan menjadi antara orang terkaya di Malaysia? Jangan kita bodoh sangat dalam hal ini.

Dulu masa Maxis bagi 4 billion kepada UMNO untuk pilihan raya. Kita juga diarahkan untuk menukar handphone daripada Maxis kepada lain-laian jenama, kononya nak boikot Maxis. Saya juga turut terbabit, walaupun nombor Maxis itu cukup cantik, saya juga tukuar kepada TMnet pada masa itu. Tiba-tiba saya dapat tahu alMarhum Ustaz Fadhil Mohd Nor juga ada no Maxis, saya rasa macam diperbodohkan oleh kempen itu.

Orang Islam kena berhati-hat dalam soal makanan. Soal halal dan bersih.

Dulu saya masih ingat bagaimana roti High5 yang kilangnya terpaksa di sintai kerana kotor dan menjijikkan. Tuan punya syarikat roti High5 sampai sekarang masih tidak minta maaf kepada orang-orang Islam. Malah dengan ego menepikan semuanya. Lagi malang Dato' Dr Hassan Din al_hafiz dipergunakan untuk kempen roti ini bagi menaikkan semula jualan. Bagaimana artis Melayu Islam menjadi model dalam iklan dengan bertudung semuanya untuk memainkan sentimen keIslaman. Akhirnya kita Islam (Melayu) diperbodohkan dalam hal ini.

Saya sampai sekarang masih leagi memboikot roti High5 kerana mereka biadap dan durjananya terhadap pengguna.

Kilang roti High5 yang kotor
Tan Sri Syed Mokhtar seorang yang rendah diri. Yayasan Syed Bukhari telah banyak membantu golongan miskin dalam pelajaran anak-anaknya. Banyak keas tuisyen hampir setiap kawasan di wujudkan untuk memberikan pendidikan secara percuma.

Oleh itu jangan kita terikut dengan sentimen akhirnya menjerat kita sendiri. Saya masih sukakan roti Gardenia kerana produk orang Islam yang terjami halal dan bersih.

Saturday 21 January 2012

Presiden dan Mursyidul Am PAS, siapa lebih power?

Dari mula baca di sini...

Selepas lelaki itu keluar daripada warung, kawan saya mula bersuara, "Majlis Syura tak pernah bermesyuarat ke?" dia pula mengaju soalan kepada saya.

"Entah, saya tak pasti". Saya menjelas secara ikhlas sebenarnya saya tak tahu tentang hal ini. Tapi hati kecil saya mengiyakan bahawa banyak tindakan dalam PAS akhir-ahlir ini agak tidak menentu kerana Majlis Syura tidak berfungsi dengan baik. Mungkin pendapat saya ada yang tak bersetuju. Tapi itu sekadar pendapat.

"Siapa lebih power antara Mursyidur Am PAS atau Presiden?" Kawan saya mulai nak buat lawak. Saya sebenarnya malas nak layan tapi ambil hati masih melayan. Tapi kali ini saya menggunakan kaedah Socrates, "Speaker Dewan dan Perdana Menteri siapa lebih kuasa?"


Dia kata kepada saya, aku tanya ini pasal banyak sangat soalan terutama daripada wartawan menuju kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak kepada Presiden PAS. Dalam banyak hal Presiden PAS soalah-olah diketepikan oleh media.

Aku berpendapat Mursyidur Am PAS macam speaker, makna dalam PAS ini ada kuasa yang lebih daripada Presiden dan dia mengetuai Majlis Syura PAS. Keputusan Dewan Harian PAS yang diputuskan jika ada bercanggah dengan syara' boleh dibatalkan oleh Majlis Syura yang dipenegrusikan oleh Mursyidur Am.

Tapi di luar, PAS
mestilah dilihat bahawa yang berkuasa ialah Presiden bukan Mursyidur Am. Kecelaruan dalam hal ini amat ketara dan itu pasal imej Presiden nampak lemah pada mata kasar orang awam. Tak hairanlah Prof. Aziz Bari mengatakan Presiden PAS sekadar pemasang khemah.

"Aziz Bari minta pecat Presiden" suara sebelah kami menyampuk. Kami makan di warung kebetulan meja warung itu panjang, disebelah hujung itu ada beberapa orang sedang menikmati hidangan. Rupanya mereka juga tertarik apa yang dicetus oleh orang tua yang dah keluar daripada warung.

"Akhirnya Aziz Bari yang kena pecat...kan!!" saya menjawab sambil gelak kecil. Jawapan itu sebenarnya jawapan hormanis.. kepada orang-orang yang tidak dikenali. Saya menyebut kepada mereka, ulama yang ikhlas dalam perjuangan walaupun nampak bodoh kita jangan hina mereka kerana merasai keilmuan kita lebih tinggi daripada mereka. Allah mungkin lebih sayang dia daripada kita. Allah biasanya akan menunjukkan sesuatu agar kita mengambil teladan.

Saya berpendapat apa yang berlaku pada Prof, Aziz Bari boleh diambil pengajaran, kerana saya hadir di Taman Melewar semasa orang mempertikaikan Presiden dan Presiden PAS masih boleh duduk dihadapan mencatat apa yang ditegur kepadanya.

Kebetulan pula beberapa masa selepas itu saya berkesempatan berjumpa Presiden 'face by face' dan pada kesempatan ini saya tanya banyak soalan, antaranya mengenai kajian Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah yang bersama dengan Prof Dr Aziz Bari pada malam tersebut. Presiden menjawab, PAS juga ada kajiannya. Kajian PAS lebih detail dan menyeluruh daripada kajian prof berkenaan. Kita mendalami kepada akar umbil melalui skuad skuba dan waja. Kita melihat realiti yang berlaku daripada pandangan masyarakat kampung jelas {residen PAS kepada saya.

Saya bertanya Presiden, kenapa tidak disebut tentang PAS ada kajian sendiri pada malam itu. Presiden PAS menjawab pendek sahaja, buat apa nak didedahkan apa yang kita ada lagi pun malam itu kita hendak mendengar kritikan orang luar kepada kita.

Saya sambung lagi isu Presiden dan Mursyidur Am, siapa yang lebih berkuasa.

Saya kata kalau speaker bersyuara di luar Dewan, orang kata speaker tidak betul. Sama juga saya berpendapat (ini mungkin pendapat saya, pembaca nerhak untuk tidak menerima) Mursyidur Am PAS tak sepetatutnya mengeluar pendapat atas batang tubuh Mursyidur Am untuk kenyataan awam. Kenyataan ini 'mesti' akan menghuru-harakan PAS.

Saya tambah lagi jika Mursyidur Am mengeluarkan pendapat dan pendapatnya bercanggah dengan Presiden ini lagi menghuru-harakan PAS. Apa guna PAS ada Majlis Syura kalau Mursyidur Am lebih suka membuat kenyataan di luar?

Sedagkan semua ahli PAS tahu Presiden pun salah seorang daripada ahli Majlis Syura. Kan lebih baik percanggahan pendapat diselesaikan di situ. Bukan seperti yang pernah berlaku bercanggah pendapat di media, kemudian ahli dah jadi tak menentu, dalam media internet berperang sama sendiri barulah nak diadakan perjumpaan di JKR 10 atas dasar nak selesaikan masalah berlaku.

Kan bodoh nampaknya...

Sepatutnya selesaikan masalah di dalam Majlis Syura dan buat kenyataan bersama. Ahli pun taklah pening kepala...

Friday 20 January 2012

Majlis Syura PAS makin lemah dan lesu?

Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM Bangi, Selangor dalam satu kajian mengenai "Kepimpinan dan Kedudukan Ulama dalam Organisasi Parti Islam Semalaysia (Pas)" ada menyebut beberapa para tentang wujud kelesuan Majlis Syura PAS dalam menangani isu-isu semasa muktahir ini.

‘Majlis Syura Ulama’ yang boleh disifatkan sebagai ‘supreme council’ dalam PAS ini boleh dikatakan berfungsi sebagai mengambil alih fungsi Dewan Ulama yang dilihat kuasanya amat terbatas pada peringkat awalnya. Kewujudan majlis ini mungkin disebabkan PAS cuba menjalankan segala aktivitinya menjurus ke arah konsep ‘syura’ yang sememangnya sangat ditekankan dalam ajaran Islam.

Apabila menyingkap sejarah PAS, kewujudan Majlis Syura Ulama ini adalah titik tolak bermulanya era ‘Kepimpinan Ulama’ yang memperlihatkan hasilnya hingga saat ini. Bermula ketika era kepimpinan Yusuf Rawa, perlembagaan parti telah dipinda beberapa kali setelah hampir setahun pimpinannya sehingga akhirnya terbentuk Majlis Syura Ulama yang merupakan badan tertinggi dalam PAS (Riduan 2004: 83).


Anda mungkin rimas apabila menyebut tentang kajian-kajian budak U. Orang pun kurang faham perkara yang abstrak. Adalah lebih baik menjurus macam mana orang kampung bercakap.

Semalam saya ditanya oleh seorang yang sudah berumur, mungkin lebih berumur daripada saya. "Kenapa PAS bagi Exco Agama kepada PKR"?

Saya diam tak menjawab, dia tenung saya. Saya bertanya "Tanya saya ke?"

"Habis siapa yang boleh menjawab, selain daripada ustaz?" Katanya.

Lagi rimas dibuatnya, sebab saya bukan ustaz sekadar berketayap sahaja. "Oii, saya, saya bukan ustaz" kata saya. "Bukan ustaz pun takkan tak tahu" macam perli aje.

"Itu telah diputuskan. Telah wujud perbincangan antara PAS dan PKR dalam hal ini. Ini telah dijelaskan oleh Dr Rani, Persuruhjaya Selangor dalam Sinar Harian"
kata saya.

"Lagipun PKR berjanji akan memulangkan semula jawatan ini, sekejap aje kata saya. Ini telah ditegaskan oleh Persuruhjaya PAS" tambah saya lagi.

Orang itu nampak macam tak ada reaksi yang bersetuju, muka dia semacam aje. Dia menjawab pendek "Betul ker..?

Saya tak memberikan sebarang reaksi daripada kenyataan pendek dia itu. Dia menghirup teh dan berkata "Majlis Syura setuju ke?"

Saya kata, "Majlis Syura pasti setuju"

Dia senyum dan berkata "Majlis Syura tak pernah bermesyuarat pun. Majlis Syura dalam PAS dan tak ada apa-apa manafaat lagi" Selepas itu dia bersyarah kepada saya.

Saya simpulkan sahaja apa yang disyarahkan kepada saya dan audian di warung itu.

Saya anggap orang itu adalah ahli biasa PAS, yang cukup prihatin tentang PAS. Dia selamba bercakap di warung yang terbuka mengkritik Majlis Syura PAS yang tak berfungsi. Dia berpegang isu Dr Hassan Ali tidak melarat sebegini kalau Majlis Syura berfungsi dengan baik. Malah dia menuduh Majlis Syura tak pernah bermesyuarat pun.

Anggapannya Majlis Syura adalah macam kita takutkan anak-anak dengan cerita hantu. Jadi ahli PAS dimomok dengan Majlis Syura sedangkan Majlis Syura itu sudah tidak ada lagi bagi pandangan dia. Tak wujud sebenarnya.. Itu kata-kata akhir dia sebelum dia meninggalkan saya sambil memanggil pekerja warung untuk membayar harga makanan.

Benarkan Majlis Syura tak pernah bermesyuarat?
Pembaca boleh menjawab...

Sebelum ini Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah menyebut beliau tak pernah hadir dan memanggil mesyuarat untuk Majlis Syura pada penggal lalu. Adakah penggal baru ini sama seperti dulu??

Malanglah buat PAS kalau badan utamaini betul-betul tidak pernah bermesyuarat!!