Thursday 8 August 2013

Mercun Bola

Belum sempat saya masuk kereta, saya terlihat satu gerai menjual bunga api dan mercun.

"Nanti dulu Azwan, saya nak lihat" saya terus ke gerai menjual bunga api dan mercun. Membelek-belek sambil melihat saya di sapa penjual.

"Murah aje, malam ni nak lego" (lego maksud lelong)

"Mercun bola ke ni saya tanya" saya tak mahir sangat pasal mercun.

"Mercun telur, lebih kurang macam mercun bola tapi besar sedikit" kata penjual.

"Berapa" saya tanya

Mercun telur, hampir sama dengan mercun bola
"Bayar RM14 sahaja" maksudnya RM14 seratus biji yang dibungkus dalam plastik.

"Terima kasih, sekadar tanya sahaja" lalu saya meninggalkan gerai tersebut.

"Mercun telur tak bagus, pasal besar, kalau mercun bola kecil mudah di bawa masuk stadium" kata Azwan.

Saya sekadar diam... Dalam hati Azwan ni kaki mercun juga.

"Macam mana boleh boleh jual secara terbuka? Tak ada polis ke?" saya merunggut.

"Kalau dadah berkilo-kilo boleh dibawa masuk menggunakan plastik gelenya (beg palstik), inikan mercun lagi mudah" kata Azwan.

Semalam Wahab beli pun harga macam ni juga kata Azwan kepada saya. Anak-anak Wahab main mercun, biar betul. Cucu Haji Teh, Iman masjid!! Saya menjadi hairan ramai orang surau dan masjid yang ada kesedaran Islam masih biarkan anak-anak atau cucu main bunga api dan mercun sedangkan secara halus perkara ini tak serasi dengan amalan Islam.

Jika kita yang ada kesedaran Islam tak ada sensitif tentang perkara ini, siapa lagi yang akan membetulkan keadaan. Harap kepada penguat kuasa?

Saya berpendapat pihak penguasaan polis dan kastam tidak memainkan peranan yang serius dalam hal penguatkuasaan bunga api dan mercun.
Bunga api dan mercun, sekarang telah menjadi sinonim dengan masyarakat Melayu. Tak tahu macama mana budaya masyarakat Cina yang menggunakan mercun untuk menghalau roh jahat semasa sambutan Tahun Baharu Cina, kini menjadi kelaziman masyarakat Melayu. Entah hantu apa yang merasuk di kepala masyarkat Melayu. 

Tak banyak catatan tentang bila pengaruh masyarakat Cina masuk ke dalam budaya masyarakat Melayu. Yang kita tahu semenjak saya kecil lagi sudah ada bunga api dan mercun. Tiap kali Ramadan meriam buluh akan menyerikan suasana.

Hari ini, bunga api dan mercun mengalami perubahan yang sangat mendadak dibuat macam ala perang dengan bom tangan dan bunyinya juga cukup mengegarkan.

Tindakan pihak berkuasa membuat pemantauan di sempadan, masih belum menampakkan hasil yang positif, malahan tangkapan demi tangkapan membuktikan pihak penyeludup tidak berputus asa membawa masuk bekalan bahan terlarang ini ke pasaran gelap dalam negara kerana ia perniagaan bermusim yang menguntungkan.
Anak-anak remaja kita agak 'kreatif' apabila bermain mercun. Hasilnya, kita dikejutkan dengan berita kecederaan akibat bermain mercun, seperti kehilangan jari akibat kesilapan memuatkan belerang mercun dalam bekas silinder besi umpamanya. Kita pernah dikejutkan dengan kisah tragis seorang anak kecil yang mayatnya tersangkut di pokok akibat letupan mercun di stor berhampiran rumahnya di Terengganu beberapa tahun yang lalu.

Apa yang menyayat hati ialah kebanyakan kanak-kanak yang menjadi mangsa mercun ini bukan setakat mengalami kecederaan melecur di tangan dan jari tetapi ada yang hancur ibu jari dan hampir menjadi kudung.

Jangan hairan jika menjelang Syawal, tragedi akibat bermain mercun bagaikan tidak berkesudahan. Sudah tiba masanya, kerajaan bertindak lebih tegas tanpa ada retorik dan alasan berjela-jela dalam menguatkuasakan tindakan terhadap mereka yang menjual dan memiliki mercun. 

Mercun bom
Kejadian penyeludupan, pengedaran dan jualan mercun dan bunga api yang sentiasa berlaku hanya boleh dihentikan melalui penguatkuasaan ketat dan dengan kerjasama orang awam yang tidak membeli barang tegahan tersebut.

Di bawah Seksyen 4 (2) Akta Bahan Letupan 1957, sesiapa yang didapati membuat, memiliki atau mengimport mercun dan bunga api boleh dipenjara tidak kurang daripada lima tahun atau didenda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Pelanggaran undang-undang yang sedia ada untuk mengawal penyeludupan, pengedaran dan jualan barang tegahan secara terang-terangan adalah jelas tidak dipandang serius oleh pihak yang melanggarnya.

Dengan itu, undang-undang tersebut perlu dipinda dengan turut memasukkan perkara-perkara berikut:

1. Hukuman penjara mandatori bagi penyeludup termasuk rampasan harta dan asetnya;

2. Kenderaan yang barang tegahan itu ditemui di dalamnya perlu dirampas dan dilelong.

3. Tindakan tegas juga perlu diambil terhadap orang yang ditangkap kerana bermain mercun dan bunga api. Denda berat dan hukuman penjara perlu dikenakan ke atas peruncit serta orang awam yang didapati menjual mercun.

Nukilan



4 comments:

  1. yg tak bagusnya bila rampas, org yg merampas tu bg pd ank2 n sedara2 main bnda yg dirampasnya..

    lg kronik, diaorg pula jual benda yg dirampasnya..

    mana nk sette masalah ni

    ReplyDelete
  2. Ilmu membimbing kita ke jln benar ikut acuan Allah.
    Ada ibu bapa yg x berilmu benarkan anak2 main mercun mlm raya, malah sama2 seronok tengok, sdngkan mlm tu sepatutnya diisi dgn takbir, solat jamaah, baca yasin hadiahkan keluarga yg telah meninggal.
    Berapa ringgit ntah yg telah terbakar sia2, menganggu ketenteraman jiran2 pulak tu.

    Kita jgn takut utk menegur , berkata benar wlu pahit, sbb klu x tegur, kita akan ditanya oleh Allah nanti membirkan mereka dlm jahil. Samade mereka nak terima atau tak, bkn urusan kita lagi.

    ReplyDelete
  3. Anonymous 22:40,
    Saya sangat setuju, bukan mercun malah banyak barangan rampasan misalnya VCD, Rokok dsbnya dibahagikan untuk kegunaan penguatkuasa. Amalan ini mata tidak sihat di Malaysia.

    ReplyDelete
  4. Anonymous 15:13,
    Jika tidak diebdung perkara ini akan meresapi budaya Islam di Negara kita. Siapa yang lebih berhak kalau bukan kerajaan membendungnya sebelum nilai Islam sebenar hilang sikit demi sedikit.

    ReplyDelete