Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan sedang meneliti pelbagai aspek mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), termasuk pindaan terhadap akta berkenaan. Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat bersama bekas Ketua Polis Negara di kementeriannya semalam.
Mengikut khabar angin, kerajaan dijangka mengumumkan sedikit masa lagi mengenai langkah reformasi terhadap beberapa akta keselamatan termasuk ISA.
Saya tak pasti sejauh mana perkara ini sedang dibincangkan tetapi setahu saya, pada 3 April 2009, di Balairong Seri,Istana Negara.Kuala Lumpur DS Najib telah menyatakan bahawa kesediaan kerajaan di bawah pentadbirannya untuk mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri bersesuaian dengan keadaan zaman dan selari dengan gagasan 1Malaysia.
Menteri Dalam Negeri Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn telah menyatakan bahawa akta ISA akan dilakukkan pindaan pada persidangan parlimen penggal kedua iaitu antara 19 Oktober 2009 hingga 15 Disember 2009. Dato seri Hishamuddin juga menegaskan bahawa draf pindaan akta tersebut telah sedia untuk dibentangkan pada bacaan kali pertama.
Menurut Dato Seri Hishamuddin, pindaan pada akta ISA ini akan memberikan penekanan kepada beberapa aspek setelah mendengar desakan rakyat iaitu;
i) Tempoh tahanan
ii) Hak dan layanan keatas keluarga dan tahanan
iii) Bidang Kuasa Menteri
iv) Persepsi Kuasa-Kuasa dibawah ISA
v) Tahanan Tanpa Bicara
Untuk pengetahuan pembaca Akta Keselamatan Dalam Negeri dilaksanakan berdasarkan Artikel 149 Perlembagaan Persekutuan dan telah dikuatkuasakan pada 1 Ogos 1960 di Malaysia Barat dan dikuatkuasakan di Malaysia Timur pada 16 September 1963 mengantikan Ordinan Darurat 1948.
Akta yang mengandungi 85 Fasal ini telah dipinda sebanyak 20 kali. (Kalau pinda lagi sebelum PRU-13 ini kali ke 21)
Asas tujuan akta ISA 1960 ini dibentuk adalah bagi mengawal keselamatan negara dari ancaman Komunis pada waktu tersebut, dari semasa ke semasa pindaan akta ini dilakukkan berdasarkan kepada keperluan semasa.
Dibawah akta ini, kuasa penahanan pencegahan ada dinyatakan dalam fasal 8(1) telah menyebut
“Jika menteri berpuashati bahawa mana-mana orang adalah perlu dengan tujuan untuk mencegah orang itu dan bertindak dalam apa-apa cara yang mendatangkan mudarat kepada keselamtan Malaysia atau mana-mana bahagianya, dia boleh membuat surat perintah mengarahkan supaya orang itu ditahan bagi mana-mana tempoh tidak melebihi dua tahun.”
Sejauh mana pindaan baru ini akan dimainkan oleh media massa kerajaan saya tak pasti. Tapi semenjak DS Najib mengambil alih 2009 isu ini telah disebut tapi sampai hari ini masih dalam kajian walaupun disebut akan dibentangkan seolah rakyat diperbodohkan.
Adakah rakyat akan dimanipulasi selepas isu Mat Sabu yang mula "memakan diri", hanya rakyat yang boleh menentukan. Adakah isu ISA ini satu lagi projek untuk menutup kelemahan BN, kenaikan harga barang dan kadar inflasi yang makin mencengkam.. sama-sama kita 'tonton' projek memperbodohkan rakyat!
No comments:
Post a Comment