Monday, 20 June 2011

Demokrasi dan Suara Rakyat

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meminta Himpunan Bersih 2.0 bulan depan dibatalkan jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat memberi jaminan pilihan raya umum yang bersih dan adil. Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata beliau bersedia meminta Pengerusi Bersih Datuk Ambiga  Sreenevasan “esok juga” jika Najib sanggup memberi jaminan itu.

Dalam membalas kenyataan ini, Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan Himpunan Bersih 2.0 akan diteruskan sambil menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai kuasa meminta membatalkan perhimpunan itu walaupun Putrajaya dapat memberi jaminan pilihan raya umum yang bersih dan adil.

Kata Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), pihaknya menghormati hasrat Anwar, namun keputusan membatalkan Himpunan Bersih 2.0 bukan di bawah kuasa Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.

Ini kerana jelas beliau, Bersih bukan didokong oleh parti-parti politik tetapi badan bukan kerajaan (NGO) yang menuntut pilihan raya adil dan bebas.

Apakah jaminan kerajaan selama ini boleh dipercayai. Kerajaan selalu mempergunakan demokrasi bagi menyebunyikan sifat rakus, zalim dan korupsi mereka. Untuk itu suara rakyat perlu dipertegakkan.

Kerajaan sudah mula memberikan gambaran bahawa perhimpunan ini adalah perhimpunan haram. Segala usaha dilakukan untuk menunjukan yang kekasaran dan kekasaran akan berlaku sebenarnya datang dari pihak kerajaan sendiri dan menggagalkan perancangan secara aman ini.

Semakin kuat usaha dilakukan untuk menggagalkan perarakan ini semakin jelas bahawa kerajaan takut akan kuasa dan suara rakyat dalam memberikan sokongan kepada perhimpunan secara aman ini.

Percayalah sokongan dan dokongan kita terhadap perhimpunan ini tidak mampu dihalang oleh kerajaan dan  polis. Pemikiran dan sanubari kita mesti bersih untuk kita bersihkan demokrasi di negara kita.
Apa yang terjadi Himpunan Rakyat BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 ini mesti diteruskan!!

PAS Kedah ubah kepimpinan. Mampukah ubah minda Melayu Kedah?

PAS kedah telah menukar Timbalan Pesuruhjaya 2 daripada Hj Mahfuz Omar kepada Dr. Ismail Salleh, Tim. Pesuruhjaya 3 daripada Ust Taib Azamudin kepada Ustaz Md Isa Shafie, Setiausahanya daripada Hj Muhamad Yusof Husin kepada Ustaz Musodak Hj Ahmad, Bendahari pula daripada Hj Mohamed Taulan Mohd Rasul kepada Ir Hj Amirudin Hamzah, Ketua Penerangan daripada Ir Hj Amirudin Hamzah kepada  Hj Mohd Sanusi Md Nor dan Pengarah Pilihan Raya daripada Ir Hj Phahrolrazi Zawawi Hj Muhamad Yusof Husin.

Walapun ada komen-komen nakal sekadar bertukar-tukar tempat duduk bermesyuarat sahaja tapi nampak ada usaha untuk mengubah sebagaimana yang dibuat di Kelantan dan Terengganu.

Prestasi Persuruhjaya PAS Kedah banyak dipertikaikan dan beliau macam asing dalam PAS Kedah semenjak menjadi Menteri Besar.

PAS Kedah juga dikatakan tidak berjaya menguasai Melayu Kedah di mana kawasan kubu PAS sudah jatuh kepada UMNO pada pilihan raya lalu. PAS hanya menang di kawasan bukan Melayu. Kedudukan pecahan pengundi Melayu dan bukan Melayu Kedah berbeza dengan Kelantan dan Terengganu.

Dalam kekalutan ini, ada juga yang menyebut kerusi untuk dipertandingkan dalam PRU-13 macam sudah ada hak milik 'orang tertentu' atas campur tangan kuasa 'luar'. Jangan sampai UMNO/BN tersenyum.

Dalam memperkukuhkan PAS Kedah untuk menghadapi PRU-13 jangan kita tersasar dengan niat memperkukuhkan 'orang-orang' kita.

PAS Kedah sepatutnya menanggani masalah Melayu di sana, memahami kehendak dan inspirasi mereka. Kemenangan sebelum ini adalah disebebkan oleh sokongan bukan Melayu dan situasi yang berlaku yang disedari bukan Melayu di Kedah tidak sama dengan bukan Melayu di Pantai Barat.

Kalau PAS Kedah tak melaksanakan 'peraturan dan undang' Islam yang telah lama di perjuangkan, saya bimbang PAS Kedah tidak punya harapan lagi untuk mendaulat Undang-undang Islam. Susah nak menjawab di sisi Allah nanti!

Saturday, 18 June 2011

Mat Sabu Geng Perpaduang ke?

Harakahdaily telah mengesahkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan hadir dalam Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia yang diadakan malam ini di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras.

Sebagai salah seorang pemidato dalam majlis itu, beliau akan berada sepentas dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bakal melancarkan program itu bermula jam 8.00 malam menurut akhbar Harakahdaily.

Saya tak boleh nak bayangkan bagaimana situasi ini berlaku di mana Timbalan Presiden ialah Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Blogger celaka akan memulakan fitnah yang tak bersasas bahawa ini adalah agenda UG, agenda Perpaduan dengan UMNO dan sebagainya.

Semoga yang menyebar fitnah akan bersuka hati setelah ustaz Nasha tidak lagi berada di tapak sekarang dan bersedia untuk menemui Allah s.w.t. Syabas Tulang Besi dan Aduka Taruna!

Kita boleh tegur kepimpinan, tapi jangan sekali-kali kita membuat fitnah. Teguran pun kadang kala tidak semesti tepat sebab pandangan kita dengan pandangan orang atasan ada sudut penglihatan yang berbeza.

Friday, 17 June 2011

Menyalak untuk dapat habuan dan menyalak untuk cari perhatian

Mummy Rokiah dalam blognya ada menulis bahawa ramai dikalangan cybertropper UMNO yang sekadar menyalak untuk mendapat habuan. Tulisan itu dipercayai ditujukan kepada unit tempur cyber UMNO yang dikatakan tidak memahami isu sebenar dan gerak kerja yang tidak bersistematik dalam menghadapi pembangkang.

"Ganjaran diberi kepada amereka yang pandai menyalak dan ‘demand’ yang bukan-bukan tetapi hasil kerja hanya ciput" kata Mummy Rokiah.

Berbeza pula di dalam PAS, ada yang menyalak atas tujuan mencari perhatian setelah sekian lama membuat fitnah kepada sesetengah pimpinan tanpa bukti yang asas, sekadar membentuk satu tanggapan buruk semata-mata kepada pimpina  yang tak disukai.

Kita boleh teliti bagaimana blog Malaysian Waves yang membuat perbagai tuduhan kepada kumpulan yang dilabelkan sebagai "geng ulama" dan kini tuduhan pula dilemparkan kepada pemuda PAS dengan tohmahan tanpa asas dan bukti dengan menggunakan kaedah yang sama. Ayat-ayat seperti "menurut sumber yang dipercayai" adalah pelengkap kepada jalan cerita tanpa hujah dan fakta. Pembaca diulang-ulang dengan tohmahan dan beberapa blog spesis yang sama akan menjalankan cerita yang sama agar tohmahan nanpak macam benar=benar berlaku. Modul operasi sama dengan cara UMNO menipu rakyat dengan tohmahan tak benar kepada Pakatan Rakyat.

Begitu juga dengan Aduka Taruna yang masih berada dalam tempurung yang sama dengan mengulang dan mengulang idea Melayunya saling tak tumpuh macam Tun Mahathir dengan membuat persepsi yang negetif kepada Presiden PAS. Tun yang sukar nak dibetul kerana karat yang sudah sebati tapi malang bagi anak muda yang baru mula mengenai dunia poltik sudah ada sindrom ini.

Sepatutnya sekarang masanya blogger menjadi benteng kepada kepimpinan untuk menuju ke Putrajaya dan blogger juga adalah pengkritik yang tegas dalam membuat teguran kepada mana-mana pemimpin tanpa terjerumus dalam kumpulan-kumpulan dicipta ini. Tegur mana yang salah, pembetulkan mereka dengan hasrat mereka akan menjadi pimpinan yang baik. Jangan sekali kita mencemar pimpinan kita dengan kotaran yang taksepatutnya.

Oleh itu janganlah menyalak sekadar untuk mendapat perhatian sahaja.

Memelayukan DAP dan Melibralkan PAS


Blogger Mat Saman Kati atau nama sebenarnya Mohd Apandi Ahmad telah mengistiharkan dirinya menjadi ahli DAP. Malah dia dikatakan berjaya menubuhkan cawangan DAP di kawasan Melayu di Sauk, Padang Rengas dalam Parlimen Kuala Kangsar.

Sebelum ini beberapa orang penting Melayu telah masuk DAP dan apa yang difahamkan ialah untuk menguatkan kedudukan orang Malayu dalam DAP. DAP pun telah melancarkan laman berbahasa Malaysia Roketkini.com

Cikgu Bard juga bila ditanya tentang kedudukannya dalam PKR dia menjawab "Masih lagi ahli PKR". Perkataan masih menjadi tanda tanya. kepada kita.

Dalam PAS pula, UMNO menyerang habis-habisan melalui akhbarnya secara tak langsung Utusan Malaysia bahawa PAS telah menepikan ulama, meninggalkan perjuangan menegakkan Negara Islam, telah tidak lagi bercakap soal undang-indang Hudud.

Walapun mati hidup semula, saya tak akan percaya apa yang ditulis oleh Utusan Malaysia berkenaan dengan PAS. Tapi apa yang saya lihat, keghairahan kita dalam menuju PutraJaya kita kadang kala kita lalai dengan kedudukan kita sebagai parti Islam yang membezakan kita dengan UMNO.

Kita berjuang bukan nak menjadikan parti kita parti yang lebih baik daripada UMNO. Konsep PAS ganti UMNO bukan konsep kita lebih baik daripada UMNO dan membiarkan diri kita menjadi liberal.

Kalau kita ganti UMNO dan menepikan beberapa asas Islam yang telah lama menjadi pakaian kita rasanya PAS Ganti UMNO itu tak sesuai. Saya setuju dengan penulisan Dinsman dalam hal ini.

Ada cakap kedai kopi "Saya tak nampak siapa yang akan membawa undang-undang Islam bila Pakatan Rakyat boleh menawan PutraJaya?" Ada juga yang bercakap "PAS dengan UMNO tak ada beza pun di Kedah, arak macam biasa di Langkawai" dan satu lagi "PAS Kelantan tak pernah bincang Hudud ke selepas di ugut 20 tahun yang lalu?"

Perkara dalaman parti


Ada yang tak setuju dengan saya, pasal cerita-cerita kedai kopi mengenai Harakah. Katanya perkara-perkara dalaman parti tak sepatutnya dihebohkan di internet. Apa yang tak betul sepatutnya dibincangkan secara anak beranak. Setuju benar, tapi ada ke perbincangan 'anak beranak'.

Ini komen kepada saya yang mengunakan nama Anonymous (bukan hackers) "salam semua..mcm mana saudara dapat tahu semua ini? adakah rakan saudara itu serba tahu apa yang berlaku didalam harakah itu sendiri? dia staff harakah ker? kalau staff alangkah malu dan bodohnya dia, membuka periuk nasi nak diisi pasir. dan juga kalau staff sekalipun takkan lah dia tahu semua hal termasuk soal pentadbiran atasan dan kewangan...jagalah lidah wahai rakan saudara..nanti buruk padahnya"

Jawapan ringkas saya kepada Anonymous, kalau mesyuarat AJK PAS Pusat yang pertama untuk "Kabinet Perang Pilihanraya" pun Khalid Abdul Samad boleh cerita dalam blog. Apa sangat masalah harakah? Adakah Harakah agenda penting dalam PAS? Harakah mana ada laporan ke dalam Muktamar.

Kalau sedikit seorang pimpinan dikalangan AJK PAS Pusat menulis di dalam blog dengan alasan sendiri, boleh kata semua yang dimesyuaratkan walaupun sulit dapat diketahui umum.

Saya tulis bukan nak lobi, Cikgu Pa sudah pasti mengekalkan jawatannya sebagai Pengerusi. Tulisan itu sebagai Alert sahaja,

Saya setuju dengan komen seorang pembaca dalam satu blog yang mempertikai perlantikan AJK PAS PUSAT baru-baru ini (bukan semua jawatan), yang mengisahkan semasa perlantikkan Saidina Abu Bakar dan perbandingan dengan Saidina Ali. Walapun peristiwa ini berlaku 1400 tahun lalu, masih wujud dalam laman-laman dan blog yang mempertikaikan perlantikan termasuk beberapa post penting pada masa itu. Mereka masih menjadikannya isu untuk diperbahaskan. Tak kurang juga buku-buku dikarang kerana perbezaan pendapat dalaman ini.

Saya tak banyak menulis, saya pun menulis perkara yang terpilih sahaja. Saya tahu kenapa perkara itu perlu ditulis. Ambillah itu sekadar pendapat seorang yang daif dalam parti yang nakkan parti ini berjalan mengikut landasan yang betul. Sekurang-kurang ada juga orang yang bercakap yang boleh membuatkan kita berfikir beberapa kali akan betul atau salahnya.

Wednesday, 15 June 2011

Harakah perlu diberikan nafas baru II



Hampir tengah malam sempat saya berjumpa dengan kawan saya di kawasan Batu. Kami minum dan berborak. Saya ditanya pasal isu Harakah dan kawan saya masih lagi ingat saya tinggalkan dia dengan persoalan yang belum selesai.

Dia mulakan pertanyaan. "Jika setuju Harakah perlukan perubahan, apa hujahnya?"

Saya sebenarnya tak selesa dengan isu Harakah dibincangkan secara umum, tapi isu atau masalah Harakah ini sudah menjadi semakin parah dan ada sebahagiannya sudah ber'nanah'. Tapi memang orang-orang PAS ini jenis baik hati mereka masih ada sikap "redha". Kalau UMNO dah lama harakah berkubur tanpa nisan!

Saya nak mula daripada mana, pasal apa harakah perlukan nafas baru? Kata saya sambil meminta minuman.

Mulalah daripada manapun sampuk kawan saya. Dia macam tak sabar untuk mendengar cerita dan pandangan saya tentang Harakah.

Tahu tak harakah tak auditing dan tak pernah diaudit, kata saya. Kawan saya macam terkejut. Betul ke? Betul, alasan bodoh yang diberikan ialah PAS organasasi parti bukan Sdn Bhd dan tak perlukan audit berlesen.

"Kalau diaudit berlesen nanti banyak maklumat akan sampai keluar, itu bahayakan parti" kata saya.

"Bahaya macam mana?" tanya kawan saya.

"Mana saya tahu itulah dijawab kepada saya jika saya tanya pembesar-pembesar harakah" kata saya.

Kawan saya tergelak. Kami pun gelak!

Walapun tak perlu diaudit kerana bukan Syarikat Sdn Bhd dan tak tertakluk kepada akta, Harakah perlukan audit untuk memastikan ke mana wang harakah dibelanjakan, kata saya.

Kalau setakat menerima laporan kewangan daripada seseorang individu yang dikatakan dipercayai dengan tiada sistem audit yang diboleh dipercayai, laporan kewangan seperti ini boleh menyebabkan berlakunya penyelewengan, kata saya lagi.

"Ya ke?" sampuk kawan saya

"Ya, pasal duit ini suatu yang boleh mengaburkan mata. Kalau tak berlaku penyelewengan kepada pimpinan yang menerajuinya boleh berlaku pada orang yang menguruskannya" kata saya.

"Lihat apa yang berlaku pada iklan harakahdaily. Saya percaya penulisan yang dibuat oleh beberapa penulis blog sebelum ini dengan bukti yang cukup jelas adalah satu pembongkaran yang benar". Tak ada apa-apa ulasanpun daripada Pengerusi dan Pengarah Urusan Harakah, tambah saya.

"Iklan harakahdaily telah diselesaikan dan perlukan masa", kata kawan saya.

"Ya memang selesai, itu pun setelah didedahkan. Tapi wang hutang hampir ratusan ribu lesap begitu sahaja. Duit siapa? tanya saya. Kawan saya terdiam.

"Bagaimana pula dengan iklan harakah cetak? tiada sitem audit yang betul. Tak ada sesiapa yang semak. Deal yang dibuat dalam kerjasama pun mengutungkan syarikat pengiklan. Lagi pelik orang yang bertanggungjawab menguruskan iklan akan membela pengiklan dalam mesyuarat yang diadakan, seolah-olah ada sesuatu yang tak kena" kata saya.

"Lihat harakah cetak, iklan banyak duit masuk tak banyak pun, sebab HARAKAH TAK ADA SISTEM AUDIT yang benar-benar boleh dipercayai!!" Kata saya dengan meninggikan suara.

"Takkan isu audit sahaja buatkan kita perlu menukar semua orang yang ada" Kata kawan saya.

"Lembaga Pengarah Harakah pun tak bermesyuarat" Kata saya.

"Ya ke?" Nampak macam menarik saya kawan saya terus mengadap saya.

"Kalau ada mesyuarat pun mungkin nak muktamar baru-baru ini. Banyak bulan tak bermesyuarat". Tahu tak kalau tak mesyuarat 3 bulan itu dah dikira lama bagi suatu organasasi. Harakah ini organasasi media, perlukan satu yang dinamik bagi menghadapi musuh UMNO yang sentiasa menyerang dengan pelbagai fitnah!" kata saya.

"Berapa bulan?" tanya kawan saya.

"Rasanya lebih daripada 6 bulan tak bermesyuarat" kata saya dengan nada yang slow. Malu didengar oleh musuh.

"Tak percayalah" kata kawan saya.

"Tahu tak Pengarah Urusan tak pernah berjumpa dengan staff secara formal dan satu perjumpaan untuk bertanyakan masalah" Kata saya.

"Ehh??" tak ada suara daripada kawan saya.

Selepas menghirup minuman dia pun kata patutlah ada bunyi-bunyi khabar "PA Dato' KJ Qcontrol, sampai Ketua Pengarang pun tak bergigi" Saya tergelak. Saya kata itulah realiti yang berada di Harakah yang mana ramai orang tak tahu kerana siapa yang nak selidik.

Nak selidik buat apa. Pemikiran yang sama dengan rakyat Kelantan zaman dahulu, bagi kain pelikat sudah rasa cukup tak perlu tahu lebih daripada itu. Kalau Pejabat Agung dapat RM50 ribu sebulan nak selidik buat apa, memang baguslah harakah mampu tanggung parti!

Dasar gaji minimum akan dilaksanakan?


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelaksanaan gaji minimum untuk golongan pekerja berpendapatan rendah di negara ini dijangka dapat dilaksanakan sebelum akhir tahun ini  pada Majlis Makan Malam Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sempena Hari Pekerja 2011 semalam.

Sepanjang tahun ini, saya perhatikan bahawa Datuk Seri Najib ini bukan ada idea sangat. UMNO dan BN bukan cerdik pun. Semuanya dah korup.. bengkrap!!

Secara halus ciplak idea-idea daripada pihak Pakatan Rakyat, daripada Buku Jingga. Dulu ciplak idea daripada Kelantan pasal cuti bersalin walaupun selepas 10 tahun Kelantan dah laksanakan.

UMNO/BN menyerang PAS soal-soal negara berkebajikan kononnya ciplak idea mereka, sedangkan semua orang sudah pasti dia ingin melihat apakah pelan pelaksanaan negara berkebajikan yang akan dilaksankan oleh PAS. Sekurang-kurang dia akan ambil mana-mana patut untuk meredakan tekanan rakyat.

Cuti bersalin, pinjaman tanpa faedah dan banyak lagi yang telah dilaksanan di bawah Pakatan Rakyat daripada pelan pelaksanaan negara berkebajikan dah ditiru oleh UMNO/BN.

Desakan tentang gaji minumum sekarang ini telah diteliti kerana UMNO/BN takut kepada rakyat dan cuba membeli hati rakyat.

Oleh itu perhimpunan BERSIH 2.0  mesti dilakukan bagi memberikan tekanan kepada kerajaan yang korup dan zalim ini. Kebebsanan sistem demokrasi, pilihan raya yang bebas dan adil mesti dituntut. Biar mereka tahu bahawa rakyat Malaysia tidak semudah yang disangka untuk diperbodohkan!

Tuesday, 14 June 2011

Cyber War, Anonymous nak godam Kerajaan Malaysia dan PRU-13


Menurut web Pastebin, kumpulan yang dikenali Anonymous akan bertindak terhadap kerajaan Malaysia di atas dakwaan bahawa kerajaan Malaysia yang mengenakan pelbagai akta-akta penapisan dan dakwaan terbaru kerajaan Malaysia menyekat laman web perkongsian fail, seperti Pirate Bay dan ini adalah satu perlanggaran hak asasi manusia.

Serangan ini akan di buat pada hari Khamis 3.30 pagi waktu Malaysia yangg dikenali sebagai “Operation Malaysia.”

Anonymous pernah membuat beberapa siri serangan kepada beberapa negara yang dipercayai tidak mengamalkan kebebasan internet seperti Kerajaan Turki.

Saya melihat perkara ini suatu yang menarik, terutamanya era perang yang disebut sebagai cyber war. Sebelum ini terutama setiap kali pilihan raya kecil laman-laman pembangkang selalu diserang dan kita terlalu sukar untuk melayarinya. Kita dihalang sama sekali untuk mendapat maklumat yang benar dan cepat. Kerajaan menyajikan maklumat propaganda yang sama sekali tidak ada keadilan dalam sistem demokrasi di negara ini.

Serangan oleh Anonymous sekurang-kurangnya menyedarkan kerajaan jangan terlalu menggunakan kuasa untuk menghalang rakyat daripada mendapat maklumat dalam duia terbuka.

Sekiranya pembangkang mempunyai kekuatan dari segi kepakaran sebagaimana yang diperolehi oleh kumpulan Anonymou ini, sekurang-kurang pembangkang boleh menjadikan PRU-13 sebagai cyber war dan media alternatif akan menguasai saluran maklumat.

Monday, 13 June 2011

SPR belanja RM50 juta untuk Pilihan Raya Sarawak. BN belanja berapa juta?


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membelanjakan RM50 juta untuk melaksanakan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-10 pada April lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, bagi kementerian-kementerian dan agensi-agensi lain, jumlah perbelanjaan mereka adalah mengikut anggaran bajet yang telah ditetapkan oleh kementerian dan agensi masing-masing.

Nak sembunyikan maklumat, berapa tu kena siasat setiap kementerian dan jabatan. Semuanya ini adalah agenda memperhabiskan duit rakyat.

RM50 juta sahaja?? Takkan kalah dengan Kementerian Penerangan?

Sebelum ini telah kecoh pasal sambutan Hari Seniman 2011  pada 29 Mei lepas, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK)  dikatakan telah membelanjakan RM100 juta. Walaupun ada penafian daripada Setiausaha Bahagian Pengurusan Acara Majlis Sepetang Bersama Seniman Modzaki Din, yang mengatakan hanya RM97,800 sahaja dan nilai RM100 juta adalah nilai keseluruhan peruntukkan.

BN pula agaknya membelanjakan berapa juta? oohh billion dalam pilihan raya tersebut?

Di Sarawak, kawasannya amat besar memerlukan pengangkutan yang memakan kos yang tinggi. Sewa proton buruk pun RM150 sehari di Kuching. Bagaimana pula jika pendalaman misalnya di Belaga, Kapit dan Sarikei? Itu belum masuk bot dan heli!

Belum lagi dikira kos membeli setiap ahli rumah panjang. Dulu 10 tahun lalu setiap ahli rumah panjang diberikan RM100 sahaja seorang. Sekarang rumah panjang dah berubah. Rumah panjang bukan lagi daripada batang rebung atau buluh tapi semuanya hampir menggunakan 'tile, marmar atau mable.'

Bagaimana Najib dan Rosmah menghabiskan masa 6 hari di Sarawak? Berapa pula kosnya pembelajaannya?

Pasal itu kerajaan tak dapat membayar geram yang dikeluarkan peruntukan untuk perbelajaan pengurusan di setiap agensi, jabatan dan kementerian. Peruntukkan hampir disetiap jabatan dan kementerian terpaksa ditangguhkan kerana kerajaan dikatakan tak ada wang.

Petronas pula dipaksa bayar deviden kepada kerajaan lebih sehingga 30 billion. Semuanya ini adalah agenda untuk menzalimi rakyat. Atas asas ini subsidi minyak kepada rakyat dan nelayan telah ditarik.

Selagi BN/UMNO memerintah, selagi itu rakyat tidak akan dapat menikmati hasil kekayaan negara untuk sedikit kemudahan dalam kehidupan hariannya.

Sunday, 12 June 2011

Kambing luar kumpulan, rumput kering pun disangka burger!


Hari ini Presiden PAS telah mengumumkan kabinet penuh parti PAS bagi menghadapai pilihan raya kali ke-13. Walaupun tak banyak perubahan tapi ada sebahagiannya menunjukkan komitmen AJK PAS Pusat untuk mengambil saranan suara rakyat yakni suara daripada lapisan bawah parti serta pendokong PAS bukan dikalangan ahli parti.

Saya masih tak nak mengulas secara mendalam, tapi menarik untuk saya memberi komen balas kepada penulis blog terutamanya yang 'gatal tangan' menulis mengikut nafsu walaupun ber'pakaian dan wajah Islam'



Zainol Abideen atau dikenali sebagai Mahaguru58 telah mengulas pertukaran beberapa jawatan ini dengan tohmahan jahat. Artikelnya "Dato Dr Hassan Ali korban pertama Kabinet Perang PAS ~ Salam Takziah!" sangat prajudis dan menunjukkan dia bersifat dendam dan busuk hati.

Memang susah kalau manusia berada di luar Jamaah merasai dirinya betul. Tulisan tanpa asas yang kukuh, sekadar mengambil kejadian lapisan luar sebenar bukan menunjukkan tulisan yang matang.

Mengganggap Dr Hassan Ali dipecat daripada golongan ulama adalah telahan paling bodoh. Tak terfikirkah si Mahaguru58 ini bahawa Dato' Harun Taib, Pesurunjaya PAS Negeri Terengganu juga dipecat dan diganti dengan golongan profesional Abdul Wahid Endut? Sedangkan Abdul Wahid bukan dikalangan ketiga-tiga Timbalan Persuruhjaya sebelum ini.

Kalau nak dibandingkan Dato' Harun dengan Dato' Dr. Hassan, siapa yang lebih ulama?

Begitu juga di Melaka, adakah perlantikan Adly Zahari juga boleh dikatakan menepikan golongan ulama? Sebagai seorang Islam kita kena akur semua perkara adalah kehendak Allah s.w.t. Orang yang nak dilantik menjadi Persuruhjaya di Melaka telah kalah di kawasannya dalam pemilihan baru-baru ini. Takdir untuk menaikkan Adly Zahari sebagai Persuruhjaya antara yang termuda.

Darjat dan kemulian adalah pemberiaan Allah. Dia boleh bagi kepada sesiapa yang dikehendaki walaupun orang itu kita nampak macam belum bersedia.

Saya pernah didatangkan seorang yang menangis-nangis kerana dia merasai dirinya teraniya. Banyak kerja boss dia terpaksa buat.

Saya tanya dia, dengan kelulusan akademik awak adakah awak mampu menjadi boss di situ. Dia menjawab "tidak".

Sekarang siapa yang paling berkuasa mengatur semua hal di situ? saya tanya dia.

Dia jawab sayalah kerana semua kerja boss saya yang buat.

Saya jawab mudah, sebenar Allah telah menaikkan darjat awak walaupun akademik awak tak tinggi. Awak sahaja nampak awak teraniya!

Dia terdiam.

Saya katakan lagi, anggapkan itu cabaran, ambil kesempatan daripada keadaan dan buat sebaiknya sesungguhnya anda telah dianugerahkan Allah suatu yang mulia!

Saya tak nak sebut negeri-negeri lain lagi untuk berhujah.

Zainol Abideen telah banyak kali menjadi dalang (Cybertropper UMNO) yang menyerang PAS secara halus memberikan gambaran yang salah dan bergerak seolah-olah simpati dengan penjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Lembaga Pengarah Harakah tak berfungsi?


Terima kasih kepada seorang pengunjung yang membuat komen kepada tulisan saya "Harakah perlu diberikan nafas baru". Saya menghargai komen saudara dan daripada tulisan saudara saya rasa amat mengenali saudara.

Saya percaya komen beliau ikhlas dan beliau berada dalam situasi yang sebenar yang mana pandangan dan luahan beliau perlu diambil perhatian.

Di bawah ini saya nukilkan semula komen beliau untuk tatapan pembaca kerana di sana ada banyak perkara yang boleh difikirkan bersama.

princess said...

Salam. Saya terbaca artikel yang anda tulis yang telah di post ke Tranungkite. Nampaknya banayk benda yang rasa anda tidak tahu berkenaan harakah.

Tahukah anda apa yang ditulis sebelum ini mempunyai kebenaran yang boleh diambil. Malangnya oleh kerana tiada tindakan maka perkara itu dipendamkan begitu sahaja. Memang terdapat SMS yang dihantar kepada pimpinan baru yang menang tetapi itu adalah untuk perhatian mereka yang memang perlu di ambil tindakan bagi membetulkan keadaan di harakah.

Perasaan tidak puas hati kakitangan Harakah terutama Editorial terhadap pentadbiran memang tidak dapat disembunyikan lagi. Ini adalah kerana kelemahan daripada Pengerusi. Lembaga Pengarah dan Pengarah Urusan sendiri. Kakitangan tiada tempat untuk mengadu. Jika mengadu maka mereka akan dicop dan sukar untuk menuntut apa-apa kemudahan dikemudian hari.

Adakah anda tahu bahawa skim gaji harakah masih di takuk lama. Kekadang klim yang dibuat tidak dapat seratus peratus bahkan dipotong mengikut kehendak pentadbiran. Saya rasa anda sepatutnya datang melawat Harakah dan saksikan perbezaan Harakah di bangunan Editorial dan Pentadbiran.

Anda boleh lihat komputer yang digunakan oleh Editorial dan pentadbiran. Komputer yang dibekalkan kepada Editorial kebanyakan berusia lebih 7 tahun atau lebih tetapi berbeza dengan pentadbiran yang baru.

Begitu juga di Pejabat Agung sedangkan gaji mereka pun harakah yang bayar. Tetapi dari segi keselesaan Editorial lah yang paling teruk.

Jika mahu keluar tugas dari kawasan kakitangan selalunya hanya diberi separuh daripada belanja yang diminta, maknanya kakitangan terpaksa menggunakan duit sendiri dan terpaksa tungu lagi sebulan untuk dapat bakinya dari pengurusan Harakah.

Jika ada permintaan untuk menukar komputer atau kegunaan lain ia sering ditangguh malah mengambil masa bertahun barulah di beri.

Adakah anda sedar? Bukan saya katakan Cikgu Pa tidak baik tetapi kelemahan memberi kuasa kepada seorang pegawai di harakah iaitu PA kepada datuk KJ membuatkan perkara ini berlaku.

PA ini telah bertindak mengikut sesuka hati hingga kakadang-kadang jika ada masalahpun kakitangan terpaksa mendiamkan diri kerana malas mahu berdepan atau berjumpa dengannya.

Itu sebab ada kakitangan yang terpaksa melangkah bendul atau terpaksa berjumpa dgn Cikgu Pa minta ia diselesaikan. Tapi sampai bila kakitangan akan berbuat demikian?

Sebenarnya apa yang berlaku dalam pemilihan pucuk pimpinan PAS baru-baru membuatkan kakitangan Harakah mengimpikan sesuatu yang lebih baik pentadbiran daripada apa yang ada sekarang ini. Begitu juga Datuk KJ begitu lemah kerana hanya mengikut pandangan yang diberi oleh PA beliau dan tidak memikir langsung pandangan dan keperluan kakitangan yang lain.

Jadi harap saudara faham akan isunya. Harap Tuan faham isu ini. Itu belum hal lain yang saya rasa tiada keperluan lagi Tuan perlu tahu. Selidik dan jumpa dulu kakitangan Harakah. Selami jiwa dan permasalahan mereka, baru anda akan faham setiap masalah yang berlaku.


12 June 2011 02:25 

Saya telah membuat sedikit semakan secara sepintas lalu dan saya dapati ada 7 isu yang dibangkitkan oleh pengunjung ini terhadap tulisan saya. Antaranya ialah;

1. Kelemahan Pengerusi (Cikgu Pa), Lembaga Pengarah dan Pengarah Urusan (Dato' KJ)

2. Perasaan tidak puas hati dikalangan kakitangan terutamanya bahagian Editorial

3. Skim gaji masih lagi ditakuk lama

4. Kemudahan & imbuhan terutama klim yang tak diurus dengan baik

5. Kelesaaan tempat bekerja, peralatan dan kemudahan asas yang tak terus serta diskriminasi dalam soal-soal kemudahan pentadbiran.

6. PA Dato' KJ yang bermasalah

7. Dato' KJ sendiri yang begitu lemah dan telalu mengikut Cikgu Pa.

Saya tinggalkan dulu penulisan ini untuk diberikan komen oleh pembaca lain sebelum saya membuat ulasan.

Piala FA: Presiden PAS Ucap Tahniah


Semalam saya begitu teruja apabila Presiden PAS mengucapkan tahniah kepada pasukan Negeri Terenganu kerana memenangi Piala FA. Ucapan daripada facebook beliau telah disiarkan melalui Harakahdaily lewat semalam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak Terengganu yang telah berjaya menjuarai Piala FA 2011.

“Juga syabas kepada pasukan Kelantan yang menunjukkan permainan yang konsisten sehingga saat-saat terakhir perlawanan,” ujarnya di laman Facebook - Harakahdaily

Saya juga rasa bangga bila Harakahdaily sudah tidak lembab seperti dulu dalam mengemaskini berita dan perkembangan ini agak baik.

Presiden PAS mestilah mesra rakyat, mudah berbincang dan idea serta pandangannya mestilah diketengahkan. TG Haji Abdul Hadi memang diketahui mahir menggunakan komputer, malah antara pimpinan yang awal menggunakan IT. Walau bagaimanapun mesti ada penggerakkan dibelakang beliau untuk mengerakkannya kerana beliau tidak mungkin mampu untuk membuat semuanya walaupun beliau mahir.

Tapi, saya masih dukacita, blog Presiden tidak dikemaskini sehingga hari ini. Posting terakhir pada 19 April 2011 berkenaan PAS akan bertanding di Sarawak adalah terlalu terbelakang.

Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini?

Pengarah IT PAS Pusat sepatutnya sedar dalam hal ini bukan asyik mengatur 'chai' tetapi kenalah lihat semua ini. Jika dia boleh arahkan orang-orang IT untuk mengemas kini blog Kalam Perantau, kenapa beliau tak boleh berbuat demikian untuk blog Presiden?

Blog Mohamad Sabu dot Com alhamdulillah nampak baik semenjak April 2011 mungkin ini adalah momemntum daripada beliau hendak bertanding jawatan Timbalan Presiden. Sebelum ini blog beliau juga ada turun dan naik.


Saya juga masih sedih melihat laman Dewan Ulama PAS Pusat. Walaupun sebelum ini ada penulisan daripada penulis blog menegur perkara ini, tapi nampaknya Dato' Harun Taib seolah-olah tidak mengendahkannya.

Saya juga macam pelik, Pesurunhjaya PAS Negeri Terengganu tidak mempunyai laman rasmi untuk berkomunikasi dengan masyarakat luar khususnya pengguna internet. Cukup malu sekiranya anda buka laman Ketua Dewan Ulama yang posting terakhir adalah 1 Febuari 2010 lebih setahun yang lalu.

Tak hairan jika nak buat buat sidang media, Dato' Harun Taib terpaksa mengggunakan Sinar Harian! Kalau ada blog atau laman kan mudah. Wartawan pun boleh semak blog jika ada mana-mana isu wartawan boleh menjadikan berita hanya mengambil maklumat daripada blog atau laman pimpinan.

Saya sama sekali tak nak kritik Dato' Harun tapi sepatutnya orang sekelilingnya yang perlu perihatin dalam hal ini!

Saturday, 11 June 2011

Mufti Perlis desak PAS tubuh JK Pemandu Negara Kebajikan


Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mendesak PAS menubuhkan jawatankuasa pemandu bagi merealisasikan agenda negara berkebajikan yang diketengahkan dalam muktamar parti Islam itu minggu lalu.

Katanya, pembentukan badan itu penting bagi membentuk halatujunya supaya selari dengan Islam, sekali gus jelas di mata rakyat.

"Ini spatutnya jadi aulawiyat (keutamaan) sekarang kerana momentum kesedaran rakyat amat kuat," katanya.

Beliau mencadangkan jawantuasa "inklusif" itu dianggotai kumpulan pemikir "yang aktif dan realis".

"PAS perlu buktikan yang mereka mampu buat lebih daripada kerajaan yang ada. Jangan ia disejukkan oleh asakan balik Umno bahawa PAS tak praktikal.

"Ketepikan sekejap program kurang utama dan retorik lama. Blueprint (rangka tindakan) itu nanti penting dan akan jadi satu model standrd bagi penceramah PAS jelaskan dasar parti," katanya.

Dr Juanda juga berharap perkara itu boleh mengelakkan tafsiran pelbagai oleh penceramah PAS yang kadang kala mengelirukan seperti yang berlaku dalam isu negara Islam sebelum ini.

Untuk makluman pembaca Tuan Guru Haji Abdul Hadi ketika menghadiri majlis perkahwinan anak sulong YB Salahuddin Ayob telah menyatakan kepada pemberita yang beliau akan mengarang buku berkaitan dengan Negara Berkebajikan.

Ini akan memberikan gambaran sebenar tentang konsep negara berkebajikan yang nak dibawa oleh PAS yang berlaianan dengan apa yang diwar-warkan oleh DAP, bila ditanya wartawan adakah negara berkebajikan sama dengan apa yang dibawa oleh DAP.

Bila buku ini siap, saya difahamkan buku ini akan dibahaskan dalam Majlis Syura Ulama dan akan dibentangkan kepada mesyuarat AJK PAS Pusat.

Diharap kita bersabar dalam hal ini, jangan terlalu gopoh membuat pentaksiran sendiri sehingga wujud kekeliruan dalam hal ini.

Tunggu dulu sehingga pimpinan kita bersedia untuk membentangkannya. Jangan kita terperangkap dengan pro-panganda musuh terutama UMNO/BN.

Mengguna kitab Utusan Malaysia bagi menyerang Ustaz Nasha

Saya ingat selepas sahaja muktamar, tak ada lagi siri-siri kempen sehingga melampaui batas dan agama terutama kepada kumpulan blogger yang pernah disebut oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai "blogger celako".

Saya masih percaya kekalahan ustaz Nasha dalam pemilihan baru-baru ini bukan daripada kesan kempen tapi atas diri beliau sendiri dan mood perwakilan yang nak sesuatu yang lebih terserlah. Sebagaimana pernah berlaku orang menolak Ustaz Hassan Shukri, bukan kerana dia tak bagus. Ustaz Hassan adalah 'hamba abadi' parti! Jiwa dan raganya adalah untuk PAS.

Terbaca blog Zainul Faqar dan meneliti secara halus tulisan yang jelek dan hina. Masih menjadikan Utusan Malaysia sebagai sumber rujukan dalam penulisan blognya.

Menyerang Ustaz Nasha menggunakan hujah Utusan secara halus dan tidak bertanggungjawab.

Dia ini telah dimasukkan ke dalam harakah, menjadi pemberita semasa dia belum lagi jadi ahli PAS. Pasal itu tidak hairan kalau dia boleh mencerca ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Presiden PAS tertekala semua orang memuji ucapan tersebut. Dan paling menyedihkan Presiden PAS dicerca oleh wartawan harakah sendiri sedangkan pada masa itu wartawan lain ada yang memuji!

Selepas dikeluarkan daripada Harakah, dia menjadi wartawan Malaysian Insider. Sehingga saya terfikir kenapa sebelum ini Malaysian Insider mendapat maklumat  'firsthand' tentang berita-berita PAS yang mana berita ini hanya boleh diperolehi daripada wartawan kanan harakah sahaja.

Tak lama selepas itu, dia juga dikeluarkan daripada Malaysian Insider (pecat). Tapi biasalah kalau tak ada kebolehan dalam bidang wartawan atau menulis, siapa nak yang nak tanggung?

Saya tak tahu dia berkerja dengan siapa sekarang ini. Tapi sebelum pemilihan muktamar PAS baru-baru ini dia ibarat sebagai 'anjing upahan'.

Selagi ada manusia yang tak boleh berfikiran rasional dalam PAS, menerima hakikat perjuangan. saling tolak ansur selagi itu PAS nampak tak aman dengan 'bunga-bunga' fitnah. Walaupun mereka ini tak ramai tapi 'api syaitan' sentiasa membuatkan kita menjadi tak menentu.

Harakah perlu diberikan nafas baru


Semalam berborak kosong dengan sahabat di kawasan Batu. Macam biasa cerita-cerita ringan pasal politik tanah air. Lebih banyak tertumpu kepada masalah dalaman PAS dan harapan untuk AJK PAS yang baru dilantik.

Sahabat saya bertanya, tahu tak, ada orang hantar SMS kepada semua AJK Tertinggi yang dilantik baru-baru ini pasal nak tukar pengurusan harakah.

Saya jawab ringkas, tahu. Saya kata kepada sahabat saya sepatutnya lobi-melobi ini tak perlu dibuat. Apatah lagi menggunakan nama orang-orang penting dalam harakah sedangkan dia tak tahupun. Kita tak boleh ambil percakapannya dikedai kopi sebagai sandaran dalam SMS bahawa dia juga setuju dengan perubahan itu.

Saya lihat banyak perkara buruk berlaku kerana penyebaran maklumat tanpa pengesahan yang tepat. Sahabat saya terdiam, macam dia bersetuju dengan saya.

Isu harakah ini kata saya, tak dipandang besar, walaupun kita beritahulah apa masalah sekali pun. Sebab harakah adalah projek PAS yang paling berjaya. Harakah menaikan peruntukan kepada Pejabat Agung daripada RM40 ribu kepada RM50 ribu sebulan.

Harakah banyak menampung perjalanan keluar masuk pimpinan PAS, termasuk keluar negara. Jadi tak ramai orang nak fikir pasal 'masalah' di harakah, kalau ada pun hanya mereka fikir bagaimana nak pergunakan duit harakah bagi tujuan dan aktiviti untuk kawasan mereka sahaja.

Sahabat saya masih terdiam.

Saya kata lagi, cuba sebut projek-projek yang berjaya di dalam PAS. Kohilal, nanti ramai yang menagis tak berlagu. TV PAS yang lebih RM4 juta? (Jangan salah faham dengan webtv.pas.org). Tak payah saya tulis yang lain-lain dan banyak lagi, cukuplah 2 itu sebagai asas hujah, nanti ada pula yang tuduh saya nak dedahkan aib PAS.

Sebab itu bila ada perwakilan dalam muktamar yang lalu menyebut pasal isu harakah tapi perwakilan ini tidak mendalami isu berkenaan dan banyak fakta yang tak jelas. Cikgu Pa hanya 'heh' sahaja perwakilan ini.

Saya juga baca beberapa blog yang menyerang begitu hebat pasal isu harakah, dia fokuskan iklan harakahdaily dengan maklumat yang tepat. Tak sampai ke mana juga, habis ke mana penulis itu sekarang?

Saya sebut kepada kawan saya, Cikgu Pa SU Agung boleh kita anggap sebagai doktor pakar, PAS sebagai hospital. Manakalah isu iklan harakahdaily adalah penyakit kencing manis, yang kakinya dan buruk, beberapa jari sudah hitam legam!

Sambil gelak saya katakan kepada sahabat saya kawasan Batu itu, engkau ingat Cikgu Pa hairan ke? Doktor dia biasalah melihat orang yang mati hari-hari. Cedera lebih parah daripada itu. Jadi setakat kaki buruk doktor hanya pandang sebelah mata sahaja. Jadi isu iklan harakahdaily entah nombor berapa dalam rangking masalah di kepala Cikgu Pa.

Cikgu Pa lebih berfikir masalah Pakatan Rakyat, nak naikkan imej Presiden dan banyak lagi isu yang lebih besar. Sepatutnya Dato' KJ yang menguruskan hal ini.

Saya kesian juga kepada beberapa penulis blog yang jujur berusaha dalam hal ini. Tapi realiti dalam PAS perlu juga di halusi barulah masalah berkenaan boleh diatasi.

"Habis engkau setujulah, harakah kekal seperti sekarang?" tanya sahabat saya.

"Tak, harakah perlu diberikan nafas baru" tegas sahaja.

"Hujahnya?" tanya sahabat saya.

Belum sempat saya jawab, saya terima call dan terpaksa meninggalkan sabahat saya.

Saya akan sambung lagi penulisan ini.

Video Seks Mat Sabu pula di sekitar Ampang


Saya cukup gemberi apabila Timbalan Presiden PAS baru, Mohamad Sabu enggan mengulas berkenaan penyebaran video seks yang dikaitan dengan beliau dikatakan diedar di sekitar Ampang menggunakan letterhead berlogakan PAS.

Bodoh! kalau nak guna letterhead PAS, buat semasa Muktamar baru nampak real sedikit boleh pula tuduh geng Ustaz Nasha yang buat. Bolehlah pecah belahkan PAS.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah mengeluarkan kenyataan bahawa tak masuk syurga sekiranya membuat tuduhan kepada seseorag termasuk membuat tuduhan melalui video seks sehingga Muhyiddin dakwa Nik Aziz keluar fatwa baru. Jika kita biasa dengan kuliah atau kenyataan TG Nik Abdul Aziz kita boleh faham maksud 'dalam'nya.

Ramai juga tidak memahami kenyataan Tuan Guru Abdu Hadi Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang,  yang menolak penggunaan video sebagai saksi (bukan bahan bukti) dalam kes zina dan liwat. Menurut Datuk Seri Abdul Hadi, video tidak boleh menjadi saksi kerana tiada mata dan telinga.

Sepatutnya sebelum kita mengulas kenyataan Presiden PAS ini, kita harus mendalami kenyataan-kenyataan sebelumnya bagi mendapat gambaran sebenar apa yang dimaksudkan oleh Presiden PAS ini.




Nak mendalami kenapa video tak boleh jadi saksi sebagai maksud Presiden PAS, lihat video di atas. Video ini sendiri tak boleh nak memberitahu kita dia diedit atau tidak. Apa reaksi gambaran orang yang sedang bercakap, sinis ke, seriuskan, main-main ke...

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula mengingatkan umat Islam jangan mengejutkan fitnah yang sedang tidur kerana bahayanya akan menimpa semua orang. Menurutnya, Allah SWT menyatakan kejahatan fitnah bukan hanya terkena kepada orang zalim sahaja sebaliknya akan terkena kepada sesiapa sahaja.

Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Pemuda pernah berkata, tindakan Datuk T mendedahkan video seks tersebut tanpa mengemukakan bukti yang kukuh dan tidak menepati syarat-syarat yang sepatutnya dalam Islam lebih bersifat mengaibkan.

Manakala dua tokoh agama iaitu Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan Dr Badrulamin Bahrom berkata cara terbaik menyelesaikan isu video lucah adalah mengikut syariat Islam iaitu dengan menfailkan pertuduhan qazaf.

Diriwayatkan oleh Abdurrahman bin Abi Bakrah: Abu Bakrah, Ziyad, Nafi’ dan Syabl bin Ma’bad berada di sebuah kamar tingkat dua dan Mughirah berada di kamar bawah yang berseberangan.

Angin bertiup, pintu terbuka dan tirai terangkat. Dan mereka menyaksikan Mughirah berada di antara kedua paha seorang perempuan. Dan mereka berkata satu dengan yang lain: Kami telah diberi percobaan oleh Mughirah. Abdurrahman melanjutkan: Kemudian Abu Bakrah ra, Nafi’ ra dan Syabl ra memberi kesaksian, tetapi Nafi’ tidak mengungkapkan dengan pasti bahwa Mughirah telah menzinai perempuan itu. Dan Umar mencambuk mereka bertiga kecuali Ziyad. Tetapi Abu Bakrah ra tidak puas. Ia berkata: ‘Bukankah kamu telah mencambukku? Umar menjawab: ‘Benar’. Abu Bakrah melanjutkan: ‘Dan aku bersaksi dengan nama Allah, bahwa Mughirah telah melakukannya’. Umar mau mencambuknya sekali lagi. Namun Ali berkata: ‘Bila penyaksian Abu Bakrah dijadikan penyaksian dua orang, maka rajamlah juga sahabatmu’.

Kesimpulannya walaupun dah ada 3 saksi melihat secara 'live' Saidina Omar masih lagi tidak menerima pengsaksian mereka kerana tak cukup syarat 4 orang.

Apa salahnya dalam hal ini kita ikut ajaran Islam, anutan kita?

Friday, 10 June 2011

Mat Sabu atau Shafie Nor yang nak tunjuk belang?


Saya terbaca satu blog baru lahir. Hampir sama lahirnya blog ini. Penulis blog ialah Shafie Nor seorang wartawan veteran yang berkhidmat di era Tun Abdul Rahman Putra Alhaj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pernah berkhidmat dengan The New Straits Times sekitar 1972-1982 dan sebelum bersara menjadi Ketua Editor Suara Merdeka terbitan UMNO Malaysia.

Juga penulis buku dan antara buku yang agak menonjol ialah Dosa-Dosa Tengku Razaleigh.

 Dalam tulisan sulongnya Shafie Nor ada menulis.

NAMPAKNYA Timbalan Presiden Pas yang baru, Mohamad Sabu mula tunjuk belang. Selang beberapa jam sahaja sah menang jawatan, dia ajak rakyat turut serta dalam perhimpunan gerakan bersih kedua yang dirancang pada 9 Julai depan.

Dia juga meminta ahli-ahli dan para pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) beramai-ramai menghadiri perhimpunan yang diatur untuk mendesak kerajaan melaksanakan sistem demokrasi dan adil dalam proses pengundian pilihan raya

Saya rasa Shafie Nor tak tahu apa itu usul dan bagaimana proses usul dilaksankan sehingga boleh dibawa untuk dibentangkan dalam Muktamar.

Dah pencen tak payah nak tunjuk belanglah!!

UMNO nak tubuh sayap Ulama?

UMNO begitu marah dengan keputusan pemilihan Muktamar PAS kali ke-57 baru-baru ini kerana mengikut pentafsiran mereka PAS telah menepikan golongan ulama. Banyak ulasan carca merba kerana keputusan menarik ini.

Yang paling sedih dalam hal ini ialah Tun Mahathir dan Utusan Malaysia. Hari-hari kita boleh baca penulisan tazkirah di dalam Utusan Malaysia memberikan nasihat kepada ahli-ahli PAS agar mengutamakan ulama dan menegakkan Negara Islam.

Wah hebat betul komitmen mereka terhadap agama Islam anutan mereka!

Ketua Pengarang Utusan Melayu Datuk Zaini Hassan, dalam tulisan kolumnya CUIT telah mencadangkan agar UMNO menubuh segera Sayap Ulama UMNO (SUU).

Tak sampai esok, kenyataan ini telah disokong oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, sayap ulama juga boleh bertindak sebagai badan yang secara berkala memberi nasihat kepada pelaksanaan dasar-dasar parti.

Manakala Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, penubuhan sayap ulama UMNO perlu disegerakan memandangkan Pas dilihat tidak lagi menerajui perjuangan Islam.

Saya tak n ak ulas panjang berita-berita daripada UM ini habis karen sahaja. Saya hanya tergelak dan terus tergelak.

UM ini akhbar yang boleh menjadi prof atau Dr bodoh dan bengong, ini semua kerja Zaini Hassan. Baca tulisan Wanda Idris, pengarang UM berkenaan kenyataan Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar tentang muktamar PAS. Semuanya lingkup seolah-olah mereka ini tak boleh berfikir.

Nasin malang bagi orang Melayu, persatuan Melayu dan akhbar Melayu.

Siapa Setiusaha Agung PAS Pusat?

Semalam dalam perjalanan yang jauh saya asyik berfikir siapa agaknya SU Agung PAS untuk kabinet PRU-13.

Hari ini saya dapat 2 call daripada orang penting dalam gerak kerja PAS semuanya bercakap berkenaan dengan SU Agung PAS.

Dulu semasa arwah Ustaz Fadzil Mohd Noor nak memilih SU Agung, yang dikatakan pro kepada ulama (geng ulama) lebih suka kepada Ustaz Nasha kerana mereka tidak mahu Dr Hatta Mohd Ramli.

Bila ustaz Nasha bertanding sebagai Timbalan Presiden, dan memenangi jawatan itu. SU Agung telah diberikan kepada Dato' Kamaruddin Jaafar. Dato' KJ dikatakan kurang membantu Presiden dan aliran pemikiran mereka juga ada sedikit perbezaan. Ada juga yang mengatakan PAS banyak hilang kerusi dengan PKR kerana Dato' KJ tak begitu 'berkeras' dengan PKR dalam pengagihan kerusi.

Akhirnya Cikgu Pa dilantik. Sebelum Cikgu Pa dilantik ada usaha-usaha untuk melantik YB Salahudin untuk jawatan ini, tetapi YB Salahuddin telah bertanding jawatan Naib Presiden maka mereka memilih Cikgu Pa.

Cikgu Pa adalah dikatakan terbaik untuk jawatan bagi persiapan pilihan raya terutamanya untuk pengagihan kerusi dalam Pakatan Rakyat. Ada juga orang menyebut kepada saya Cikgu Pa boleh "heh' sahaja dengan DS Anwar. Dia sebut "Ayah Chik" (TG Abdul Hadi) malu alah bila berunding dengan DS Anwar. Pasal itu Cikgu Pa yang sepatutnya dah bersara dimasukkan semula dalam "team".

Beberapa hari sebelum pemilihan Muktamar PAS kali ke-57, saya terbaca satu blog yang penulinyas membuat poll secara rambang dengan menghantar SMS kepada 100 orang pemimpin PAS peringkat pertengahan untuk mencari siapa yang layak menjadi SU.

Majoriti dalam balasan SMSnya menjawab Dr Mujahid Yusof Rawa. Poll ringkas tanpa sebarang alasan tidak boleh mengenalpasti kenapa Dr Mujahid dipilih. Saya juga tertanya-tanya apa kelebihan Dr Mujahid. Sudah pasti yang 'berulama' tak akan bersetuju dengan Dr Mujahid.

Sayuti Omar dalam tulisannya nampak memilih Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai SU. Saya dah banyak kali tak berkenan dengan Sayuti ini. Dulu dia boleh kata Utusan Malaysia mempengaruhi perwakilan dalam pemilihan. Saya lihat akhbar Siasahpun "kelu-kelik" dalam menyampai masej semasa pemilihan Muktamar baru-baru ini. Pasal itu akhbar itu tak akan pergi ke mana setelah dia ambil sepenuhnya daripada PAS.

Saya dikhabarkan YB Husam berkempen untuk Dr Syed Azman sebagai SU. Saya rasa sukar untuk Presiden menerimanya kerana sebelum ini Dr Syed Azman telah menjadi salah satu SU Politk kepada Tuan Guru Abdul Hadi, tapi dia dikeluarkan (pecat) atas beberapa sebab tertentu.

Keputusan pemilihan AJK PAS dalam Muktamar baru-baru ini telah membuatkan satu gelombang baru sehingga UMNO dan kuncu-kuncunya menjadi tak menentu. Blog-blog pro-kerajaan dan UMNO/BN hilang pedoman dalam hal ini.

Untuk memastikan mod ini kekal, SU Agung PAS bagi saya perlu ditukarkan. Cikgu Pa masih terbaik, tapi situasi dan keadaan memerlukan Tuan Guru Abdul Hadi melepaskannya untuk melihat TG tidak terikat dengan Cikgu Pa. Kalau Saidina Omar oleh tukar Khalid AlWalid sebagai panglima perang, kenapa tidak oleh dibuat demi strategi dan mengambil kira mod rakyat.

Cikgu Pa pun ada sebut dalam muktamar baru-baru ini semasa beliau mengulang mengatakan seseorang yang bagus tapi auduon tak menerimanya juga akan diketepikan.

PAS memang tahun 1999 di banyak Negeri dan kawasan kerana rakyat Melayu khususnya nakkan PAS bencikan UMNO. Tapi selepas itu PAS tidak menguasai orang Melayu dan PAS menang kerana sokongan bukan Melayu. Faktor-fator ini juga perlu diambil kira dalam memilih SU Agung PAS kali ini. 

Saya lebih suka Dr Hatta Mohd Ramli sebegai SU. Entah? Rasanya dia boleh kawal pengaliran wang, terutamanya wang harakah.

Nanti ada yang bertanya diakan dah jadi Bendahari PAS kenapa perlu jadi SU untuk kawalan wang? Itu engkau orang boleh fikir sendiri!

Golongan Liberal dalam PAS?

Blog The Scribe A Kadir Jasin ada mengulas tentang pemilihan Muktamar PAS yang terkini dan melabelkan sebagai golongan liberal telah membuat “pembebasan” kepemimpinan Pas daripada monopoli golongan ulama.

Saya taklah serius sangat nak ulas penulisan A Kadir Jasin walaupun beliau adalah penganalisis yang agak baik. Pasal dia bukan tahu sangat pasal PAS. Persepsi dia terhadap PAS pun dah tak betul pada awal penulisannnya. Kalau nak dibandingkan dengan Raja Azmi dalam membuat filem bodoh ..dalam botol pun rasa baik Raja Azmi ada juga kajian daripada kisah benar.

Penulis yang baik sepatutnya tak dipengaruhi oleh sentimen dalam menulis, barulah penulisan lebih realistik.

Berbeza daripada pergerakan Islam yang berkecuali dan non-partisan, Pas, awal dan akhir, adalah perjuangan politik partisan.

Justeru itu, Presidennya, Abdul Hadi Awang dan Ketua Dewan Ulamanya, Nik Abdul Aziz Nik Mat, adalah ahli politik.

Hakikat bahawa mereka ulama adalah kebetulan dan bukan hal pokok. Kerjaya harian mereka ada sebagai ahli politik. - A Kadir Jasin

Bila pula Nik Abdul Aziz Ketua Dewan Ulama?

Tiada siapa boleh menafikan yang “pembebasan” kepemimpinan Pas daripada monopoli golongan ulama telah dan akan terus mengubah persepsi umum terhadap parti itu. Malah sudah terdengar cakap-cakap bahawa Pas sudah hampir menyerupai Umno dan kaukus Melayu PKR. - A Kadir Jasin

Bagi yang tak mengenali PAS tak memahami PAS secara menyeluruh akan membuat label perbezaan pendapat dan pendekatan dalam PAS. Perkara ini agak ketara kerana zaman sekarang kemudahan komunikasi agak luas dan cepat dengan blog, facebook, twitter dan HP. Zaman dulu PAS sama sahaja bila ada pemilihan. Mereka menggunakan usrah, tamrin, liqa dan apa program untuk membawa aliran pemikiran dan pendekatan. 

Walau apa pun saya ucap tahniah kepada A Kadir Jasin yang mengakui bahawa keputusan pemilihan ini adalah menarik dan akan membuka satu lalu baru kepada PAS dalam Pakatan Rakyat.

Thursday, 9 June 2011

Hukum Hudud, kenapa kita berlengah?

Beberapa hari ini banyak sangat tulisan pasal hukum hudud. Tun Mahathir walaupun dah terlalu tua masih ada daya berita yang baik. Kenyataannya nampak membuatkan PAS dan pimpinannya terpaksa menjawab.




Dulu saya dengar dalam ceramah-ceramah PAS, hudud akan dilaksanakan. Memang dalam ceramah mudah kita bercakap tapi semasa perlaksanaan cukup sukar kerana kita kena kaji banyak perundangan untuk melaksanakannya apatah dengan berbilangnya kaum dan agama yang sudah pasti mereka  semua tidak sependapat dalam hal ini.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Ini adalah ekoran janji PAS pada pilihan raya 1990.

Tapi malangnya Tun Mahathir membuat ugutan dalam perlaksanaan hukum hudud ini.

Di Terengganu pula pewartaan rang undang-undang kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M setelah ditanda-tangani oleh Tuanku Sultan Terengganu.

Undang-undang ini dibentang oleh DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan diluluskan didalam sidang tersebut pada 7 Julai 2002.

Negeri Terengganu agak bernasib baik kerana Sultan menanda tanganinya. Saya juga di fahamkan Tun Salleh Abas tidak bersedia untuk perlaksaan undang-undang ini kerana tidak ada ruang dalam perlembangaan yang membolehkan  Undang-undang Hudud dilaksanakan.

Tun Salleh ni yang paling profesional dalam  hal undang-undang. Tapi geng ulama desak dan ada seorang dua yang bersungguh-sungguh, tak perlu saya tulis di sini siapa dia ulama muda ini.

Akhirnya Allah memberikan mereka idea menggunakan undang-undang awal daripada penemuan batu bersurat dan mengambil ruang dalam perlembangan dalam hal undang-undang sehingga undang-undang Hudud dan Qisas berjaya di Terengganu.

Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu Kali Ke Tiga pada 23 November 2003 yang bersetuju meminta supaya Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu mengeluarkan fatwa rasmi mengenai Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah ( Hudud dan Qisas ).

Ini adalah kerjayaan besar PAS Terengganu dalam menegakkan hukum Allah. Hanya Allah s.w.t. sahaja memberikan ganjaran kepada mereka yang berusaha ke arah itu.

Ini juga membuatkan saya masih berpendapat ulama harus memimpin profesional dalam gerakan Islam di Malaysia ini kerana ulama ada 'barkat' untuk menjayakan profesioal yang ada kebijaksanaan.

Di Kelantan, selepas tahun 1993 sehingga sekarang usaha untuk membawa semula undang-undang Hudud ini nampak macam 'berlengah' sahaja. Saya kurang maklumat sejauh mana usaha ini dilakukan. Atau sekadar kita akan memberi alasan kerana Tun Dr Mahathir Mohamad tak setuju dan memberikan amaran kepada kita maka kita sudah terlepas daripada tanggungjawab ini?

Sultan Kelantan sekarang ini disebut adalah sultan terbaik. Takkan kita masih berlengah lagi dengan hal-hal keduniaan lain?

Hari ini tragedis untuk PKR

Hari ini Ibu Pejabat PKR di Tropicana, PJ akan dilelong. Pihak PKR dipercayai akan membida bangunan ini semasa lelongan dibuat. Berjaya atau tidak belum pasti kerana banyak sangat tangan-tangan yang nak mengaibkan PKR.



Bangunan juga macam bendera, maruah kepada PKR keseluruhannya. Dulu kita dengar bangaimana Ja`far bin Abu Thalib dalam perang dengan Rom mempertahankan bendera Islam sehingga kedua-dua tangannnya terpotong. Dia masih memegang dan mempertahkan bendera Islam dengan memeluk menggunakan tunggul baki tangan sehingga beliau mati dan bendera ini diambil alih oleh Abdullah bin Rawahah.

Pengajaran kepada Pakatan Rakyat, mana-mana negeri yang dikuasai supaya memperkemaskan organasasi termasuk harta aset.

Saya tak bimbing pada negeri Kelantan kerana PAS-PAS Kawasan mempunyai bangunan dan pusat tarbiyyah yang baik. Di Terengganu ada PAS Kawasan bijak, mengambil kesempatan daripada masa pemerintahan dengan bangunan dan pusat tarbiyyah yang baik, tapi ada juga yang lalai hingga tak sempat nak fikir untuk jamaah hanya sekadar fikir untuk diri dan kroni sahaja.

Saya menasihatkan terutama untuk PAS Kedah. Peluang yang ada perlu digunakan jangan 'betul bendol' dalam hal ini. Lihat sahaja di Perak, berapa PAS kawasan yang ambil kesempatan buat bangunan dan pusat tarbiyyah?

Inilah yang disebut dalam SWOT sebagai Opportunities

Anak Malaysia


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menegaskan bahawa 'Anak Malaysia' tidak boleh diterima sebagai satu etnik dan penentuan bangsa seseorang anak adalah ditentukan berdasarkan bangsa ibu bapa mereka.

Kenyataan ini berhubung permohonan ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh dan suaminya Ramachandran Muniandy yang mahu mendaftarkan anak perempuan mereka bernama Shay Adora Ram sebagai 'Anak Malaysia'.

Saya setuju benar dengan kenyataan ini. Bangsa ciptaan Allah s.w.t. yang kita tak boleh tukar suka sama suka. Kita sekadar boleh kacuk untuk menjadi bangsa yang lebih dominan. Rakyat Amerika sendiri juga adalah hasil kacukan yang makan masa ratusan tahun.

Dulu bangsa Jepun rendah dan pendek, tapi mereka telah membuat revolusi untuk menukarnya selepas kekalahan dalam perang dunia kedua dengan menukar sistem permakanan.. Kalau dulu mereka makan nasi lebih banyak daripada ikan (lauk) tapi sekarang mereka makan lauk lebih banyak daripada nasi. Tapi kekuatan revolusi ini tak mampu mengatasi dengan hasil kacukan dengan bangsa lain.

Masyarakat Melayu juga begitu, dulu orang melayu macam setara (hampir sama rupa paras dan tinggi rendah) kerana mereka kahwin antara anak beranak atau sekampung. Tapi sekarang tidak lagi yang Perlis kahwin dengan yang Johor bercamnpur baur latar belakang keturunannya.

Lihat sahaja Najib yang nak kahwinkah anaknya dengan bangsa Kazakhstan. Itu nak kuatkan bangsa Melayu pasal itu dia guna duit rakyat.

Tun Dr Mahathir juga daripada bangsa kacukan tapi dia masih anggap dia Melayu tulen dan semangat Melayunya melebihi daripada orang lain.

Tak perlulah main isu bangsa.

Nasib baik perempuan tak boleh kahwin ramai, kalau tak nanti ada ADUN perempuan yang akan kahwin dengan Melayu, Cina India, Iban, Kadazan, Murut, dll


Wah ini benar-benar ANAK MALAYSIA.. warna kulitnya pun hampir sama dengan bendera Malaysia.

Wednesday, 8 June 2011

Lebih PAS daripada Ahli PAS

Saya bimbang juga nak menulis tentang PAS secara kritis, pasal pembaca yang pro Pakatan Rakyat pun bukan semua boleh faham apa yang kita tulis. Tapi saya tak kisah berbeza pandangan itu perkara biasa dalam gerakan Islam. Saya menulis mengiku pendapat saya.

Tulisan saya sebelum ini "Aku nak berbalah pasal Negara Kebajikan" ada yang tak faham walaupun mereka bercakap Bahasa Melayu.

Saya menulis "Selapas ini kami ahli PAS akan berbalah lagi untuk program Munaqasah Ucapan Dasar Presiden yang akan dibuat di setiap Kawasan pasal Negara Berkebajikan dan Negara Islam". Ada 2 forumer di Tranungkite kata saya bangang!

Utusan Malaysia kata PAS mula berbalah, saya mengiyakan kerana di Munaqasah Ucapan Dasar nanti ahli-ahli PAS akan hadam apa yang dijadikan Ucapan Dasar. Mereka 'berbalah' dengan apa yang dimaksudkan untuk memperkuat dan memperteguhkan apa-apa saranan dalam Ucapan Dasar. (Munaqasah ni mudah sebut macam forum jugalah..)

Jika mereka bukan ahli PAS mereka tak tahu semua ini. Di internet kadangkala ada forumer lebih PAS daripada ahli PAS. Ini yang membuatkan PAS menjadi huru hara dibuatnya.

Untuk pengetahuan forumer yang tegur saya, ada PAS kawasan yang menjadikan teks ucapan dasar Presiden  sebagai teks usrah mereka. Mereka berbahas tiap minggu atau bulan sehingga habis teks itu dihadam ertipati yang terjandung dalam ucapan dasar berkenaan.

Mahathir Vs Karpal, aku sekadar nak gelak aje

Tun Dr Mahathir Mohamad, pakar manipulasi telah membuat kenyataan berhubung dengan perkembangan Muktamar PAS kali ke-57 dengan mengatakan tak payah tunggu Karpal Singh mati untuk langkah mayat, PAS telahpun berubah dasar daripada Negara Islam kepada Negara Berkebajikan. Walaupun tak hadir Karpal telah menang kata sinisnya.

Saya akui Tun Mahathir memang licik dalam sebarang kenyataan, dalam keadaan selamba dan bersahaja kadang kala dia boleh matikan hujah. Tak ramai yang macam dia ini. Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga bersifat demikian.

Hari ini Karpal Singh dalam blognya menasihatkan Tun supaya menggunakan sisa-sisa hidupnya untuk bertaubat kerana dia terlalu banyak membuat dosa semasa menjadi Perdana Menteri 22 tahun yang lalu.



Karpal menambah lagi Tun adalah seorang yang degil dan keras kepala. Dia tidak pernah memohon maaf atas kesalahannya kepada negara dan rakyat. Sepatutnya masa tua dan sisa baki umur ini diguna untuk dia bertaubat.

Saya rasa kedua-dua ini kalau diibaratkan ubi kayu. Kedua-duanya adalah ubi yang tak empuk walaupun dimasak berjam-jam. Dah keras macam kayu..

Saya tak nak masuk campur dalam pergaduhan dia orang. Anda macam mana?

Gugur Negara Islam dikritik

Pagi ini nak beli nasi lemak di gerai, tapi jadi perdebatan hangat juga antara saya dengan beberapa orang pengkritik PAS dikalangan ahli UMNO dan atas pagar. Hujah dan kitab mereka ialah Utusan Malaysia, nas Agong masakini.

Mereka kata PAS berdolak dalih dan tak tetap penderian. Kata mereka lagi tahun 1963 PAS mengeluarkan fatwa mengkafirkan UMNO kerana memberikan jawatan dan hak kepada pemimpin bukan Melayu.

Sekarang PAS dah ubah daripada Negara Islam sejak 20-30 tahun lalu kepada Negara Berkebajikan katanya dengan semangat untuk mempengaruhi audion. PAS sanggup gugur Negara Islam demi politik tambah mereka.

Poster serangan kepada Kerajaan PAS Terengganu
yang berfokus kepada Negara Berkebajikan

Saya balik ke rumah terus buka internet mencari laman-laman UMNO terutama di Terengganu untuk melihat poster serangan mereka bagi menjatuhkan PAS Terengganu sekitar tahun 1999-2004.

Terjumpa poster di atas dan sudah pasti membuktikan bahawa NEGARA BERKEBAJIKAN bukannya baru, dah dilaksanakan di TERENGGANU dan KELANTAN sebelum ini.

Saya print poster ini, dan pagi besok kalau saya jumpa puak-puak bahlol UMNO yang hanya hafal hadis Utusan Malaysia sahaja. Saya tampal di dahinya.....


______
Catatan: Saya juga tak setuju dengan tulisan Akhirnya impian Fadzil Noor tercapai, oleh Liew Chin Tong Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera yang mengatakan bahawa misi Ustaz Fadhil tidak diidahkan pada sekitar tahun 2001 sehingga beliau meningga dunia 2002.

Sebenarnya draf empat muka surat telah diperkasakan dalam sebahagian ideanya telah dilaksankanan di Terengganu di bawah Kerajaan PAS Terengganu.

Aku nak berbalah pasal Negara Kebajikan

Saya ahli PAS sepanjang hayat. Saya mengikut ucapan Dasar Presiden PAS yang banyak menekankan tentang Negara Berkebajikan. Saya nak berbalah pasal Negara Berkebajikan dan kenapa tidak dengan Negara Islam.

Dengan ini saya nak maklumkan bahawa benarlah "kata-kata dakwah" Utusan Malaysia bahawa PAS MULA BERBALAH.



Selapas ini kami ahli PAS akan berbalah lagi untuk program Munaqasah Ucapan Dasar Presiden yang akan dibuat di setiap Kawasan.

Benarlah apa yang ditulis oleh UTUSAN MALAYSIA!

PAS kena baiki SPR muktamar

Sebelum pukul 10 pagi 4 Jun 2011 saya dah dapat keputusan pemilihan Muktamar kali ke-57. Malah MalaysianInsider telah menyiarkan keputusan tak rasmi berkenaan. Dua tahun lalu semasa pemilihan juga, Cikgu Pa dikatakan menutup telefon sehingga Presiden pun tak boleh hubungi beliau sehingga keputusan keluar. Ketegasan ini berpunca daripada komen-komen pemilihan tahun sebelum itu, 2007 yang juga bocor keputusan semasa Ustaz Nasha melawan Ustaz Hassan Shukri untuk Timbalan Presiden.

Keputusan yang diketahui bukan setakat siapa memang atau siapa kalah, malah angka-angka tepat bilangan yang diperolehi oleh Mat Sabu dan calon lain.
Gambar Husam sempat layan pemerhati
beberapa saat lagi keputusan nak diumumkan di luar Dewan.

Saya ambil gambar YB Husam di luar Dewan dan beliau sempat melayani pemerhati untuk bergambar sedangkan keputusan tak sampai 1 minit lagi nak diumumkan (masa untuk derma), malah beliau sempat membeli di gerai Unit Amal. (Kalau ada yang kenal siapa yang ada dalam gambar boleh bertanya..)
Sebenarnya YB Husam telah mengetahui keputusan dengan sistem baru pemilihan kali ini.

Pertandingan tahun ini ada sedikit perubahan dengan adanya borang semacam SPR14 yang mana ada wakil calon yang menanda tangani keputusan pemilihan. Sepatutnya wakil calon dan calon mestilah amanah dengan keputusan tersebut sehingga pukul 10 pagi esokkannya. Tapi malang akhbar internet telah dimaklumkan keputusan ini.

Saya melihat suatu yang serius tentang amanat dan rashia parti. Sepatutnya perkara ini tidak dibocorkan.

Dulu pernah mesyuarat AJK PAS Pusat juga bocor maklumat kepada blogger atau penulis blog. Mesyuarat belum lagi habis, di blog beberepa keputusan penting sudah diketahui sehingga pernah di arahkan semua yang hadir meninggalkan handphone atau apa-apa perkakas IT sebelum masuk mesyuarat.  Lucukan... tapi itulah kedudukan sebenar yang berlaku.

Malulah kalau AJK PAS Pusat pun kena disiplin begitu. Harap-harap tahun ini jangan lagi buat perangai macam itu.

Tuesday, 7 June 2011

Kalau Mat Sabu Meninggal?

Tajuk di atas ini memang tak bagus dan tak sesuai pun. Tapi saya mengambil keputusan untuk menulis juga pasal banyak sangat andaian-andaian tentang kedudukan Hj Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS.

Andaian ini sebenarnya telah wujud semasa Ustaz Nasha menjadi timbalan lagi. Golongan yang menolak Ustaz Nasha atas krisma beliau yang tak jelas mempersoalkannnya jika Tua Guru Haji ABdul Hadi meninggal dunia. Adakah mampu Ustaz Nasha memikul amanah yang besar ini?

Soalan yang sama juga berligar apabila Hj Mohamad Sabu memenangi jawatan ini.



Jawapan mudah sebenar tak payah nak difikirkan atau sengaja nak menyusuhkan sehingga wujud tulisan daripada Munir dalam Tranungkite bertajuk Mat Sabu Timbalan: Jika tiba-tiba TG Hj Hadi Tiada?
Kalau TG hj Hadi meninggal, memang Mat Sabu akan memangku Presiden, itu sifir yang mudah sehingga Muktamar Pemilihan berlangsung. Kalau AJK PAS Pusat rasa perlu dia adakan Muktamar Khas untuk menentukkan siapa Presiden, PAS boleh mengadakan dan perwakilan berhak nak kekal Mat Sabu atau nak cari orang lain dengan cadangan daripada PAS Kawasan untuk calon-calon Presiden.

Buat apa nak peningkan kepala, fokus kepada susun atur gerak kerja PAS selepas muktamar, baiki kelemahan dan perkukuhkan ikatan jamaah.

Saya semasa nak mati hujah geng-geng borak terutama di kawasan Batu sekadar bertanya, Jika Mat Sabu mati macam mana?

Mereka terdiam.... rasanya berfikirlah tu!!

Negara Islam idaman PAS tinggal impian..?

Selain membaca tulisan daripada 'minda' reformis dikalangan Pakatan Rakyat yang berfokuskan kepada penulis non-muslim saya juga membaca tulisan-tulisan pro-kerajaan untuk mendapatkan gambaran pemikiran penerimaan masyarakat pencetus 'minda rakyat' berkaitan perubahan diluar jangkaan dalam pemilihan AJK PAS.

Saya juga membaca tulisan mereka yang berada di laluan tengah dalam aliran pemikiran ini.

Mahaguru58 telah menulis "Bila PAS berubah matlamat, maka 'negara Islam idaman' tinggal impian.." Mahaguru58 saya taklah kenal sangat tapi kawan anak saudara perempuan saya lepasan UUM telah berkahwin dengan dia ini.

Dulu saya suka membaca tulisan dia ini kerana nampak kosmatiknya Islamik tapi dia pun tak ada matlamat, mungkin juga telah berubahah matlamat untuk mencari sedikit kebanggaan duniawi. Memang kadang kala kita rasa bangga bila pimpinan besar kerajaan banyak memanggil kita untuk perjumpaan yang dianggap sebagai golonngan blogger.

Takziah diucapkan kepada sekelian mereka yang sekian lama ini kononnya memperjuangkan agenda dan matlamat menubuhkan sebuah daulah Islamiyyah dibumi bekas Tanah Melayu ini.

Sudah sampai ketitik noktah perjuangan politik sekular jamaah yang selama ini menjanjikan kepada kita akan suatu gagasan berlandaskan Syariat Islam dan Sunnah Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam.

Bilamana PAS bernikah secara mut'ah dengan partai harbi wal laknatullah DAP dengan bermadukan PKR yang sanggup menyamaratakan segalanya demi segenggam kuasa politik memerintah negara ini, maka lenyaplah sudah sekelumit harapan hamba Allah ini untuk menyaksikan kejayaan PAS untuk mengotakan kata, melaksanakan sahutan 'Negara Islam' sepertimana pernah dibentangkan Al Fadhil Tuan Guru Professor Dato Dr Harun Din Al Haj, satu satunya ulamak PAS yang saya hormati dan sokong ke saat ini.

Tidak ada tokoh tokoh yang lain didalam parti PAS yang tidak berganjak dari usaha memartabatkan Ad Deenul Islam selain Prof. Dato Dr Harun Din.  - Zainol Abideen (Mahaguru58)

Tak perlu saya panjang sekadar saya boleh kata kalau tak pernah berani untuk berada dalam perjuangan PAS, tak kenal PAS tak payah bercakap betul atau salah PAS. Belajarlah membezakan antara Matlamat dan Uslud barulah menulis supaya orang tak nampak bodoh kita...

Monday, 6 June 2011

Untuk Ustaz Nasha, Sabar sesungguhnya Allah bersamamu!

Saya tak terlibat langsung dalam percaturan politik kepimpinan PAS untuk Muktamar ke-57 ini. Saya sekadar pemerhati yang prihatin, seorang yang taat kepada kepimpinan (ada bahasa blogger sebut wala` buta ; buta kerana mereka semua 'buta hati' dengan siasah harakah islamiyyah)

Kesempatan ini saya nak ucapkan tahniah kepada Ustaz Nasharudin Mat Isa, ya tahniah bukan atas kekalahan beliau walaupun ada yang mentafsirkan begitu kerana beliau terlepas daripada persoalaan Allah dengan kemampuan yang ada.


Tapi saya lebih kepada kesabaran beliau menghadapi tohmahan, cercaan dan nista hina sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini sehingga beliau macam fobia dengan akhbar dan orang-orang akhbar.

Saya juga kagum dengan beliau untuk tidak menarik diri dalam pertandingan ini, walaupun ramai yang datang untuk memberikan nasihat agar beliau menarik diri. Saya kagum dengan ungkapan ini...


"..ana menang jawatan nombor 2  dengan bertarung dalam gelanggang, jadi kalau ana nak kalah, ana nak kalah dalam gelangang ketika bertarung!" - Ustaz Nasha

Kalau saya mengundi pun, saya takkan pilih Ustaz Nasha. Saya nampak kelemahan beliau semenjak daripada beliau menjadi Setiausaha Agung lagi. Kita mengundi mengikut kesesuaian.

Jika ditakdirkan ada pertandingan merebut jawatan Khalifah antara Saidina Osman dan Khalid Ibnu Walid. Saya nescaya takkan pilih Khalid untuk menjadi Khalifah walaupun dia begitu hebat sehingga Saidina Omar pecat beliau kerana takuti mukmin pada masa terpesong akibat mempercayai kemenangan kerana Khalid bukan ketentuan Allah s.w.t. (Sekarang pun ada yang bercakap begitu seolah-olah stategi mengatasi prinsip agama)


Kalau ada yang nak marah, kerana beliau tak tarik diri sepatutnya marahlah orang yang boleh mengubah Tuan Ibrahim untuk bertanding. Anda juga boleh marahkan Dato' Ustaz Harun Din atau Dato' Ustaz Harun Taib kenapa ulama terlepas dalam pemilihan jawatan ini.

Sebenarnya tak guna kita mengungkit apa yang telah berlaku, tapi ambillah sebagai pengajaran buat kita semuanya ketentuan Allah. Perancangan bukan segala-galanya.

Hanya saya nak tegaskan, walaupun saya tak memilih Ustaz Nasharudin Mat Isa, saya tak pernah menuduh beliau ada apa-apa dengan UMNO. Tuduhan-tuduhan liar terhadap beliau semoga Allah akan membalasnya dan saya selalu berdoa agar Allah memberikan pengajaran kepada penyebar ftnah tak berasas ini.

Kita tak suka orang buat fitnah. Kita antara orang yang kedepan dalam menentang isu fitnah Anwar Ibrahim, tapi malangnya kita diam-diam adalah penyebar fitnah serta membuat tuduhan yang cukup berat kepada Ustaz Nasha. Adakah kita rasa kita akan terselamat daripada Mata Penglihatan Allah Azawajala?

Jadilah mukmin yang berbaik sangka....

Hadi Idam PM, Ganti Projek Kekalkan Ulama

Sebelum ini bertubi-tubi media massa kuasaan kerajaan memberikan publisiti percuma untuk berkempen bagi pihak yang dikatakan kumpulan ulama dengan slogan kekalkan kepimpinan ulama PAS. Saya menjadi pening bila melihat akhbar dan menonton TV dengan berita seolah-olah UMNO cukup sayang dan prihatin terhadap golongan ulama.

Bila sebahagian besar golongan ulama yang bertanding di Muktamar PAS kali ini tidak bernasib baik dan gagal untuk memenangi pos-pos penting, UMNO dan media kerajaan terutamanya Utusan Malaysialah yang saya nampak lebih bersedih daripada tukang kempen 'geng ulama'.

Pelik dan ajaib dunia UMNO ammnya. Celaru gila babi kita dibuat oleh wartawan dan penulis Utusan Malaysia.

Hari ini nada dah bertukar.. wah cukup komplikated cara dan gerak kerja 'bendul' dalam kewartawanan yang mengisi perut.

Hadi Intai PM, kata Nazri. PAS dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai oportunis dengan cuba meletakkan dirinya sebagai pengganti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bakal perdana menteri.

Nazri berkata lagi, keputusan pemilihan PAS Sabtu lalu merupakan petanda bahawa pemimpinnya, terutama Hadi, sedar bahawa mereka perlu berusaha menguasai Pakatan Rakyat.

Kemenangan Erdogan ‘untungkan’ Hadi, bukan Anwar ini satu lagi gambaran seolah-olah PAS nak menguasai Pakatan Rakyat sekali gus untuk menjadi PM.

Saya nampak ada satu usaha untuk menyekat kebangkitan PAS dan 'membina' satu aliran pemikiran terutamanya kepada masyarakat bukan Islam bahawa PAS dan Hadilah yang akan jadi PM.

Awas perangkap dan mainan mush, jangan sampai kita tersilap menari bersama musuh.

Fitnah dan Tuduhan, Mampukan kita berhadapan dengan Allah?

Kempen pemilihan Muktamar PAS sudahpun selesai. Senarai 'chai' melalui SMS sudah berlalu. Cakap-cakap kedai kopi juga sudah tidak ada lagi.. sekadar tinggal adalah merai kemenangan atau merintis kekalahan.

Dalam kempen, walaupun berserban, berkupiah atau berbaju Melayu ala Anwar 80an tapi batas-batas kesedaran tentang bencana mulut tidak begitu diendahkan seolah-olah azab neraka ini untuk orang UMNO sahaja!

Blog, twitter atau facebook masih lagi hangat mungkin dunia sekarang lebih ke arah itu.

Saya tak berkenan betul dengan gambar yang diungkitkan oleh penulis blog PinkTurle2 berkaitan dengan Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Mengungkit kesalahan lalu untuk sentimen kebencian bukan cara orang mukmin buat kerja. Kalau Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah memaafkan dan memahami apa sebenarnya yang berlaku, anda sekadar tukang ambil gambar apa yang anda tahu?

Aka kelebihan anda dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz?

Sebagai orang mukmin kita diajar adab dan batas dalam membuat apa-apa persepsi, Jangan kebencian kita hilang pertimbangan dan akal keimanan membuat kita benci tak tentu pasal.

Kita akui Ustaz Nasha tidak mempunyai krisma anugerah Allah untuk menjadi pemimpin. Walaupun ilmunya tinggi dan anak murid khas Yusof Qardhawi tapi itu tidak menjamin dia menjadi pemimpin yang baik untuk satu gerakan Islam yang dinamik mengikut peredaran dan kehendak masyarakat yang sentiasa berubah. Beliau melepaskan peluang yang telah diberikan kepadanya beberapa tahun.

Tapi ini semua tidak memberikan lesen untuk mengenangkan kesilapan yang lalu (saya sekadar berpendapat kesilapan maklumat sahaja) untuk menghina dan mencerca beliau. Blogger-bloggerpun sebahagian besar juga ada dikalangan mereka yang "tahi UMNO' sebelum ini.

Tolonglah ikut adab Islam, hormatilah orang supaya orang boleh menghormati kita. Allah pasti mentarbiyyah Ustaz Nasah dengan tarbiyyah yang 'benar' sudah pasti dia dikasihi Allah.

Kepimpinan Mat Sabu - Kenapa pandang yang negetif?

Terbaca satu posting daripada forumer Tranungkite dalam forum yang TKO yang agak kontraversi sejak dulu lagi berkaitan dengan Timbalan Presiden PAS yang baru ini. Tak pasti apa fikrah sebenar forumer ini yang jelas posting ini mengambil tulisan lama daripada Malaysia Today oleh penulis yang dikenali Abu Aiman.

Tulisan yang dipetik adalah mengenai tajuk "Hubungan Mat Sabu dengan Syiah".

Saya tak bercadang untuk berbincang soal Sunni dan Syiah, atau membahaskan Syiah ini betul atau salah kerana tulisan yang ringkas dan pendek sudah pasti tidak sedikit pun mampu membicarakannya.

Tapi saya lebih suka untuk membicarkan kenapa isu Syiah ini nak diperbesarkan? Kalau betullah Mat Sabu itu Syiah "totok" adakah Mat Sabu boleh Syiahriahkan semua AJK PAS Pusat termasuk Dato' Seri Presiden?

Rasionallah dalam membuat tuduhan dan tohmahan.

Hatta yang disebut IRC, JIM atau apa istilah sekali pun yang begitu ramai dalam AJK PAS Pusat, malah melebihi PAS asli terpaksa mengambil masa bertahun-tahun untuk menyebar dan mempengaruhi ahli-ahli PAS. Mereka juga terpaksa memakai jubah PAS.

Saya tak nampak Mat Sabu dengan beberapa orang ini yang besarnya bilangan itu adalah penulis blog mampu untuk menukar wala'.

Ambillah yang positif daripada 'takdir' Allah s.w.t ini bagi memperkukuhkan Jamaah Islam PAS.

Sunday, 5 June 2011

Masih ada usaha jahat daripada blogger?

PAS perlu satu barisan yang mantap untuk persediaan untuk menghadapi pilihan raya ke-13 nanti dengan satu kombinasi yang sangat baik. Pilihan raya ke-13 nanti perlu ditanggani dengan cermat dan bijaksana kerana ini adalah satu-satunya peluang bagi memastikan BN terus dilenyapkan.

Pemilihan sudah tamat, kalau ada lobi melobi perlulah dihentikan. Laras pelurus haruskan berada di tempat yang "benar" bukan menghala sesama sendiri. Walaupun saya sendiri tidak begitu menyukai beberapa keputusan yang dihasilkan daripada pemilihan kali ini, tapi saya lebih bersikap terbuka dan redha atas ketentuan Illahi dan melihat positif atas apa yang telah ditakdirkan.

Presiden PAS telah menyifatkan barisan saf kepimpinan baru dan sayap-sayap dalam parti adalah "kabinet Pilihan Raya" yang menjukkan perwakilan memilihan mengikut situasi dan keadaan semasa.

Orang yang bijak tahu apa yang perlu dibuat. Orang yang ikhlas memahami apa yang perlu dia lakukan demi kebaikan untuk Jammah Islam melainkan jika dia adalah pinggiran jamaah yang merasai dirinya lebih sempurna daripada orang lain.

Saya membaca tulisan daripada blog Greenboc dan memerhati bahawa penulis ini menulis dengan prasangka dan andaian buruk. Kalau tulisan tersebut datang daripada Utusan Malaysia kita tidak hairan, tapi malangnya datang daripada penulis yang kononnya adalah ahli PAS.

Beberapa tulisan dalam tulisan blog ini menyemai rasa tidak senang dan bersifat jahat agar keraguan akan timbul dalam saf kepimpinan baru PAS terutamanya di kalangan Pemuda.

Satu petikan dalam artikel Greenboc yang bersifat buruk sangka dan tuduhan tak berakhlak Islam ialah;



"Sdra perlu sedar bahawa tidak semua perwakilan pemuda memilih sdra kerana kelayakan yang ada pada diri sdra. Lagipun tinggi mana kelayakan sdra? Dah dapat 3-4 PhD kah sampai begitu sombong sekali jawapan sdra?" - Greenboc

Saya sekadar berkata, tahu dan kenalkah si Greenboc ini dengan Ustaz Khalil Abdul Hadi? Hebat benar si Greenboc boleh metelaah isi hati kenyataan spotan budak muda ini?

"Adalah tindakan tidak matang,tidak wajar dan tidak beretika apabila Pemuda PAS melakukan pemilihan dengan meletakkan anak-anak pimpinan PAS Pusat berada di dalam barisan pimpinannya persis ingin menjadi PAS sebagai parti anak beranak." - Greenboc

Hampir 700 perwakilan yang hadir dalam Muktamar Pemuda seolah dianggap Greenboc bodoh dan tak boleh berfikiran secara rasional dalam pemilihan ini.

Greenboc tak boleh mengajar dirinya untuk menerima hakikat dan pandangan orang lain. Adakah jika perwakilan tidak mengikut selera kita dianggap bodoh dan tidak matang dalam membuat pemilihan?

Sudah-sudahlah Greenboc. Hentilah kerja jahat yang merosakkan jamaah Islam.

Ulama dan Profesional

Lagi cerita pasal kawan saya di Kawasan Batu. Dia masih tak puas hati dan menghitung takdir mengatakan jika Ustaz Nasha tarik diri, sudah tentu Tuan Ibrahim Tuan Man boleh memang selesa.



Ada beberapa orang yang ada di kiri kanan tempat kami berbincang menyampuk dengan mengatakan, Tuan Ibrahim Tuan lebih baik bertanding sebagai Naib Presiden sahaja. Pasti beliau mendapat undi terbanyak (undi popular) dan rekod Tuan Ibrahim memang menerajui undi paling popular dalam pemilihan Naib dan AJK PAS Pusat.

Mereka menyebut juga. Mohamad Sabu dan Ustaz Nasharuddin pasti sengit dalam pemilihan satu lawan satu. Tapi katanya sekurang-kurang sudah ada satu golongan ulama dalam Naib.

Saya juga menambah secara seleroh, Kalau Timbalan Muryidur Am dan Ketua Dewan Ulama tidak melobi mengekalkan Ustaz Nasha. Sudah pasti Tuan Ibrahim Tuan Man boleh menang. Banyak Kawasan terpaksa ber'syura' untuk memilih antara Ustaz Nasha dan Tuan Ibrahim.

Mereka terdiam.

Saya juga menambah lagi. Bilangan undi masih menunjukkan undian untuk golongan yang disebut-sebut sebagai ulama adalah 60% dan Mohamad Sabu hanya memperolehi sokongan hanya sekitar 40% sahaja daripada perwakilan.

Untuk menuntup percakapan hilang rasa frust mereka ini, saya menyimpulkan itulah gerak kerja yang disebut sebagai golongan profesional. Orang profesional boleh menunjukkan golongan sedikit boleh mengalahkan golongan yang banyak dengan strategi dan perancangan yang tepat.

Mereka tak ramai tapi mereka bersedia mengambil apa sahaja peluang dalam PAS untuk kepentingan tujuan mereka. Mereka bukan sahaja berkerja pada saat-saat pemilihan malah mereka telah bersedia setelah kalah dan tidak mendapt hajat dalam pemilihan 2 tahun yang lalu.

Alangkah baiknya jika gerak kerja seperti ini dibuat untuk memangkan PAS dalam pilihan Raya ke-13 nanti. Dan alangkah baiknya jika ulama boleh memandu mereka ini agar tidak terlalu ghairah sehingga mengadaikan prinsip Islam dengan harapan kononnya menjaga hati rakyat.

Ulama dan Profesional mestilah disatukan dalam ikatan yang kuat, bukannya membezakan mereka kerana ini sudah bercanggah sama sekali dengan apa yang pernah di ucapkan oleh Almarhum Ustaz Fadhzil Mohd Nor.

Saya berpendapat melabelkan ulama dan profesional dalam PAS adalah usaha jahat untuk merosakkan penyatuan yang pernah menjadi amanah dan wasiat almarhum.