Thursday, 9 June 2011

Hukum Hudud, kenapa kita berlengah?

Beberapa hari ini banyak sangat tulisan pasal hukum hudud. Tun Mahathir walaupun dah terlalu tua masih ada daya berita yang baik. Kenyataannya nampak membuatkan PAS dan pimpinannya terpaksa menjawab.




Dulu saya dengar dalam ceramah-ceramah PAS, hudud akan dilaksanakan. Memang dalam ceramah mudah kita bercakap tapi semasa perlaksanaan cukup sukar kerana kita kena kaji banyak perundangan untuk melaksanakannya apatah dengan berbilangnya kaum dan agama yang sudah pasti mereka  semua tidak sependapat dalam hal ini.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Ini adalah ekoran janji PAS pada pilihan raya 1990.

Tapi malangnya Tun Mahathir membuat ugutan dalam perlaksanaan hukum hudud ini.

Di Terengganu pula pewartaan rang undang-undang kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M setelah ditanda-tangani oleh Tuanku Sultan Terengganu.

Undang-undang ini dibentang oleh DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan diluluskan didalam sidang tersebut pada 7 Julai 2002.

Negeri Terengganu agak bernasib baik kerana Sultan menanda tanganinya. Saya juga di fahamkan Tun Salleh Abas tidak bersedia untuk perlaksaan undang-undang ini kerana tidak ada ruang dalam perlembangaan yang membolehkan  Undang-undang Hudud dilaksanakan.

Tun Salleh ni yang paling profesional dalam  hal undang-undang. Tapi geng ulama desak dan ada seorang dua yang bersungguh-sungguh, tak perlu saya tulis di sini siapa dia ulama muda ini.

Akhirnya Allah memberikan mereka idea menggunakan undang-undang awal daripada penemuan batu bersurat dan mengambil ruang dalam perlembangan dalam hal undang-undang sehingga undang-undang Hudud dan Qisas berjaya di Terengganu.

Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu Kali Ke Tiga pada 23 November 2003 yang bersetuju meminta supaya Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu mengeluarkan fatwa rasmi mengenai Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah ( Hudud dan Qisas ).

Ini adalah kerjayaan besar PAS Terengganu dalam menegakkan hukum Allah. Hanya Allah s.w.t. sahaja memberikan ganjaran kepada mereka yang berusaha ke arah itu.

Ini juga membuatkan saya masih berpendapat ulama harus memimpin profesional dalam gerakan Islam di Malaysia ini kerana ulama ada 'barkat' untuk menjayakan profesioal yang ada kebijaksanaan.

Di Kelantan, selepas tahun 1993 sehingga sekarang usaha untuk membawa semula undang-undang Hudud ini nampak macam 'berlengah' sahaja. Saya kurang maklumat sejauh mana usaha ini dilakukan. Atau sekadar kita akan memberi alasan kerana Tun Dr Mahathir Mohamad tak setuju dan memberikan amaran kepada kita maka kita sudah terlepas daripada tanggungjawab ini?

Sultan Kelantan sekarang ini disebut adalah sultan terbaik. Takkan kita masih berlengah lagi dengan hal-hal keduniaan lain?

2 comments:

  1. jgn di sebabkan nak sgt makan buah... buah yg mentahpun ko nak belasah juga

    ReplyDelete
  2. tak usah nak bicara le hukum tuhan nak buat atau tidak penyakit rakyat malaysia di teruk tak ada ubat lain daripada hudud ponggong kuali yang hitam tu kalau nak jadi putih tak boleh dah pakai steel wool samada bakar merah baru kikis atau bubuh asid yang boleh makan carbon yang lekat ponggong insyallah cerah sikit le dia

    ReplyDelete