Saturday 11 June 2011

Mufti Perlis desak PAS tubuh JK Pemandu Negara Kebajikan


Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mendesak PAS menubuhkan jawatankuasa pemandu bagi merealisasikan agenda negara berkebajikan yang diketengahkan dalam muktamar parti Islam itu minggu lalu.

Katanya, pembentukan badan itu penting bagi membentuk halatujunya supaya selari dengan Islam, sekali gus jelas di mata rakyat.

"Ini spatutnya jadi aulawiyat (keutamaan) sekarang kerana momentum kesedaran rakyat amat kuat," katanya.

Beliau mencadangkan jawantuasa "inklusif" itu dianggotai kumpulan pemikir "yang aktif dan realis".

"PAS perlu buktikan yang mereka mampu buat lebih daripada kerajaan yang ada. Jangan ia disejukkan oleh asakan balik Umno bahawa PAS tak praktikal.

"Ketepikan sekejap program kurang utama dan retorik lama. Blueprint (rangka tindakan) itu nanti penting dan akan jadi satu model standrd bagi penceramah PAS jelaskan dasar parti," katanya.

Dr Juanda juga berharap perkara itu boleh mengelakkan tafsiran pelbagai oleh penceramah PAS yang kadang kala mengelirukan seperti yang berlaku dalam isu negara Islam sebelum ini.

Untuk makluman pembaca Tuan Guru Haji Abdul Hadi ketika menghadiri majlis perkahwinan anak sulong YB Salahuddin Ayob telah menyatakan kepada pemberita yang beliau akan mengarang buku berkaitan dengan Negara Berkebajikan.

Ini akan memberikan gambaran sebenar tentang konsep negara berkebajikan yang nak dibawa oleh PAS yang berlaianan dengan apa yang diwar-warkan oleh DAP, bila ditanya wartawan adakah negara berkebajikan sama dengan apa yang dibawa oleh DAP.

Bila buku ini siap, saya difahamkan buku ini akan dibahaskan dalam Majlis Syura Ulama dan akan dibentangkan kepada mesyuarat AJK PAS Pusat.

Diharap kita bersabar dalam hal ini, jangan terlalu gopoh membuat pentaksiran sendiri sehingga wujud kekeliruan dalam hal ini.

Tunggu dulu sehingga pimpinan kita bersedia untuk membentangkannya. Jangan kita terperangkap dengan pro-panganda musuh terutama UMNO/BN.

No comments:

Post a Comment