Wednesday 14 November 2012

Dr Asri akan bertanding dalam PRU-13 nanti?

Pilihan Raya ke-13 makin hampir. Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak makin terdesak untuk menyatakan tarikh untuk pilihan raya. Kalau sebelum ini DS Najib boleh memberikan tekanan kepada orang lain kerana tarikh pilihan raya hanya ada dalam kepala beliau sahaja!!

Tapi sekarang Dato' Seri Najib pula terdesak kerana tidak mampu menentukan bila pilihan raya ke-13. Ini sama sekali merendahkan kemampuan dirinya sendiri.

Kita ketepikan soal tarikh pilihan raya. Kita bincang bagaimana pun calon 'winnable candidate' (boleh memang). Dalam hal ini semua parti politik berlumba-lumba mencari calon winnable candidate dan tokoh-tokoh masyarakat, teramasuk artis juga menjadi pilihan.

Dalam hal ini Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) tidak lari daripada menjadi rebutan parti-parti politik. UMNO banyak kali menawarkan tempat untuk bertanding malah ada janji-janji jawatan jika memang walaupun itu tidak rasmi sekadar disebut oleh beberapa kepimpinan tertinggi UMNO sahaja.

PAS juga tak terkecuali. Dato' Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS banyak kali menawarkan Dr Asri untuk masuk PAS. Malah dalam beberapa pertemuan Dato' Harun walaupun berseleroh ada menyatakan hasrat PAS untuk memberi ruang Dr Asri bergerak di dalamnya.

Tapi Dr Asri menolak.

Saya kurang maklumat berkenaan dengan PKR, walaupun ada sumber menyebut ada juga tawaran ini. Tapi saya lebih suka untuk menulis tentang maklumat muktahir ini bagaimana DAP pun terlibat menawarkan perkara yang sama kepada Dr Asri.

Ini mungkin mengejutkan! Tapi dalam politik ini tidak mustahil. Ada ramai intelektual Melayu yang bersifat libral dan ingin melihat demokrasi yang adil aalah mereka yang mendokong perkara ini. Kenapa DAP menjadi pilihan mereka itu kena buat reseach.

Mereka ini ingin Dr Asri bergiat didalam DAP kerana Dr Asri lebih bebas dan terbuka berbanding kalau Dr Asri bergerak dalam PAS atau PKR.

Ada juga menyebut Dr Asri jika bertanding di Perak atas tiket DAP berpeluang untuk mentadbir negeri Perak yang sekarang ini mengikut kajian mutakhir di Universiti memehak kepada Pakatan Rakyat.

Kita sama-sama tunggu cerita selanjutnya. Adakah khabar angin ini akan menjadi realiti!



Tentatif Muktamar

Muktamar PAS kali ini adalah Muktamar ke-58. Dah banyak kali muktamar telah dihadiri kita, malah kita sudah masak dengan agenda atau disebut tentatif muktamar berkenaan. Bagi orang baru, mungkin masih asing berkenaan dengan muktamar PAS dan jika mereka berniat untuk hadir ke muktamar PAS mereka ingin merujuk dan mengetahui apa dia agenda yang dilakukan dalam muktamar PAS ini.

Sumber rujukan mereka paig mudah ialah laman rasmi PAS dan kebanyakkan akan merujuk kepada harakahdaily.

Tapi malangnya sehingga hari ini (ya hari ini baru nampak ada lebih artikel berkenaan muktamar) jika kita masuk ke harakahdaily kita tak boleh dapat di mana-mana tempat tarikh yang nyata berkenaan muktamar pas. Agenda untuk setiap dewan yang bersidang.

Kita mungkin begitu mudah untuk membeli ubat kuat, tapi malangnya kita tak dapat satu pun iklan berkenaan muktamar, tarikh dan tempatnya. Misalnya bila perasmian Dewan Muslimat? Siapa yang rasmi?

Kenapa tidak ada orang di harakahdaily prihal dalam hal ini? Sehingga agenda utama parti tidak menjadi agend utama di harakahdaily?

Tuesday 13 November 2012

Pelancaran Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M), apa PAS buat?


Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Walaupun ini adalah suatu gimik untuk tarik sokongan golongan kepada kepada BN, tapi DS Najib memang bersungguh-sungguh dalam hal ini.

Pengacara, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman atau nama sebenar, Muhammad Hakim Lokman menepelak dengan berkata, pelancaran Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya untuk tarik sokongan golongan itu kepada BN.

Katanya lagi, Umno terbukti semakin parah kerana sanggup menjanjikan habuan demi kepentingan politik.
 
“Ini janji tak ikhlas, kenapa baru sekarang nak bagi (perhatian) kepada artis.

Adakah kerana tiada penyokong, baru nak gunakan artis.

“Ini semua tindakan terdesak mereka. Selama ini siapa yang pandang artis, kami hanya digelar sebagai penghibur, tiada kepentingan,” tempelaknya lagi.

Sejak akhir ini, ramai dikalangan artis mengumum menyertai PAS secara terbuka. Dan saban hari kita mendengar artis-artis turun padang dalam ceramah-ceramah umum.

Perhubungan Negeri, PAS Kawasan malah Cawangan pun ada yang berebut-berebut mendapatkan artis berkenaan untuk berceramah di tempat masing-masing. Tidak lebih daripada sekadar mendapat tarikan dalam ceramah yang hanya disertai ribuan kepada puluh ribuan. Daripada kutipan derma tak cukup makan
kepada kutipan boleh menambah tabung dana.

Tak ada selain daripada itu.

Nak tak nak dunia akhir zaman ini,  kena terima hakikat artis menjadi pujaan masyarakat. Jika artis telah berani menyokong pembangkang, terutamanya PAS suatu perkara yang bukan boleh dibiarkan begitu sahaja. Perlu ada suatu program, atau komuniti yang mengerakkan, menghidup dan menjaga kebajikan golongan ini.. jangan terbiar.

PAS perlu segera bertindak dan membuat sesuatu supaya golongan ini tidak terasa terasing dalam PAS dan akhirnya mereka akan tercicir.

PAS dalam kesempatan mutamar kali ini perlu memikirkannya, selain daripada agenda utama untuk pilihan raya. Jangan asyik melepelekhkan UMNO (Najib) sedangkan kita tak buat sesuatu pun!!