Friday 8 July 2011

Nama aku tak ada dalam senarai 91 yang dilarang


Saya tidak disenaraikan dalam senarai bangang yang dikeluarkan oleh pihak polis bodoh (ditujukan bukan kepada semua polis tapi kepada bos yang mengikut telunjuk UMNO) 91 orang yang di haramkan berada ditempat tertentu di KL pada 9 Julai ini.

Apakah senarai ini boleh mematikan semangat dan kehendak rakyat untuk melihat satu pilihan raya yang bebas dan adil di negara tercinta ini?

Saya tak nampak kebijaksana pihak polis dalam hal ini.

Sejahat-jahat Tun Mahathir dalam isu-isu kemanusian pun masih lagi ada fikiran yang terbuka dalam kepala hotak orang tua itu.

Beliau berkata bahawa pengundi mungkin berpaling menentang Umno-BN jika mereka merasakan bahawa kerajaan sedang mencabuli hak-hak mereka.

"Apa sahaja yang kerajaan lakukan (sekarang), ia akan dipantulkan pada pilihan raya. Jika mereka (pengundi) merasakan bahawa kerajaan ini menindas, mungkin kerajaan akan kehilangan undi," katanya pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

300 ribu orang bukan 300 orang yang dijangka datang. 66 orang (buang yang sengaja dimasukkan daripada UMNO dan Perkasa) yang diblacklist itu rasanya terlalu sedikit jika dinisbahkan kepada
300 ribu.

Kita masih ada anak Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Anak Tuan Guru Haji ABdul Awang Walaupun anak DS Anwar Ibrahim di senaraikan juga kita ada isteri DS Anwar Ibrahim. Ramai lagi kalau saya nak senaraikan di sini.

Daripada PAS saya lebih melihat Husan Musa boleh mengetuai perarakkan ini. Tuan Ibrahim Tuan Man juga harus dikedepankan setelah beliau sudah menjadi Ketua Penerangan PAS Pusat.

Apakah pihak UMNO/BN tidak membaca sejarah kepimpinan PAS? Bodoh dan buta terhadap pergerakan Jamaah Islam ini? Polis pun tak ada kajian ke?

Siapa kena DS Nizar Jamaluddin sebelum yang bertugas sebagai Setiausaha Perhubungan PAS Perak? Jangan anggap PAS tandus kepimpinan apatah lagi untuk berdemostrasi yang hampir menjadi darah daging PAS sebelum pendekatan berkhimah pada beberepatahun kebelakangan ini?

Saya rasa menegak bulu roma apabila mendengar kenyataan daripada Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini tetap akan disertai PAS biarpun mereka terpaksa berjalan kaki ke Stadium Merdeka.

"Kita akan bergerak setakat yang boleh. Sekalipun kenderaan ditahan, kita akan berjalan kaki ke Stadium Merdeka," katanya kepada Harakahdaily.

Saya rasa 66 orang yang di blacklist jika semuanya hadir dan ditangkap, kita gegarkan mahkamah!!

Selain itu ramai dikalangan peguam yang ada didalam Pakatan Rakyat takkan nak berpuluk tubuh. Cabar tindakan bodoh dan biadap Polis ini. Di sini peranan anda!!!

Bawah kanun Seksyen 188 Kanun Keseksaan, denda maksimum bagi mereka yang melanggar perintah mahkamah maksimumnya RM2000 atau penjara 6 bulan. Rasanya itu tidaklah menjadi masalah besar.

Orang yang mengedar dan menyeludup dadah sanggup mati ditali gantung hanya semata-mata nikmat dunia, takkan yang nak nikmat akhir taku dengan 6 bulan penjara??

No comments:

Post a Comment