Tuesday, 12 July 2011

Kickdefella mula tersasar dan tidak menentu


Sebagai penulis yang baik, ada cara tersendiri kita tidak mudah mengadai diri demi untuk memanjangkan hayat perjuangan. Dalam perjuangan bagi yang kekal dan teguh dengan jati diri lebih rela mati daripada menjadi "hamba" kepada tuan.

Tulisan Kickdefella telah lari daripada jati diri yang selalu dilaung-laungkan dalam blognya. Saya terbaca tulisan terbaru berkenaan seorang pak cik tua PAS yang merepuh polis kononnya adalah suatu intipati daripada manusia yang taksud kepada Anwar Ibrahim.

Saya pun boleh dikatakan orang yang hampir sebaya dengan pak cik tua itu dan gambaran yang diberikan sama sekali meleset daripada cerita sebenar. Sebagai seorang yang terlibat dengan filem, menghayati alunan sebenar tentang subjek yang ditulis adalah menjadi pokok utama. Kickdefella telah telah menyimpan daripada olahannya tersebut.

Maaf terlalu bodoh untuk Kickdefella mengambarkan peserta demo itu adalah atas dasar tak'sud kepada Anwar Ibrahim. Apatah lagi gambaran subjek adalah seorang tua ahli PAS yang sudah semestinya lebih tak'sud kepapa PAS.

Udahlah bro sheikh, zaman sekarang dah berubah, olah-olah cerita script yang ditulis kalau sekadar menyambung nafas hidup memalukan sahaja. Malu ayah demo mengatahui anaknya sudah hilang jati diri.

Saya sangat suka tulisan saudara berhubung dengan ratio filem, camera CCTV dan bagaimana fotogenik. Kalau saudara tak suka Anwar atau sesiapa sahaja tulis dengan ilmiah. Jangan bodohkan diri dengan fakta ilusi yang akhirnya menampak anda sudah hilang jati diri.

Sekali lagi saya nyatakan, saya suka tulisan ilmiah saudara. Tinggalkan upahan membuatkan anda sudah hilang fokus. Sorrylah bro!

2 comments:

  1. saudara Kickdefella memang mudah tersasar, bahkan juga nampaknya saudara ada rasa dendam , maafkan saya jika terlamjur tapi saudara masih ada ruang untuk menjadi seorang yang neutral.

    ReplyDelete
  2. Penulis yang hipokrit sahaja yang neutral. Penulis menulis mengikut acuan dan kehendak diri yang telah didoktrin dengan pemikiran Islam. Memahami dan menghalusi melalui kebenaran Ilahi.

    Kritik atas asas yang benar walaupun kadang kala kena berkasar.

    ReplyDelete