Saturday 21 January 2012

Presiden dan Mursyidul Am PAS, siapa lebih power?

Dari mula baca di sini...

Selepas lelaki itu keluar daripada warung, kawan saya mula bersuara, "Majlis Syura tak pernah bermesyuarat ke?" dia pula mengaju soalan kepada saya.

"Entah, saya tak pasti". Saya menjelas secara ikhlas sebenarnya saya tak tahu tentang hal ini. Tapi hati kecil saya mengiyakan bahawa banyak tindakan dalam PAS akhir-ahlir ini agak tidak menentu kerana Majlis Syura tidak berfungsi dengan baik. Mungkin pendapat saya ada yang tak bersetuju. Tapi itu sekadar pendapat.

"Siapa lebih power antara Mursyidur Am PAS atau Presiden?" Kawan saya mulai nak buat lawak. Saya sebenarnya malas nak layan tapi ambil hati masih melayan. Tapi kali ini saya menggunakan kaedah Socrates, "Speaker Dewan dan Perdana Menteri siapa lebih kuasa?"


Dia kata kepada saya, aku tanya ini pasal banyak sangat soalan terutama daripada wartawan menuju kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak kepada Presiden PAS. Dalam banyak hal Presiden PAS soalah-olah diketepikan oleh media.

Aku berpendapat Mursyidur Am PAS macam speaker, makna dalam PAS ini ada kuasa yang lebih daripada Presiden dan dia mengetuai Majlis Syura PAS. Keputusan Dewan Harian PAS yang diputuskan jika ada bercanggah dengan syara' boleh dibatalkan oleh Majlis Syura yang dipenegrusikan oleh Mursyidur Am.

Tapi di luar, PAS
mestilah dilihat bahawa yang berkuasa ialah Presiden bukan Mursyidur Am. Kecelaruan dalam hal ini amat ketara dan itu pasal imej Presiden nampak lemah pada mata kasar orang awam. Tak hairanlah Prof. Aziz Bari mengatakan Presiden PAS sekadar pemasang khemah.

"Aziz Bari minta pecat Presiden" suara sebelah kami menyampuk. Kami makan di warung kebetulan meja warung itu panjang, disebelah hujung itu ada beberapa orang sedang menikmati hidangan. Rupanya mereka juga tertarik apa yang dicetus oleh orang tua yang dah keluar daripada warung.

"Akhirnya Aziz Bari yang kena pecat...kan!!" saya menjawab sambil gelak kecil. Jawapan itu sebenarnya jawapan hormanis.. kepada orang-orang yang tidak dikenali. Saya menyebut kepada mereka, ulama yang ikhlas dalam perjuangan walaupun nampak bodoh kita jangan hina mereka kerana merasai keilmuan kita lebih tinggi daripada mereka. Allah mungkin lebih sayang dia daripada kita. Allah biasanya akan menunjukkan sesuatu agar kita mengambil teladan.

Saya berpendapat apa yang berlaku pada Prof, Aziz Bari boleh diambil pengajaran, kerana saya hadir di Taman Melewar semasa orang mempertikaikan Presiden dan Presiden PAS masih boleh duduk dihadapan mencatat apa yang ditegur kepadanya.

Kebetulan pula beberapa masa selepas itu saya berkesempatan berjumpa Presiden 'face by face' dan pada kesempatan ini saya tanya banyak soalan, antaranya mengenai kajian Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah yang bersama dengan Prof Dr Aziz Bari pada malam tersebut. Presiden menjawab, PAS juga ada kajiannya. Kajian PAS lebih detail dan menyeluruh daripada kajian prof berkenaan. Kita mendalami kepada akar umbil melalui skuad skuba dan waja. Kita melihat realiti yang berlaku daripada pandangan masyarakat kampung jelas {residen PAS kepada saya.

Saya bertanya Presiden, kenapa tidak disebut tentang PAS ada kajian sendiri pada malam itu. Presiden PAS menjawab pendek sahaja, buat apa nak didedahkan apa yang kita ada lagi pun malam itu kita hendak mendengar kritikan orang luar kepada kita.

Saya sambung lagi isu Presiden dan Mursyidur Am, siapa yang lebih berkuasa.

Saya kata kalau speaker bersyuara di luar Dewan, orang kata speaker tidak betul. Sama juga saya berpendapat (ini mungkin pendapat saya, pembaca nerhak untuk tidak menerima) Mursyidur Am PAS tak sepetatutnya mengeluar pendapat atas batang tubuh Mursyidur Am untuk kenyataan awam. Kenyataan ini 'mesti' akan menghuru-harakan PAS.

Saya tambah lagi jika Mursyidur Am mengeluarkan pendapat dan pendapatnya bercanggah dengan Presiden ini lagi menghuru-harakan PAS. Apa guna PAS ada Majlis Syura kalau Mursyidur Am lebih suka membuat kenyataan di luar?

Sedagkan semua ahli PAS tahu Presiden pun salah seorang daripada ahli Majlis Syura. Kan lebih baik percanggahan pendapat diselesaikan di situ. Bukan seperti yang pernah berlaku bercanggah pendapat di media, kemudian ahli dah jadi tak menentu, dalam media internet berperang sama sendiri barulah nak diadakan perjumpaan di JKR 10 atas dasar nak selesaikan masalah berlaku.

Kan bodoh nampaknya...

Sepatutnya selesaikan masalah di dalam Majlis Syura dan buat kenyataan bersama. Ahli pun taklah pening kepala...

No comments:

Post a Comment