Friday, 27 January 2012

Peranan Blogger makin celaru dalam PRU-13

Komunikasi adalah alat yang menakjubkan berupaya menghubungkan sesama manusia selain mendekatkan yang jauh, atau merenggangkan yang dekat. Ia menjadi sebahagian daripada strategi penguasa alat kemunikasi. Akhbar, majalah, radio dan televisyen semenjak dahulu lagi sudah menjadi wahana sejagat yang penting dalam sejarah tamadun manusia.

Manusia mendekatinya kerana komunikasi sebahagian daripada pencetus tamadun baru dunia. Hari ini internet, laman web, facebook, twitter dan google + memberi tafsiran berbeza terhadap erti kebebasan media itu sendiri.

Kalau dahulunya tentera Jepun menyerbu Pearl Harbor, radio menjadi alat sebaran am terpenting. Perisik Jepun menyerbu wilayah timur Amerika Syarikat (AS) di pesisir Lautan Pasifik ketika pertukaran jam kerja ketenteraan.

Mereka menafsir arah angin dan bentuk gelombang di lautan. Mereka merisik kegiatan tentera AS dan mendapatkan maklumat sebelum menyerbu pantai dan ruang udara. Alat komunikasi mempunyai natijah tersendiri ketika perancangan peperangan.

Begitu juga dalam pilihan raya Kerajaan BN telah menggunakan Akhbar, Radio dan TV untuk menguasai minda rakyat yang rata-rata di Tanah Melayu masih ketinggalan. Sekarang sudah berbeza sama sekali dan perkara ini jelas dalam beberapa siri pilihan raya muktahir di Tanah Air kita.

Kerajaan BN nampaknya tidak memandang remeh terhadap perkembangan media baru ini kerana ia mampu gegarkan politik negara. Malah suara media baru mampu menggerakkan gerakan pelajar untuk menuntut keadilan seperti yang berlaku di Timur Tengah. Peranan rakan maya membawa kesan yang besar dalam menyebar maklumat, sekali gus mampu mempengaruhi senario politik negara.

Apabila media arus perdana tidak dipercayai dari segi kreadibilitinya, media baru adalah alternatif. Melaluinya, tenaga kerja secara khusus tidak diperlukan dan sebahagiannya adalah mereka yang tak perlu diupah malah hebahannya juga secara percuma kepada rangkaian pembaca yang besar.

Ketagihan rakyat terhadap media baru juga seharusnyatidak dipandang sepi. Rakyat hari ini rata-rata memerlukan kepada sumber yang cepat dan benar. Pasal itu penulis internet yang dikenali sebagai blogger cukup disanjung.

Malangnya akhir-akhir ini, sikap blogger berpuak-puak dan bermusuhan antara satu sama lain yang lebih bersifat menjalan misi dan rancangan orang-orang atau kumpulan tertentu, penulisan tidak lagi menjurus kepada etika dan kebenaran malah rata-rata blogger mengulas mengikut fakta doktrin 'orang-orang' tertentu menjadi pengguna media baru sudah mula sangsi akan maklumat yang disampaikan oleh media baru ini.

Apabila moral dan etika sudah tidak dijadikan asas penulisan, sekarang ini banyak maklumat palsu atau sengaja dipalsu untuk sesuatu tujuan tanpa menghirau tentang dosa dan pahala menyebabkan kredibiti penulis yang dikenali blogger makin tidak mendapat tempat.

Saya setuju pendapat yang dikemukan oleh Profesor James Chin, dalam diskusi Politics Unusual – What To Expect In the Next General Election anjuran Asli (Asian Strategy and Leadership Institute) di Sunway Resort Hotel & Spa, Selasa 17 Januari 2012.

Profesor James Chin, seorang panelis dan Ketua Jabatan Social Sciences, Monash University, Kampus Sunway, Selangor, menegaskan mengikut beberapa kajian mutakhir, bloggers tidak akan berperanan, atau berpengaruh dalam PRU13 seperti dalam pilihan raya umum lalu.

Antara sebabnya sebagaimana dikemukan oleh Prof. James ialah pembaca blog telah mengetahui sebahagian besar bloggers tidak bebas, tidak berkecuali; tidak sederhana; mereka ada agenda tertentu, mereka sebagai ajung (adjunct) parti-parti politik tertentu. Ada ajung Pakatan Rakyat dan sekarang sudah wujud bloggers ajung BN/Umno. Hasil kajian itu nampaknya blog hanya dibaca oleh pengikut setia tertentu sahaja, bukan oleh pengundi bebas atau pembaca atas pagar. Apa yang perlu dan harus ada ialah bloggers yang moderate, sederhana dan neutral yang mampu mengalih perhatian dan mempengaruhi pengundi bebas dan pembaca yang independent.

Memang sukar untuk mendapat penulis yang benar-benar mengktik atas suara hati rakyat yang mahukan suatu yang benar ikhlas dan jujur dalam menganasilis isu-isu rakyat. Jika kita menegur sesuatu, cemuhan dan kata nista akan mewarna penulisan dan teguran. Tidak ada lagi rasional dan sikap ta'asud telah membuatkan ramai pemimpin merasa mereka itu sentiasa benar.

Untuk menghasilkan suatu kepimpinan rakyat yang mantap, pemimpin haruslah dikritik secara jujur dan ikhlas oleh rakyat. Saya pernah mencadangkan kepada seorang penulis lama, kawan baik saya untuk membina satu blog untuk mengkritik Presiden PAS dalam apa jua tindakan yang dibuat. Kritikan ini mestilah kritikan membina yang akan menegur setaip perbuatan dan perjalanannya, mengkritik orang dipersekitarannya yang melakar politik Presiden.

Tapi malangnya kawan saya tidak bersedia kerana sifat ta'asud yang menebal. Malah kawan saya menyebut lagi sukar untuk menegur Anwar Ibrahim atau Mursyidur Am di internet.

Apa yang boleh berlaku ialah blogger akan lebih bersifat pengampu untuk mendapat tempat pada kumpulan-kumpulan tertentu. Pasal itu tidak hairan tidak ada lagi gah pada blogger.

Oleh






3 comments:

  1. memanglah sukar nak tegur sebab mrk memimpin berpandukan al Quran dan Hadis.Islam itu sempurna, Umno plk memimpin ikut logik akal je, senangla nak cantas

    ReplyDelete
  2. asl xbgabung je pas bn..yg gado xtaw punca..pcah abes umat islam..smua kliru..slh spe? ape slhnye korang gabung..jln pnyelesaian same2 cari...bselisih pndapat je ..xpyh la bpecah..skg da nk zman huru hara..tlg la ssorang buat ssuatu..ak xnk hidup zaman darurat..taktik halus pnjajah yg nk kuasai blk negara kite..bsatu la sahabat2..

    ReplyDelete
  3. Thank You and that i have a swell offer you: How Much Home Renovation Can I Afford house renovation software

    ReplyDelete