Monday 6 June 2011

Untuk Ustaz Nasha, Sabar sesungguhnya Allah bersamamu!

Saya tak terlibat langsung dalam percaturan politik kepimpinan PAS untuk Muktamar ke-57 ini. Saya sekadar pemerhati yang prihatin, seorang yang taat kepada kepimpinan (ada bahasa blogger sebut wala` buta ; buta kerana mereka semua 'buta hati' dengan siasah harakah islamiyyah)

Kesempatan ini saya nak ucapkan tahniah kepada Ustaz Nasharudin Mat Isa, ya tahniah bukan atas kekalahan beliau walaupun ada yang mentafsirkan begitu kerana beliau terlepas daripada persoalaan Allah dengan kemampuan yang ada.


Tapi saya lebih kepada kesabaran beliau menghadapi tohmahan, cercaan dan nista hina sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini sehingga beliau macam fobia dengan akhbar dan orang-orang akhbar.

Saya juga kagum dengan beliau untuk tidak menarik diri dalam pertandingan ini, walaupun ramai yang datang untuk memberikan nasihat agar beliau menarik diri. Saya kagum dengan ungkapan ini...


"..ana menang jawatan nombor 2  dengan bertarung dalam gelanggang, jadi kalau ana nak kalah, ana nak kalah dalam gelangang ketika bertarung!" - Ustaz Nasha

Kalau saya mengundi pun, saya takkan pilih Ustaz Nasha. Saya nampak kelemahan beliau semenjak daripada beliau menjadi Setiausaha Agung lagi. Kita mengundi mengikut kesesuaian.

Jika ditakdirkan ada pertandingan merebut jawatan Khalifah antara Saidina Osman dan Khalid Ibnu Walid. Saya nescaya takkan pilih Khalid untuk menjadi Khalifah walaupun dia begitu hebat sehingga Saidina Omar pecat beliau kerana takuti mukmin pada masa terpesong akibat mempercayai kemenangan kerana Khalid bukan ketentuan Allah s.w.t. (Sekarang pun ada yang bercakap begitu seolah-olah stategi mengatasi prinsip agama)


Kalau ada yang nak marah, kerana beliau tak tarik diri sepatutnya marahlah orang yang boleh mengubah Tuan Ibrahim untuk bertanding. Anda juga boleh marahkan Dato' Ustaz Harun Din atau Dato' Ustaz Harun Taib kenapa ulama terlepas dalam pemilihan jawatan ini.

Sebenarnya tak guna kita mengungkit apa yang telah berlaku, tapi ambillah sebagai pengajaran buat kita semuanya ketentuan Allah. Perancangan bukan segala-galanya.

Hanya saya nak tegaskan, walaupun saya tak memilih Ustaz Nasharudin Mat Isa, saya tak pernah menuduh beliau ada apa-apa dengan UMNO. Tuduhan-tuduhan liar terhadap beliau semoga Allah akan membalasnya dan saya selalu berdoa agar Allah memberikan pengajaran kepada penyebar ftnah tak berasas ini.

Kita tak suka orang buat fitnah. Kita antara orang yang kedepan dalam menentang isu fitnah Anwar Ibrahim, tapi malangnya kita diam-diam adalah penyebar fitnah serta membuat tuduhan yang cukup berat kepada Ustaz Nasha. Adakah kita rasa kita akan terselamat daripada Mata Penglihatan Allah Azawajala?

Jadilah mukmin yang berbaik sangka....

1 comment:

  1. Menarik pendirian tuan. Saya juga menghormati Ustaz Nasha, pada saya beliau masih merupakan pemimpin yang sesuai untuk jawatan No 2 parti (walaupun tuan mungkin tidak bersetuju dengan saya).

    - MENJ

    ReplyDelete