Friday, 17 June 2011
Perkara dalaman parti
Ada yang tak setuju dengan saya, pasal cerita-cerita kedai kopi mengenai Harakah. Katanya perkara-perkara dalaman parti tak sepatutnya dihebohkan di internet. Apa yang tak betul sepatutnya dibincangkan secara anak beranak. Setuju benar, tapi ada ke perbincangan 'anak beranak'.
Ini komen kepada saya yang mengunakan nama Anonymous (bukan hackers) "salam semua..mcm mana saudara dapat tahu semua ini? adakah rakan saudara itu serba tahu apa yang berlaku didalam harakah itu sendiri? dia staff harakah ker? kalau staff alangkah malu dan bodohnya dia, membuka periuk nasi nak diisi pasir. dan juga kalau staff sekalipun takkan lah dia tahu semua hal termasuk soal pentadbiran atasan dan kewangan...jagalah lidah wahai rakan saudara..nanti buruk padahnya"
Jawapan ringkas saya kepada Anonymous, kalau mesyuarat AJK PAS Pusat yang pertama untuk "Kabinet Perang Pilihanraya" pun Khalid Abdul Samad boleh cerita dalam blog. Apa sangat masalah harakah? Adakah Harakah agenda penting dalam PAS? Harakah mana ada laporan ke dalam Muktamar.
Kalau sedikit seorang pimpinan dikalangan AJK PAS Pusat menulis di dalam blog dengan alasan sendiri, boleh kata semua yang dimesyuaratkan walaupun sulit dapat diketahui umum.
Saya tulis bukan nak lobi, Cikgu Pa sudah pasti mengekalkan jawatannya sebagai Pengerusi. Tulisan itu sebagai Alert sahaja,
Saya setuju dengan komen seorang pembaca dalam satu blog yang mempertikai perlantikan AJK PAS PUSAT baru-baru ini (bukan semua jawatan), yang mengisahkan semasa perlantikkan Saidina Abu Bakar dan perbandingan dengan Saidina Ali. Walapun peristiwa ini berlaku 1400 tahun lalu, masih wujud dalam laman-laman dan blog yang mempertikaikan perlantikan termasuk beberapa post penting pada masa itu. Mereka masih menjadikannya isu untuk diperbahaskan. Tak kurang juga buku-buku dikarang kerana perbezaan pendapat dalaman ini.
Saya tak banyak menulis, saya pun menulis perkara yang terpilih sahaja. Saya tahu kenapa perkara itu perlu ditulis. Ambillah itu sekadar pendapat seorang yang daif dalam parti yang nakkan parti ini berjalan mengikut landasan yang betul. Sekurang-kurang ada juga orang yang bercakap yang boleh membuatkan kita berfikir beberapa kali akan betul atau salahnya.
Labels:
Ulas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
setelah membaca beberapa tulisan dan respons anda serta komen pembaca berhubung isu harakah, soalan saya satu sahaja, siapakah anda? bagi saya, segala contoh yang diberikan, sama ada dalam kes sejarah atau kejadian semasa, berhubung perbezaan pendapat dan niat murni, faktor 'identiti' penulis adalah satu-satunya faktor yang membezakan anda dengan contoh-contoh yang anda kemukakan sebagai hujah pengukuh kedudukan. dan 'identiti' juga adalah faktor pembeza antara kredibiliti dengan kepalsuan, antara nasihat yang benar dengan bisikan keraguan.
ReplyDeletedi alam siber kini yang memungkinkan manusia menyelinap bebas-lepas seperti malaikat, jin dan syaitan, hanya 'identiti' yang mengikat roh bebas ini dengan teras kemanusiaan mereka, iaitu realiti kehidupan di bumi.
seperti zikir semma para sufi di konya, sewaktu tangan kanan menggapai kemurnian langit, tangan kiri harus kemas mencengkam bumi, atau anda akan diterbangkan oleh puting beliung khayalan dan mimpi yang tak berpenghujung.
sebagai manusia, saya mungkin melupai nama atau perbuatan atau zaman anda, tetapi saya tidak sesekali melupakan 'wajah' anda.
dan dengan 'wajahlah' kita menghadap tuhan agung pencipta langit dan bumi, dengan jujur, lurus dan tunduk, kerana kita bukanlah makhluk yang mungkir maupun derhaka.
syed putra ahmad
Tuan Syed,
ReplyDeleteSemasa saya membuat blog ini, saya sudah pasang niat takkan membalas komen pembaca di ruang komen. Tapi untuk tuan naluri saya cukup kuat untuk saya membalasnya di sini.
Sebelum itu saya minta maaf sekiranya apa yang ditulis didalam coretan tak susun berkanaan harakah membuatkan tuan tak selesa maklumlah tempat tuan menabur bakti.
Soal identiti memanglah penting, tapi kadang kalau kita perlukan anonymous. Adakah identiti menjamin keterbukaan? Bagaimana tindakan nak diambil kepada mereka yang menyebar SMS walaupun mereka tak berindentiti?
Saya sendiri pun dalam artikel sebelum ini tak setuju dengan SMS itu tapi adakah yang berwajib dalam harakah mengelpasti kenapa SMS boleh disebarkan? Kenapa kita tak toleh kepada diri dan petadbiran kita. Jika dihalusi dari segi Islam pun ini semua tak menepati kerana kita tak boleh menjaga orang bawahan kita dengan 'kebaikan' kita.
Adakah tuan boleh berikan saya satu jaminan yang kuat bahawa semua isu harakah boleh sampai kepada pimpinan Pusat dengan gambaran yang sebenarnya atau gambaran yang telah disolek dengan wajah ayu?
Masalah harakah bukan masalah yang kecil, tapi tak ramai yang tahu. Tak ramai yang memahami dan tak ramai pula yang ambil peduli.
Untuk mengetahui tulisan saya samada bisikan syaitan atau ayunan badai daripada manusia 'bodoh' yang mengusik 'terbuan tanah' saudara boleh komen mana-mana fakta yang salah daripada tulisan berkenaan.
Saya juga bukan sahaja bertanggungjawab dengan pembaca tapi saya pasti akan dipersaolkan oleh Allah. Bodoh benarlah saya kalau buat ini semua kerana nakkan sesuatu yang mana kalau harakah untung besarpun satu sen saya nak memndapat manafaatnya dari segi kebendaan dan darjat.
Anggaplah saya orang asing yang prihatin. Rasulullah s.a.w. pernah bagi jubah kepada seorang dengan mengirinnya kepada sahabat. Bila sahabat tanya dia berkenaan Rasulullah s.a.w. dia boleh jawab dengan tepat rupa Rasulullah s.a.w. sedangkan dia tak pernah jumpa Rasullah.
Anggaplah saya juga begitu, orang yang begitu prihatin tentang harakah dan perjalanan harakah.
tuan pemilik blog,
ReplyDeletejika 'sampai kepada pimpinan pusat' menjadi kebimbangan asasi tuan, maka tulislah surat rasmi dan salinankan kepada sesiapa juga yang tuan fikir perlu. pastikan surat itu diposkan dengan menggunakan khidmat a.r register. itulah jaminan yang paling baik dan boleh tuan bawa sebagai bukti hatta ke mahkamah sekalipun.
tentang yang lain-lain, saya tidak berkira-bicara dengan roh bebas yang tidak dikenali.
syed putra ahmad
Sebelum ni isu harakah telah diulas oleh blogger batuapi-firestone.
ReplyDeleteSaya jujurnya suka mengikut penulisan batuapi kerana berfakta, ilmiah dan tidak terlalu mengikut emosi.
Berdasarkan pembacaan saya, isu harakah ini sudah lama. Bila blogger tegur, mesti ada suara cakap tegurlah mengikut saluran. Tapi jika saluran sudah diikut tapi tiada tindakan, ape cer beb?
Saya bukan ahli parti dan saya tidak tahu menahu hal dalaman PAS melainkan melalui pembacaan di alam siber. Saya sama sekali tidak suka bila ahli dalam parti Islam sendiri, bila berhadapan dengan DUIT habis gelap mata.
Ingat setiap kita diuji di atas dunia ini, dan setiap ujian berlainan. Sama-sama lah kite tegur menegur tak kira la melalui saluran mane pn. Amiklah sebagai teguran. Peace! No heartfeeling!