Wednesday 8 June 2016

PAS hilang 200,000 ahli


Subuh tadi sampai aje ke surau, Hassan dah ada di atas tangga. Macam tunggu seseorang. Dalam hati saya "mesti tunggu aku ni".

"Assalamualaikum" Saya memberikan salam.

"Awal pagi ni? Tak boleh tidur ke?" Tanya saya. Saya selalu menyangkat ahli AMANAH ni.


"Sahur awal, tak nak tidur takut tak terbangun" Kata Hassan.

"Mana Pak Imam?"
Tanya saya. Bukan apa kalau tak ada nanti jamaah surau tolak saya ke depan... nahas saya... Saya sekolah bahagian jadi imam belum lulus lagi..

Nasib agak baik Ayah Mat De ada. Kami tolak dia ke hadapan jadi imam. Ayah Mat De selain amil zakat dia juga ada amal tariqat. Saya tak pasti apa jenis tariqat yang diamalkannya.

Selepas aje solat subuh, Ayah Mat mula zikir panjang (biasa bagi mereka yang amal tariqat). Si Hassan nampak macam tak duduk diam. Matanya asyik lihat tasbih Ayah Mat dan sekali sekali ke dinding lihat jam. Padahal jam mahal di tangannya ada. Rasa mungkin tabiat kita bila ada jam besar di dinding kita fokus ke dinding.

Beberapa hari lalu sebelum puasa, si Hassan ini bertemu saya di Warung Pak Ali, kebetulan saya baru balik Muktamar di Kelantan.

Dia macam perli saya, "Macam mana ahli PAS merosot 200 000?"

"PAS tak macam dulu lagi, ramai ahli keluar PAS masuk AMANAH"
Sambung Hassan. Macam biasa sebelah Hassan si Wahab anak Haji Teh yang kini jadi AMANAH juga tersengeh-sengeh.

Saya gelak aje. Puak parti AMANAH ni kerja mereka nak cari salah dan kelemahan PAS. Mereka akan 'korek putik' (selongkar) apa sahaja untuk buat modal bagi menyerang PAS. Sekarang ini UMNO boleh berehat, goyang kaki sebab tugas ini telah diambil oleh puak AMANAH.

Dulu beriya-iya kata nak jatuhkan UMNO kononnya PAS nak bergabung dengan UMNO. Tapi hakikat parti AMANAH dah jadi tongkat UMNO.

Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan mengumumkan dalam Muktamar baru-baru ini pada ucapan pengulungannya bahawa keahlian PAS menyusut hampir 200,000 daripada sejuta keahlian sebelum ini selama setahun.

Sikap Takiyuddin sangat telus dan memberikan fakta sebenar.

Malangnya puak-puak AMANAH mengambil kesempatan daripada maklumat ini untuk mengkritik dan menghina PAS. Saya membaca sebaran daripada whatsapp dan fecebook bagaimana cybertropper pro Pakatan Harapan menyerang PAS dengan fakta ini. Penulis blog seperti Greenboc juga tak ketinggalan menyerang dengan maklumat ini sedangkan mereka buta maklumat sebenar.

Bagi saya mereka ini cetek pengetahuan atau memang sengaja berniat jahat untuk memburuk-burukkan PAS. Kalau itulah niat mereka, kesian amalan baik akan hangus macam api makan serkam.

Jika kita memahami konsep database dan memahami apa dia 'pemutihan database'. Apa yang disebut oleh Takiyuddin itu adalah normal dan nilai baki keahlian 800 000 itu adalah suatu angka yang sangat besar bagi suatu parti pembangkang seperti PAS. Nilai ini amat mengerunkan UMNO kerana ini adalah nilah yang sebenar.

UMNO pernah mewar-warkan bahawa keahliannya adalah 3 juta. Jika tiada 'pemutihan keahlian' angka 3 juta itu tidak menjadikan suatu yang mengerunkan parti pembangkang.

Dulu pernah menjadi isu Ketua Dewan Ulama PAS, Dato' Harun Taib ahli UMNO. Entah UMNO Bahagian mana buat perangai jahat daftar Kad Pengenalan Ustaz Harun sebagai ahli.

Bila saya menerangkan perkara ini, si Hassan nampak mengiyakan.

"Minta No. IC, saya nak semak keahlian UMNO awak?" kata saya kepada Hassan. Dia terkejut.

Saya tahu Hassan dulunya UMNO, kemudian PKR. Semenjak berjinak di surau telah masuk PAS. Kini jadi AMANAH.

"3 Juta Ahli UMNO termasuk awak sekali Hassan, kerana UMNO tidak buat pemutihan. Mereka bangga dengan nilai yang besar tapi hakikatnya tidak begitu" kata saya.

"PAS pula tidak. PAS lebih suka dapatkan nilai yang sebenar. Seperti kata Presiden PAS dalam muktamar lalu PAS mengukur baju mengikut badan sendiri. Ahli AMANAH manalah faham. Kalau dia faham tentang caragaya politik Presiden PAS tak pula dia jadi haru biru macam sekarang"
kata saya lagi.                        

Dulu sistem keahlian PAS tidak cekap. Banyak kali diusulkan untuk pemutihan tapi terbantut. Bayangkan ada sestengah ahli mempunyai 2 keahlian pada no. kad pengenalan lama dan baru. Itu belum masuk ahli yang dah mati dan yang bertukar parti menjadi PKR atau lain-lain.

Saya ambil contoh Saifuddin Nusation Ismail (No. KP lama 6984735) adalah ahli PAS bernombor 0226743 iaitu mendaftar terus tanpa cawangan dan kad pengenalan barunya pula 631207715005 adalah ahli PAS Pokok Sena, cawangan Kampong Sakan yang mempunyai keahlian bernombor 0828715.

Kesedaran untuk pemutihan disegerakan berlaku apabila bangunan PAS Pusat terbakar. Sebahagian daftar keahlian baru yang belum diproses juga turut terbakar.


"Jadi 800 000 ahli PAS suatu angka yang besar. 200 000 yang dibuang bukan isu. Betul tak?" Saya tanya Hassan dan Wahab.

Terdiam dia orang. Mati kutu akhirnya.

Saya tambah "Kalau nak dibandingkan dengan ahli AMANAH yang berjumlah 17 000 seluruh negara. Nampak engkau kena kerja kuat lagi Hassan!"
"Tarik ahli UMNO, jangan kacau ahli PAS. Kalau kau beriya-riya nak jatuhkan UMNO. Ini tidak kacau ahli PAS. Tak cukup ahli PAS, ambil puak IKRAM (Dulu JIM, zaman 80an dipanggil IRC atau di Mesir panggil Alami) menjadi ahli. Sehingga ada sekolah ALAMI memaksa guru mendaftar menjadi ahli AMANAH sedangkan guru berkenaan sebahagian besar adalah ahli PAS. Apa punya kerja ni?" Saya meninggi suara kepada Hassan dan Wahab.

Jika ahli AMAMAH di negeri paling kuat seperti Selangor sekitar 5000 dan Johor pun hanya sekitar 3500 orang apa yang nak dibanggakan. Tak payah nak sibuk pasal ahli PAS. Tingkatkan ahli AMANAH dulu. Tarik pemuda UMNO dan mereka yang atas pagar supaya AMANAH bertambah ahli. Barulah boleh jatuhkan UMNO.

Kalau setiap hari kerja nak serang PAS, rasanya AMANAH tak ubah seperti UMNO. Patutlah Sembak marah betul sehingga setiap kali jumpa Hassan dia akan sebut 'pengkhianat'.

Saya pun berpendapat AMANAH tidak ke mana. Akan terkubur begitu sahaja... 



7 comments:

  1. PAN NI HANYA SEKADAR "ABDI DAPigs"!!!

    Sudah terang lagi bersuluh yang Parti Amanah negara (PAN) ini sebenarnya khadam kepada DAPigs. Bukan setakat khadam je, tapi macai, orang suruhan, hamba, dan macam-macam lagi la.

    Tapi apa yang peliknya, setelah macam-macam dikritik dan digelar sebagai boneka kepada DAPigs, walaupun PAN berada dalam komponen Pakatan Harapan. Namun dorang tetap menafikan perkara tersebut.

    Calon PAN untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Ahmad Termizi Ramli ketika menyampaikan ceramah PAN yang dianjurkan oleh DAPigs di Taman Jerlun di Kuala Kangsar lewat Selasa lalu...

    Saintis nuklear pro-Lynas itu berkata, kononnya dirinya dipilih menjadi calon bukanlah disebabkan PAN sebenarnya sudah menjadi khadam kepada parti cauvinis kaum Cina tersebut. Tetapi dia dipilih adalah bagi membantu rakyat disitu.
    “Saya tiada apa-apa kepentingan dari segi kehidupan sebagai profesor pencen pun sudah cukup. Namun saya ingin balas balik ‘duit poket’ rakyat dengan menjadi khadam kepada penduduk di Kuala Kangsar ini,” katanya.
    Dalam erti kata lainnya, Profesor Pro penyokong Lynas ni mengaku yang dia selama hari ini menyara hidup dengan 'Makan' hasil dari 'Duit Poket' rakyat. Itu pun dia masih tak rasa bersalah lagi ke?

    Apa yang meghairankan, kalau benar PAN bukan hamba kepada DAPigs, habis kenapa gerak kerja kempen Pilihan Raya Kecil di kedua - dua kawasan Parlimen dikawal ketat oleh DAPigs?

    Menurut laporan yang disiarkan melalui laman portal Utaranews, boleh dikatakan semua program ceramah yang diadakan sepanjang PRK Parlimen Kuala Kangsar dikawal selia oleh DAPigs.
    "Yang paling kelakarnya, semua program ceramah telah diaturkan oleh DAPigs dan program ceramah dihadiri Ahmad Termizi turut diatur khas oleh jentera DAPigs sendiri dengan penasihat parti itu, Lim Kit Siang. Sudah tu ramai pulak geng DAP yang sibuk nak berucap, padahal calon PAN yang nak bertanding". - lapor laman portal tersebut.
    Nampak sangat yang PAN tu "Kowtow" kepada semua perancangan yang telah diatur oleh DAPigs yang turut dianggap sebagai 'Abang Besar' mereka dalam Pakatan Haprak tu tanpa sebarang bantahan.

    Malah, petugas media yang beragama Islam juga ‘dipaksa’ untuk bertugas lebih awal dan ada yang tak sempat nak berbuka puasa dan solat Maghrib. Rayuan supaya jadual ceramah itu dilewatkan pun tidak diendahkan. Urus setia PAN pulak mampu tengok je.

    Nampak sangat yang PAN memang khadam DAPigs sebab dorang tak mampu nak atur program sendiri sehingga terpaksa mengiyakan sahaja apa yang dilakukan DAPigs. Itu baru jadi calon, nanti kalau dah menang macam mana pulak?

    Semut Hitam at Rabu, Jun 08, 2016

    ReplyDelete
  2. mcm ni ahli pas yg kt islamic sgt!!!xdak keje aen dok ngutuk dan fitnah dh jd mainan !!!!lol

    ReplyDelete
  3. Politik walaun memang gitu...otak kecik dan abiliti berfikir tahap sekolah rendah!!

    Tengok sendiri la hujjah pemimpin mereka dlm parlimen..... bernilai rendah!!

    Penyokong parti? Lagi la rendah mentaliti mereka.

    ReplyDelete
  4. SEKILAS IKLAN

    DAHULU AYAT-AYAT YG BERMAIN DI BIBIR AHLI PAS...THOGRUT,ZINDIQ,FASIQ,MUNAFIQ,KAFIR

    SEKARANG BABI,PENGKIANAT,KUALI,ANJING,NAJIS,BACUL,SAMPAH


    AKU JADI TERPANA..MAKIN BEBAL KAH PAS SEKARANG....BAKAL BEKAS KAWASAN PAYA BESAR CAWANGAN RRM PERMATANG BADAK...1990 DARJAH 5 MEMBANTU TG PUJI TG HAMID DUN BESERAH... PADA 2018 BELUM PASTI,TAPI HATI MAKIN MATI UNTUK PAS..

    ReplyDelete
  5. beware of A wolf in sheep's clothing

    ReplyDelete
  6. JOM GELEK GELEK AAWW

    ReplyDelete