Tuesday 7 June 2016

Selesai Masalah 1MBD Dulu, Baru Bincang Pasal Hudud

Sangat lama saya tak menulis. Ingat-ingat dah hampir 3 tahun.

Selepas terawih tadi, ada 'moreh' tapi saya tak pandang pun terus ke kereta untuk pulang. Niatnya nak menulis. Idea nak menulis semula tercetus setelah berjumpa dengan orang kuat Tranungkite.

Minggu lalu, kebetulan berjumpa dengan orang kuat laman TranungKite. Kami minum dan dia orang bercadang nak bukukan penulisan penulis blog yang pernah menghantar artikel di laman tersebut.


 Kata mereka, dulu mereka koleksikan penulisan penulis siber pada laman http://www.tranungkite.net/psiber Tapi kini nak bukukan pula.

Saya tak pasti macam mana bentuk buku berkenaan, tapi mereka nak jadikan koleksi penulisan saya sebagai projek pertama Tranungkite. Saya aguk ajelah... Tunjuk sikap "mudah berkira" (tak cerewek).

Saya sebenarnya hampir lupa blog ini. Bila buka baru sedar sudah lama tak menulis.

Tak sempat masuk kereta, Hassan sapa. "Cepat balik?"

Kebetulan saya parking berhampiran dengan Mercedesnya. Hassan seperti penulisan saya 3 tahun lalu adalah orang kuat "geng erdogon". Kini dah jadi ahli parti AMANAH yang rata-rata orang panggil PAN. Tapi geng PAN marah panggil PAN.

Dato' Wan Rahim dalam facebooknya telah memberi amaran keras, sesiapa guna nama PAN akan di "unfriend". Kalau berulang kali guna PAN akan diblock.

Hassan masih datang ke surau, walaupun tak sekerap seperti dulu. Wahab anak Pak Teh pun ahli AMANAH. Dia ni terus hilang. Semenjak menjadi ahli AMANAH dia tak jejak kaki lagi ke surau. Saya tak pasti dia solat di mana. Di rumah kot? Dia ni macam nak putus silaturrahim.

"Apa hal Hassan? Nak cakap Pasal hudud ke?"
Saya cuba provoke dia. Dia ni mudah melenting.

"Selesai masalah 1MBD dulu, baru bincang pasal hudud" Kata Hassan

"Tak apalah esok nanti kita boleh bercakap panjang... malam ni sibuk sikit" Saya terus masuk ke dalam kereta.

Hujah Hassan tak ke mana, semuanya daripada internet.  Ketua Parti AMANAH Perak Asmuni ada berkata kata selesai masalah 1MBD dulu sebab isu ini dah lama dalam masyarakat sedangkan hudud baru ditimbulkan oleh PAS akhir-akhir ini.

Saya pun menjadi hairan, ahli PAS yang masuk parti AMANAH macam hilang ingatan. Mereka seolah-olah tak pernah berada dalam PAS. Hudud ini sebenarnya dah lama dalam PAS, tahun 80an lagi. Tahun 90an beberapa eknemen Jenayah Syariah telah diluluskan untuk Terengganu dan Kelantan semasa PAS memerintah.

Semasa itu Najib masih berhingus lagi (bahasa percakapan). Rosmah belum lagi kahwin dengan Najib. 1MBD entah apa pun kita tak tahu!

Saya pun hairan Asmuni ingat bila PAS menang terus nak buat hudud? Jauh lagi. Banyak perkara yang kita kena buat. Tapi kita tak boleh tinggalkan hudud kerana itu adalah teras perjuangan PAS.

Asmuni kalau dulu dia UMNO ada juga logik tak faham. Tapi pimpinan PAS, pegawai SPR Muktamar PAS, peguam Presiden, tapi jadi macam bodoh tak faham tentang PAS.

Saya sebenarnya setuju dan rasa ada benar juga kata Sembak, tok siak surau. Dia kata puak-puak PAN (dia tak guna perkataan AMANAH macam saya) ni dah kena bala Allah semuanya macam dah jadi sewel! (separa gila).

Walaupun kasar kata-kata itu, rasanya macam ada betul juga....

No comments:

Post a Comment