Friday 20 January 2012

Majlis Syura PAS makin lemah dan lesu?

Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM Bangi, Selangor dalam satu kajian mengenai "Kepimpinan dan Kedudukan Ulama dalam Organisasi Parti Islam Semalaysia (Pas)" ada menyebut beberapa para tentang wujud kelesuan Majlis Syura PAS dalam menangani isu-isu semasa muktahir ini.

‘Majlis Syura Ulama’ yang boleh disifatkan sebagai ‘supreme council’ dalam PAS ini boleh dikatakan berfungsi sebagai mengambil alih fungsi Dewan Ulama yang dilihat kuasanya amat terbatas pada peringkat awalnya. Kewujudan majlis ini mungkin disebabkan PAS cuba menjalankan segala aktivitinya menjurus ke arah konsep ‘syura’ yang sememangnya sangat ditekankan dalam ajaran Islam.

Apabila menyingkap sejarah PAS, kewujudan Majlis Syura Ulama ini adalah titik tolak bermulanya era ‘Kepimpinan Ulama’ yang memperlihatkan hasilnya hingga saat ini. Bermula ketika era kepimpinan Yusuf Rawa, perlembagaan parti telah dipinda beberapa kali setelah hampir setahun pimpinannya sehingga akhirnya terbentuk Majlis Syura Ulama yang merupakan badan tertinggi dalam PAS (Riduan 2004: 83).


Anda mungkin rimas apabila menyebut tentang kajian-kajian budak U. Orang pun kurang faham perkara yang abstrak. Adalah lebih baik menjurus macam mana orang kampung bercakap.

Semalam saya ditanya oleh seorang yang sudah berumur, mungkin lebih berumur daripada saya. "Kenapa PAS bagi Exco Agama kepada PKR"?

Saya diam tak menjawab, dia tenung saya. Saya bertanya "Tanya saya ke?"

"Habis siapa yang boleh menjawab, selain daripada ustaz?" Katanya.

Lagi rimas dibuatnya, sebab saya bukan ustaz sekadar berketayap sahaja. "Oii, saya, saya bukan ustaz" kata saya. "Bukan ustaz pun takkan tak tahu" macam perli aje.

"Itu telah diputuskan. Telah wujud perbincangan antara PAS dan PKR dalam hal ini. Ini telah dijelaskan oleh Dr Rani, Persuruhjaya Selangor dalam Sinar Harian"
kata saya.

"Lagipun PKR berjanji akan memulangkan semula jawatan ini, sekejap aje kata saya. Ini telah ditegaskan oleh Persuruhjaya PAS" tambah saya lagi.

Orang itu nampak macam tak ada reaksi yang bersetuju, muka dia semacam aje. Dia menjawab pendek "Betul ker..?

Saya tak memberikan sebarang reaksi daripada kenyataan pendek dia itu. Dia menghirup teh dan berkata "Majlis Syura setuju ke?"

Saya kata, "Majlis Syura pasti setuju"

Dia senyum dan berkata "Majlis Syura tak pernah bermesyuarat pun. Majlis Syura dalam PAS dan tak ada apa-apa manafaat lagi" Selepas itu dia bersyarah kepada saya.

Saya simpulkan sahaja apa yang disyarahkan kepada saya dan audian di warung itu.

Saya anggap orang itu adalah ahli biasa PAS, yang cukup prihatin tentang PAS. Dia selamba bercakap di warung yang terbuka mengkritik Majlis Syura PAS yang tak berfungsi. Dia berpegang isu Dr Hassan Ali tidak melarat sebegini kalau Majlis Syura berfungsi dengan baik. Malah dia menuduh Majlis Syura tak pernah bermesyuarat pun.

Anggapannya Majlis Syura adalah macam kita takutkan anak-anak dengan cerita hantu. Jadi ahli PAS dimomok dengan Majlis Syura sedangkan Majlis Syura itu sudah tidak ada lagi bagi pandangan dia. Tak wujud sebenarnya.. Itu kata-kata akhir dia sebelum dia meninggalkan saya sambil memanggil pekerja warung untuk membayar harga makanan.

Benarkan Majlis Syura tak pernah bermesyuarat?
Pembaca boleh menjawab...

Sebelum ini Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah menyebut beliau tak pernah hadir dan memanggil mesyuarat untuk Majlis Syura pada penggal lalu. Adakah penggal baru ini sama seperti dulu??

Malanglah buat PAS kalau badan utamaini betul-betul tidak pernah bermesyuarat!!

3 comments:

  1. Bubarkan je Majlis Syurah. Wujud on paper je. Tiada peranan langsung. Ulamak dah sibuk berpolitik 24 jam. Beri pandangan pun yg karut marut. Nik Aziz punca segala pemasalahan dalaman Pas. Jawatan Mursyidul nak, keje tak tau nak buat. Menghabiskan beras je.

    ReplyDelete
  2. Aji Nik Aziz ada komitmen dgn pakatan lain. Orang PAS dan perwakilan patut desak AGM, suruh Mursyidul Am bersara. Tak layak. Fitnah menjadi-jadi (kesesatan dan ketaksuban berleluasa). 'Kiblat' pun entah ke mana.

    Islamik konon. Negeri sendiri tak terjaga, tp sibuk jadi 'mursidul am' negeri lain. Isu DAP, dia confirm bersuara. Tapi bila ada isu tak blh jawab, 'ambo jago Klate jah'. Gapo dio? mursidul guano gitu? Mursidul DAP ko?

    ReplyDelete
  3. Muryidur Am perlu dihayati mengikut perlembangaan

    ReplyDelete