Saturday 9 July 2011

Bersih: Ulama sudah bersuara tapi kalau turun lebih baik

Sebelum ini saya menulis mengenai laman-laman atau blog Dewan Ulama PAS yang suram dan sepi tidak ada berita melainkan sekadar petikan khutbah sahaja. Al Hamdulillah kini saya nampak satu perubahan sinar yang mana penulisan-penulisan daripada ulama telah terserlah dan memberikan nur kepada kita semua.


Bersih yang insya-Allah akan berhimpunan pada pukul 2 petang nanti dengan apa keadaan sekali pun. Semua dikalangan kita akan memainkan peranannya. Unit Amal sebagai pengawal dan benteng pertahanan.



Unit Amal telah meletakkan dirinya pada status yang sanggap baik pada pandangan umum. Berdisipin, amanah serta berani dalam melakukan kerja. Jika semua Lajnah PAS boleh meletakkan satu 'standard' dalam gerakkerjanya pasti PAS akan menjadi alternati untuk PAS ganti UMNO.


Ada yang akan datang dengan keluarga bagi menunjukkan komitmen yang sunguh-sungguh dalam hal ini.


Anak didukung bersama untuk merasai akan bertapa peritnya untuk mendapatkan hak dan kebenasan di negara tercinta.



Anak yang besar dipimpin dan dibimbing untuk mendidikan akan erti perjuangan kebebasan.




Anak gadis juga tidak disimpan di dapur dengan kursus masak-memasak. Atau sekadar mengemas rumah.

Remaja adalah obor kekuatan BERSIH 2.0



Walaupun kita dibom dengan gas asasp pemedih dan di sirami dengan air untuk mengaktifkan bahana gas pemedih, tapi.... kita




....bertanggungjawab terhadap negara kita. Kita bukan pengganas tapi kita adalah perjuangan kebenaran untuk meruntuhkan mereka yang merasakan harta kita (rakyat) macam harta mak bapak dia orang. Rakus dan sombong dengan kemewahan.


Kita happy dengan bersih.



Kita tenang dan pasrah dengan apa yang akan terjadi.


Saya suka jika ketua ulama kita boleh datang dengan kerusi rodanya untuk majlis bersih ini. Ulama pimpinan kita dan pimpinan harus menjadi idola. Ulama jika ditangkap berbeza dengan 1000 orang awam ditangkap. Salah saya berfikiran seperti ini?

1 comment: