Friday 10 June 2011

Mat Sabu atau Shafie Nor yang nak tunjuk belang?


Saya terbaca satu blog baru lahir. Hampir sama lahirnya blog ini. Penulis blog ialah Shafie Nor seorang wartawan veteran yang berkhidmat di era Tun Abdul Rahman Putra Alhaj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pernah berkhidmat dengan The New Straits Times sekitar 1972-1982 dan sebelum bersara menjadi Ketua Editor Suara Merdeka terbitan UMNO Malaysia.

Juga penulis buku dan antara buku yang agak menonjol ialah Dosa-Dosa Tengku Razaleigh.

 Dalam tulisan sulongnya Shafie Nor ada menulis.

NAMPAKNYA Timbalan Presiden Pas yang baru, Mohamad Sabu mula tunjuk belang. Selang beberapa jam sahaja sah menang jawatan, dia ajak rakyat turut serta dalam perhimpunan gerakan bersih kedua yang dirancang pada 9 Julai depan.

Dia juga meminta ahli-ahli dan para pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) beramai-ramai menghadiri perhimpunan yang diatur untuk mendesak kerajaan melaksanakan sistem demokrasi dan adil dalam proses pengundian pilihan raya

Saya rasa Shafie Nor tak tahu apa itu usul dan bagaimana proses usul dilaksankan sehingga boleh dibawa untuk dibentangkan dalam Muktamar.

Dah pencen tak payah nak tunjuk belanglah!!

1 comment:

  1. Salam. Kesian kat shafie, veteran wartawan ni. sepatutnya siasat la dulu siapa perancang perhimpuan gerakan bersih kedua ni? bila perancangan dibuat? lepas tu baru la komen. di usia intan ni, shafie nor ni patut selalu pi masjid. kumpul pahala bukan kumpul dosa. ingatlah, kubur tu dah dekat sangat2. kalau dah nyanyuk tu, plaster aje mulut tu dan banyakkan berzikir dalam hati.

    ReplyDelete