Wednesday 8 June 2011

PAS kena baiki SPR muktamar

Sebelum pukul 10 pagi 4 Jun 2011 saya dah dapat keputusan pemilihan Muktamar kali ke-57. Malah MalaysianInsider telah menyiarkan keputusan tak rasmi berkenaan. Dua tahun lalu semasa pemilihan juga, Cikgu Pa dikatakan menutup telefon sehingga Presiden pun tak boleh hubungi beliau sehingga keputusan keluar. Ketegasan ini berpunca daripada komen-komen pemilihan tahun sebelum itu, 2007 yang juga bocor keputusan semasa Ustaz Nasha melawan Ustaz Hassan Shukri untuk Timbalan Presiden.

Keputusan yang diketahui bukan setakat siapa memang atau siapa kalah, malah angka-angka tepat bilangan yang diperolehi oleh Mat Sabu dan calon lain.
Gambar Husam sempat layan pemerhati
beberapa saat lagi keputusan nak diumumkan di luar Dewan.

Saya ambil gambar YB Husam di luar Dewan dan beliau sempat melayani pemerhati untuk bergambar sedangkan keputusan tak sampai 1 minit lagi nak diumumkan (masa untuk derma), malah beliau sempat membeli di gerai Unit Amal. (Kalau ada yang kenal siapa yang ada dalam gambar boleh bertanya..)
Sebenarnya YB Husam telah mengetahui keputusan dengan sistem baru pemilihan kali ini.

Pertandingan tahun ini ada sedikit perubahan dengan adanya borang semacam SPR14 yang mana ada wakil calon yang menanda tangani keputusan pemilihan. Sepatutnya wakil calon dan calon mestilah amanah dengan keputusan tersebut sehingga pukul 10 pagi esokkannya. Tapi malang akhbar internet telah dimaklumkan keputusan ini.

Saya melihat suatu yang serius tentang amanat dan rashia parti. Sepatutnya perkara ini tidak dibocorkan.

Dulu pernah mesyuarat AJK PAS Pusat juga bocor maklumat kepada blogger atau penulis blog. Mesyuarat belum lagi habis, di blog beberepa keputusan penting sudah diketahui sehingga pernah di arahkan semua yang hadir meninggalkan handphone atau apa-apa perkakas IT sebelum masuk mesyuarat.  Lucukan... tapi itulah kedudukan sebenar yang berlaku.

Malulah kalau AJK PAS Pusat pun kena disiplin begitu. Harap-harap tahun ini jangan lagi buat perangai macam itu.

No comments:

Post a Comment