Sunday, 12 June 2011

Kambing luar kumpulan, rumput kering pun disangka burger!


Hari ini Presiden PAS telah mengumumkan kabinet penuh parti PAS bagi menghadapai pilihan raya kali ke-13. Walaupun tak banyak perubahan tapi ada sebahagiannya menunjukkan komitmen AJK PAS Pusat untuk mengambil saranan suara rakyat yakni suara daripada lapisan bawah parti serta pendokong PAS bukan dikalangan ahli parti.

Saya masih tak nak mengulas secara mendalam, tapi menarik untuk saya memberi komen balas kepada penulis blog terutamanya yang 'gatal tangan' menulis mengikut nafsu walaupun ber'pakaian dan wajah Islam'



Zainol Abideen atau dikenali sebagai Mahaguru58 telah mengulas pertukaran beberapa jawatan ini dengan tohmahan jahat. Artikelnya "Dato Dr Hassan Ali korban pertama Kabinet Perang PAS ~ Salam Takziah!" sangat prajudis dan menunjukkan dia bersifat dendam dan busuk hati.

Memang susah kalau manusia berada di luar Jamaah merasai dirinya betul. Tulisan tanpa asas yang kukuh, sekadar mengambil kejadian lapisan luar sebenar bukan menunjukkan tulisan yang matang.

Mengganggap Dr Hassan Ali dipecat daripada golongan ulama adalah telahan paling bodoh. Tak terfikirkah si Mahaguru58 ini bahawa Dato' Harun Taib, Pesurunjaya PAS Negeri Terengganu juga dipecat dan diganti dengan golongan profesional Abdul Wahid Endut? Sedangkan Abdul Wahid bukan dikalangan ketiga-tiga Timbalan Persuruhjaya sebelum ini.

Kalau nak dibandingkan Dato' Harun dengan Dato' Dr. Hassan, siapa yang lebih ulama?

Begitu juga di Melaka, adakah perlantikan Adly Zahari juga boleh dikatakan menepikan golongan ulama? Sebagai seorang Islam kita kena akur semua perkara adalah kehendak Allah s.w.t. Orang yang nak dilantik menjadi Persuruhjaya di Melaka telah kalah di kawasannya dalam pemilihan baru-baru ini. Takdir untuk menaikkan Adly Zahari sebagai Persuruhjaya antara yang termuda.

Darjat dan kemulian adalah pemberiaan Allah. Dia boleh bagi kepada sesiapa yang dikehendaki walaupun orang itu kita nampak macam belum bersedia.

Saya pernah didatangkan seorang yang menangis-nangis kerana dia merasai dirinya teraniya. Banyak kerja boss dia terpaksa buat.

Saya tanya dia, dengan kelulusan akademik awak adakah awak mampu menjadi boss di situ. Dia menjawab "tidak".

Sekarang siapa yang paling berkuasa mengatur semua hal di situ? saya tanya dia.

Dia jawab sayalah kerana semua kerja boss saya yang buat.

Saya jawab mudah, sebenar Allah telah menaikkan darjat awak walaupun akademik awak tak tinggi. Awak sahaja nampak awak teraniya!

Dia terdiam.

Saya katakan lagi, anggapkan itu cabaran, ambil kesempatan daripada keadaan dan buat sebaiknya sesungguhnya anda telah dianugerahkan Allah suatu yang mulia!

Saya tak nak sebut negeri-negeri lain lagi untuk berhujah.

Zainol Abideen telah banyak kali menjadi dalang (Cybertropper UMNO) yang menyerang PAS secara halus memberikan gambaran yang salah dan bergerak seolah-olah simpati dengan penjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

1 comment:

  1. Kambing tua keparat tu telah keluar drp PAS dan menjadi balaci UMNO. Tuan boleh lihat siapa sebenarnya kambing tua itu di sini.

    ReplyDelete