Sunday, 5 June 2011

Golongan Ulama dan Dewan Ulama PAS

Saya dihujah dengan nada tidak puas hati kononnya pemilihan PAS kali ini seolah-olah perwakilan menolak ulama. Ada juga yang mengatakan semacam ulama tidak mampu membawa PAS dan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Saya berkata, adakah yang bercakap seolah-olah menolak ulama tidak memahami apa itu kepimpinan ulama. Saya bertanya lagi adakah mereka sedar dan meneliti bilangan perwakilan yang membuat undian?

Keputusan untuk Timbalan Presiden adalah seperti berikut:
Mohamad Sabu 420,
Tuan Ibrahim Tuan Man 399,
Nasarudin Isa 224.

Ini bermakna perwakilan yang memilih untuk golongan ulama adalah 623 undi dan 420 undi untuk golongan profesional (atau dilobikan sebagai bukan ulama). Rasionalnya perwakilan masih lagi memihak kepada golongan ulama.

Kepada ada usaha untuk mewujudkan batas dan benteng antara kedua-dua golongan ini? Kenapa nak diasing-asingkan kreatia untuk memisah-misahkan gah padu barisan kepimpinan dalam PAS?

Saya jadi lagi tak faham kalau YB Salahuddin diletakkan dalam 'chai' kumpulan ulama. Adakah ulama dan bukan ulama ini adalah kumpulan macam team A dan team B seperti pemilihan UMNO?

Ulama adalah waris nabi. Kepimpinan ulama adalah teras untuk diikuti  lebih daripada 20 tahun lalu apabila PAS diperbetulkan landasannya. Arus kepimpinan ulama juga di bawa oleh Ketua Pemuda pada masa itu Mustafa Ali (Cikgu Pa) yang bukan dikalangan golongan berpendidikan ulama.

Jadi apa sebenarnya kepimpinan Ulama?

Saya setuju dengan Husam Musa yang mengatakan semua yang menang untuk kerusi Naib adalah daripada didikan ulama.

Jika golongan ulama tidak dipilih dan kurang terpilih di dalam AJK yang terdiri daripada 18 orang itu normal dan sama juga jika kita sebut tidak ada wanita (muslimat) yang dipilih di kalangan Naib dan AJK 18 orang?

Habis dimana peranan mereka?

Saya berpendapat sebab itu wujudnya Dewan Ulama dan Dewan Muslimat. Tujuannya tidak lain untuk memberikan peranan kepimpinan ulama dan uslimat boleh diperkasakan.

Dewan Ulama haruslah memainkan peranan yang lebih aktif malah lebih agresif dalam hal ini kerana kurangnya golongan tersebut dalam barisan kepimpinan PAS yang terkini. Dewan Ulama bukan lagi seperti Quran buruk, tidak digunakan tapi tidak juga dibuang!

No comments:

Post a Comment