Monday, 20 June 2011

Demokrasi dan Suara Rakyat

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meminta Himpunan Bersih 2.0 bulan depan dibatalkan jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat memberi jaminan pilihan raya umum yang bersih dan adil. Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata beliau bersedia meminta Pengerusi Bersih Datuk Ambiga  Sreenevasan “esok juga” jika Najib sanggup memberi jaminan itu.

Dalam membalas kenyataan ini, Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan Himpunan Bersih 2.0 akan diteruskan sambil menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai kuasa meminta membatalkan perhimpunan itu walaupun Putrajaya dapat memberi jaminan pilihan raya umum yang bersih dan adil.

Kata Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), pihaknya menghormati hasrat Anwar, namun keputusan membatalkan Himpunan Bersih 2.0 bukan di bawah kuasa Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.

Ini kerana jelas beliau, Bersih bukan didokong oleh parti-parti politik tetapi badan bukan kerajaan (NGO) yang menuntut pilihan raya adil dan bebas.

Apakah jaminan kerajaan selama ini boleh dipercayai. Kerajaan selalu mempergunakan demokrasi bagi menyebunyikan sifat rakus, zalim dan korupsi mereka. Untuk itu suara rakyat perlu dipertegakkan.

Kerajaan sudah mula memberikan gambaran bahawa perhimpunan ini adalah perhimpunan haram. Segala usaha dilakukan untuk menunjukan yang kekasaran dan kekasaran akan berlaku sebenarnya datang dari pihak kerajaan sendiri dan menggagalkan perancangan secara aman ini.

Semakin kuat usaha dilakukan untuk menggagalkan perarakan ini semakin jelas bahawa kerajaan takut akan kuasa dan suara rakyat dalam memberikan sokongan kepada perhimpunan secara aman ini.

Percayalah sokongan dan dokongan kita terhadap perhimpunan ini tidak mampu dihalang oleh kerajaan dan  polis. Pemikiran dan sanubari kita mesti bersih untuk kita bersihkan demokrasi di negara kita.
Apa yang terjadi Himpunan Rakyat BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 ini mesti diteruskan!!

No comments:

Post a Comment