Saturday 4 June 2011

Utusan Malaysia Faktor Penentuan Kepimpinan PAS?

Sahabat saya, orang kuat PAS Kawasan Batu menyalahkan Utusan Malaysia. Katanya Utusan Meloya punya pasal, Tuan Ibrahim kalah. Sengaja nak kenakan ulama dalam PAS.



Saya tak tahu apa asas hujah dia dalam hal ini. Tapi dia sekadar berteori mengikut tulisan Mohd Sayuti Omar, MSO dalam blog Merah Tinta.

Saya cuba memahami apa yang di tulis oleh MSO. Antara petikan yang dirasai mungkin ini yang dimaksudkan oleh kawan saya.
Gambaran kedua bagaimana kedua calon al ulama warsatul ambia itu akan hanyut ialah apabila Utusan Malaysia berkempen bermati-matian mahukan kepada ulama. Setengah pihak merasa seronok bila Utusan mengangkat martabat ulama dan membelanya. Secara zahir tindakan Utusan itu semacam ianya mahukan kepada tokoh ulama yang berada di kerusi nombor dua. Paling jelasnya Nasharudin.

Tetapi itu adalah strategi dan tektik Utusan saja. Di sini berlaku tindakan reverse psykologi. Apa sebenarnya yang dikehendaki Utusan ialah supaya tokoh ulama tidak berada di situ. Utusan khasnya dan tuan mereka lebih senang kepada Mohamad Sabu atas beberapa sebab dan faktor.

Apabila Utusan...menyokong ulama menyebabkan perwakilan akan marah kepada tokoh ulama yang mendapat sokongan Utusan dan Umno. Di sinilah perwakilan membuat tindak balas dengan mengambil Mat Sabu. Jadi berjayalah Utusan memerangkap perwakilan supaya mengikuti jarum yang dikehendakinya.


Saya tak mampu untuk ulas panjang tulisan Sayuti ini kerana dia adalah penulis tersohor. Tapi hati kecil saya masih tidak boleh mengganggap perwakilan PAS bodoh sangat hingga boleh dipengaruhi oleh Utusan yang dikatakan meloya itu?

Berapa ramaikah perwakilan berkepit dengan akhbar itu sehingga kata-kata menjadi penentu kepada orang nombor dua dalam parti.

Adakah saya salah?

No comments:

Post a Comment