Mummy Rokiah dalam blognya ada menulis bahawa ramai dikalangan cybertropper UMNO yang sekadar menyalak untuk mendapat habuan. Tulisan itu dipercayai ditujukan kepada unit tempur cyber UMNO yang dikatakan tidak memahami isu sebenar dan gerak kerja yang tidak bersistematik dalam menghadapi pembangkang.
"Ganjaran diberi kepada amereka yang pandai menyalak dan ‘demand’ yang bukan-bukan tetapi hasil kerja hanya ciput" kata Mummy Rokiah.
Berbeza pula di dalam PAS, ada yang menyalak atas tujuan mencari perhatian setelah sekian lama membuat fitnah kepada sesetengah pimpinan tanpa bukti yang asas, sekadar membentuk satu tanggapan buruk semata-mata kepada pimpina yang tak disukai.
Kita boleh teliti bagaimana blog Malaysian Waves yang membuat perbagai tuduhan kepada kumpulan yang dilabelkan sebagai "geng ulama" dan kini tuduhan pula dilemparkan kepada pemuda PAS dengan tohmahan tanpa asas dan bukti dengan menggunakan kaedah yang sama. Ayat-ayat seperti "menurut sumber yang dipercayai" adalah pelengkap kepada jalan cerita tanpa hujah dan fakta. Pembaca diulang-ulang dengan tohmahan dan beberapa blog spesis yang sama akan menjalankan cerita yang sama agar tohmahan nanpak macam benar=benar berlaku. Modul operasi sama dengan cara UMNO menipu rakyat dengan tohmahan tak benar kepada Pakatan Rakyat.
Begitu juga dengan Aduka Taruna yang masih berada dalam tempurung yang sama dengan mengulang dan mengulang idea Melayunya saling tak tumpuh macam Tun Mahathir dengan membuat persepsi yang negetif kepada Presiden PAS. Tun yang sukar nak dibetul kerana karat yang sudah sebati tapi malang bagi anak muda yang baru mula mengenai dunia poltik sudah ada sindrom ini.
Sepatutnya sekarang masanya blogger menjadi benteng kepada kepimpinan untuk menuju ke Putrajaya dan blogger juga adalah pengkritik yang tegas dalam membuat teguran kepada mana-mana pemimpin tanpa terjerumus dalam kumpulan-kumpulan dicipta ini. Tegur mana yang salah, pembetulkan mereka dengan hasrat mereka akan menjadi pimpinan yang baik. Jangan sekali kita mencemar pimpinan kita dengan kotaran yang taksepatutnya.
Oleh itu janganlah menyalak sekadar untuk mendapat perhatian sahaja.
No comments:
Post a Comment