Lagi cerita pasal kawan saya di Kawasan Batu. Dia masih tak puas hati dan menghitung takdir mengatakan jika Ustaz Nasha tarik diri, sudah tentu Tuan Ibrahim Tuan Man boleh memang selesa.
Ada beberapa orang yang ada di kiri kanan tempat kami berbincang menyampuk dengan mengatakan, Tuan Ibrahim Tuan lebih baik bertanding sebagai Naib Presiden sahaja. Pasti beliau mendapat undi terbanyak (undi popular) dan rekod Tuan Ibrahim memang menerajui undi paling popular dalam pemilihan Naib dan AJK PAS Pusat.
Mereka menyebut juga. Mohamad Sabu dan Ustaz Nasharuddin pasti sengit dalam pemilihan satu lawan satu. Tapi katanya sekurang-kurang sudah ada satu golongan ulama dalam Naib.
Saya juga menambah secara seleroh, Kalau Timbalan Muryidur Am dan Ketua Dewan Ulama tidak melobi mengekalkan Ustaz Nasha. Sudah pasti Tuan Ibrahim Tuan Man boleh menang. Banyak Kawasan terpaksa ber'syura' untuk memilih antara Ustaz Nasha dan Tuan Ibrahim.
Mereka terdiam.
Saya juga menambah lagi. Bilangan undi masih menunjukkan undian untuk golongan yang disebut-sebut sebagai ulama adalah 60% dan Mohamad Sabu hanya memperolehi sokongan hanya sekitar 40% sahaja daripada perwakilan.
Untuk menuntup percakapan hilang rasa frust mereka ini, saya menyimpulkan itulah gerak kerja yang disebut sebagai golongan profesional. Orang profesional boleh menunjukkan golongan sedikit boleh mengalahkan golongan yang banyak dengan strategi dan perancangan yang tepat.
Mereka tak ramai tapi mereka bersedia mengambil apa sahaja peluang dalam PAS untuk kepentingan tujuan mereka. Mereka bukan sahaja berkerja pada saat-saat pemilihan malah mereka telah bersedia setelah kalah dan tidak mendapt hajat dalam pemilihan 2 tahun yang lalu.
Alangkah baiknya jika gerak kerja seperti ini dibuat untuk memangkan PAS dalam pilihan Raya ke-13 nanti. Dan alangkah baiknya jika ulama boleh memandu mereka ini agar tidak terlalu ghairah sehingga mengadaikan prinsip Islam dengan harapan kononnya menjaga hati rakyat.
Ulama dan Profesional mestilah disatukan dalam ikatan yang kuat, bukannya membezakan mereka kerana ini sudah bercanggah sama sekali dengan apa yang pernah di ucapkan oleh Almarhum Ustaz Fadhzil Mohd Nor.
Saya berpendapat melabelkan ulama dan profesional dalam PAS adalah usaha jahat untuk merosakkan penyatuan yang pernah menjadi amanah dan wasiat almarhum.
No comments:
Post a Comment