Tun Dr Mahathir Mohamad, pakar manipulasi telah membuat kenyataan berhubung dengan perkembangan Muktamar PAS kali ke-57 dengan mengatakan tak payah tunggu Karpal Singh mati untuk langkah mayat, PAS telahpun berubah dasar daripada Negara Islam kepada Negara Berkebajikan. Walaupun tak hadir Karpal telah menang kata sinisnya.
Saya akui Tun Mahathir memang licik dalam sebarang kenyataan, dalam keadaan selamba dan bersahaja kadang kala dia boleh matikan hujah. Tak ramai yang macam dia ini. Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga bersifat demikian.
Hari ini Karpal Singh dalam blognya menasihatkan Tun supaya menggunakan sisa-sisa hidupnya untuk bertaubat kerana dia terlalu banyak membuat dosa semasa menjadi Perdana Menteri 22 tahun yang lalu.
Karpal menambah lagi Tun adalah seorang yang degil dan keras kepala. Dia tidak pernah memohon maaf atas kesalahannya kepada negara dan rakyat. Sepatutnya masa tua dan sisa baki umur ini diguna untuk dia bertaubat.
Saya rasa kedua-dua ini kalau diibaratkan ubi kayu. Kedua-duanya adalah ubi yang tak empuk walaupun dimasak berjam-jam. Dah keras macam kayu..
Saya tak nak masuk campur dalam pergaduhan dia orang. Anda macam mana?
No comments:
Post a Comment