Sunday 12 June 2011

Piala FA: Presiden PAS Ucap Tahniah


Semalam saya begitu teruja apabila Presiden PAS mengucapkan tahniah kepada pasukan Negeri Terenganu kerana memenangi Piala FA. Ucapan daripada facebook beliau telah disiarkan melalui Harakahdaily lewat semalam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak Terengganu yang telah berjaya menjuarai Piala FA 2011.

“Juga syabas kepada pasukan Kelantan yang menunjukkan permainan yang konsisten sehingga saat-saat terakhir perlawanan,” ujarnya di laman Facebook - Harakahdaily

Saya juga rasa bangga bila Harakahdaily sudah tidak lembab seperti dulu dalam mengemaskini berita dan perkembangan ini agak baik.

Presiden PAS mestilah mesra rakyat, mudah berbincang dan idea serta pandangannya mestilah diketengahkan. TG Haji Abdul Hadi memang diketahui mahir menggunakan komputer, malah antara pimpinan yang awal menggunakan IT. Walau bagaimanapun mesti ada penggerakkan dibelakang beliau untuk mengerakkannya kerana beliau tidak mungkin mampu untuk membuat semuanya walaupun beliau mahir.

Tapi, saya masih dukacita, blog Presiden tidak dikemaskini sehingga hari ini. Posting terakhir pada 19 April 2011 berkenaan PAS akan bertanding di Sarawak adalah terlalu terbelakang.

Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini?

Pengarah IT PAS Pusat sepatutnya sedar dalam hal ini bukan asyik mengatur 'chai' tetapi kenalah lihat semua ini. Jika dia boleh arahkan orang-orang IT untuk mengemas kini blog Kalam Perantau, kenapa beliau tak boleh berbuat demikian untuk blog Presiden?

Blog Mohamad Sabu dot Com alhamdulillah nampak baik semenjak April 2011 mungkin ini adalah momemntum daripada beliau hendak bertanding jawatan Timbalan Presiden. Sebelum ini blog beliau juga ada turun dan naik.


Saya juga masih sedih melihat laman Dewan Ulama PAS Pusat. Walaupun sebelum ini ada penulisan daripada penulis blog menegur perkara ini, tapi nampaknya Dato' Harun Taib seolah-olah tidak mengendahkannya.

Saya juga macam pelik, Pesurunhjaya PAS Negeri Terengganu tidak mempunyai laman rasmi untuk berkomunikasi dengan masyarakat luar khususnya pengguna internet. Cukup malu sekiranya anda buka laman Ketua Dewan Ulama yang posting terakhir adalah 1 Febuari 2010 lebih setahun yang lalu.

Tak hairan jika nak buat buat sidang media, Dato' Harun Taib terpaksa mengggunakan Sinar Harian! Kalau ada blog atau laman kan mudah. Wartawan pun boleh semak blog jika ada mana-mana isu wartawan boleh menjadikan berita hanya mengambil maklumat daripada blog atau laman pimpinan.

Saya sama sekali tak nak kritik Dato' Harun tapi sepatutnya orang sekelilingnya yang perlu perihatin dalam hal ini!

No comments:

Post a Comment