Monday, 6 June 2011

Fitnah dan Tuduhan, Mampukan kita berhadapan dengan Allah?

Kempen pemilihan Muktamar PAS sudahpun selesai. Senarai 'chai' melalui SMS sudah berlalu. Cakap-cakap kedai kopi juga sudah tidak ada lagi.. sekadar tinggal adalah merai kemenangan atau merintis kekalahan.

Dalam kempen, walaupun berserban, berkupiah atau berbaju Melayu ala Anwar 80an tapi batas-batas kesedaran tentang bencana mulut tidak begitu diendahkan seolah-olah azab neraka ini untuk orang UMNO sahaja!

Blog, twitter atau facebook masih lagi hangat mungkin dunia sekarang lebih ke arah itu.

Saya tak berkenan betul dengan gambar yang diungkitkan oleh penulis blog PinkTurle2 berkaitan dengan Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Mengungkit kesalahan lalu untuk sentimen kebencian bukan cara orang mukmin buat kerja. Kalau Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah memaafkan dan memahami apa sebenarnya yang berlaku, anda sekadar tukang ambil gambar apa yang anda tahu?

Aka kelebihan anda dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz?

Sebagai orang mukmin kita diajar adab dan batas dalam membuat apa-apa persepsi, Jangan kebencian kita hilang pertimbangan dan akal keimanan membuat kita benci tak tentu pasal.

Kita akui Ustaz Nasha tidak mempunyai krisma anugerah Allah untuk menjadi pemimpin. Walaupun ilmunya tinggi dan anak murid khas Yusof Qardhawi tapi itu tidak menjamin dia menjadi pemimpin yang baik untuk satu gerakan Islam yang dinamik mengikut peredaran dan kehendak masyarakat yang sentiasa berubah. Beliau melepaskan peluang yang telah diberikan kepadanya beberapa tahun.

Tapi ini semua tidak memberikan lesen untuk mengenangkan kesilapan yang lalu (saya sekadar berpendapat kesilapan maklumat sahaja) untuk menghina dan mencerca beliau. Blogger-bloggerpun sebahagian besar juga ada dikalangan mereka yang "tahi UMNO' sebelum ini.

Tolonglah ikut adab Islam, hormatilah orang supaya orang boleh menghormati kita. Allah pasti mentarbiyyah Ustaz Nasah dengan tarbiyyah yang 'benar' sudah pasti dia dikasihi Allah.

No comments:

Post a Comment