Wednesday 15 June 2011

Harakah perlu diberikan nafas baru II



Hampir tengah malam sempat saya berjumpa dengan kawan saya di kawasan Batu. Kami minum dan berborak. Saya ditanya pasal isu Harakah dan kawan saya masih lagi ingat saya tinggalkan dia dengan persoalan yang belum selesai.

Dia mulakan pertanyaan. "Jika setuju Harakah perlukan perubahan, apa hujahnya?"

Saya sebenarnya tak selesa dengan isu Harakah dibincangkan secara umum, tapi isu atau masalah Harakah ini sudah menjadi semakin parah dan ada sebahagiannya sudah ber'nanah'. Tapi memang orang-orang PAS ini jenis baik hati mereka masih ada sikap "redha". Kalau UMNO dah lama harakah berkubur tanpa nisan!

Saya nak mula daripada mana, pasal apa harakah perlukan nafas baru? Kata saya sambil meminta minuman.

Mulalah daripada manapun sampuk kawan saya. Dia macam tak sabar untuk mendengar cerita dan pandangan saya tentang Harakah.

Tahu tak harakah tak auditing dan tak pernah diaudit, kata saya. Kawan saya macam terkejut. Betul ke? Betul, alasan bodoh yang diberikan ialah PAS organasasi parti bukan Sdn Bhd dan tak perlukan audit berlesen.

"Kalau diaudit berlesen nanti banyak maklumat akan sampai keluar, itu bahayakan parti" kata saya.

"Bahaya macam mana?" tanya kawan saya.

"Mana saya tahu itulah dijawab kepada saya jika saya tanya pembesar-pembesar harakah" kata saya.

Kawan saya tergelak. Kami pun gelak!

Walapun tak perlu diaudit kerana bukan Syarikat Sdn Bhd dan tak tertakluk kepada akta, Harakah perlukan audit untuk memastikan ke mana wang harakah dibelanjakan, kata saya.

Kalau setakat menerima laporan kewangan daripada seseorang individu yang dikatakan dipercayai dengan tiada sistem audit yang diboleh dipercayai, laporan kewangan seperti ini boleh menyebabkan berlakunya penyelewengan, kata saya lagi.

"Ya ke?" sampuk kawan saya

"Ya, pasal duit ini suatu yang boleh mengaburkan mata. Kalau tak berlaku penyelewengan kepada pimpinan yang menerajuinya boleh berlaku pada orang yang menguruskannya" kata saya.

"Lihat apa yang berlaku pada iklan harakahdaily. Saya percaya penulisan yang dibuat oleh beberapa penulis blog sebelum ini dengan bukti yang cukup jelas adalah satu pembongkaran yang benar". Tak ada apa-apa ulasanpun daripada Pengerusi dan Pengarah Urusan Harakah, tambah saya.

"Iklan harakahdaily telah diselesaikan dan perlukan masa", kata kawan saya.

"Ya memang selesai, itu pun setelah didedahkan. Tapi wang hutang hampir ratusan ribu lesap begitu sahaja. Duit siapa? tanya saya. Kawan saya terdiam.

"Bagaimana pula dengan iklan harakah cetak? tiada sitem audit yang betul. Tak ada sesiapa yang semak. Deal yang dibuat dalam kerjasama pun mengutungkan syarikat pengiklan. Lagi pelik orang yang bertanggungjawab menguruskan iklan akan membela pengiklan dalam mesyuarat yang diadakan, seolah-olah ada sesuatu yang tak kena" kata saya.

"Lihat harakah cetak, iklan banyak duit masuk tak banyak pun, sebab HARAKAH TAK ADA SISTEM AUDIT yang benar-benar boleh dipercayai!!" Kata saya dengan meninggikan suara.

"Takkan isu audit sahaja buatkan kita perlu menukar semua orang yang ada" Kata kawan saya.

"Lembaga Pengarah Harakah pun tak bermesyuarat" Kata saya.

"Ya ke?" Nampak macam menarik saya kawan saya terus mengadap saya.

"Kalau ada mesyuarat pun mungkin nak muktamar baru-baru ini. Banyak bulan tak bermesyuarat". Tahu tak kalau tak mesyuarat 3 bulan itu dah dikira lama bagi suatu organasasi. Harakah ini organasasi media, perlukan satu yang dinamik bagi menghadapi musuh UMNO yang sentiasa menyerang dengan pelbagai fitnah!" kata saya.

"Berapa bulan?" tanya kawan saya.

"Rasanya lebih daripada 6 bulan tak bermesyuarat" kata saya dengan nada yang slow. Malu didengar oleh musuh.

"Tak percayalah" kata kawan saya.

"Tahu tak Pengarah Urusan tak pernah berjumpa dengan staff secara formal dan satu perjumpaan untuk bertanyakan masalah" Kata saya.

"Ehh??" tak ada suara daripada kawan saya.

Selepas menghirup minuman dia pun kata patutlah ada bunyi-bunyi khabar "PA Dato' KJ Qcontrol, sampai Ketua Pengarang pun tak bergigi" Saya tergelak. Saya kata itulah realiti yang berada di Harakah yang mana ramai orang tak tahu kerana siapa yang nak selidik.

Nak selidik buat apa. Pemikiran yang sama dengan rakyat Kelantan zaman dahulu, bagi kain pelikat sudah rasa cukup tak perlu tahu lebih daripada itu. Kalau Pejabat Agung dapat RM50 ribu sebulan nak selidik buat apa, memang baguslah harakah mampu tanggung parti!

9 comments:

  1. harakah is, most of the time, politics. and politics is, like war, old men talking and young men dying.

    syed putra ahmad

    ReplyDelete
  2. KENAPA YE MANUSIA SEKARANG INI TIDAK MUIHU BERSYUKUR DENGAN APA YANG DINILMATI SEKARANG?

    ReplyDelete
  3. salam semua..mcm mana saudara dapat tahu semua ini? adakah rakan saudara itu serba tahu apa yang berlaku didalam harakah itu sendiri? dia staff harakah ker? kalau staff alangkah malu dan bodohnya dia, membuka periuk nasi nak diisi pasir. dan juga kalau staff sekalipun takkan lah dia tahu semua hal termasuk soal pentadbiran atasan dan kewangan...jagalah lidah wahai rakan saudara..nanti buruk padahnya.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Seorang mukmin memuhasabah dirinya tentang perlakuan yang telah dilakukannya. Kata Umar al-Khattab: “Hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung”.

    Seorang yang tidak beriman tidak memuhasabah diri. Dia mementingkan penampilan di hadapan manusia. Dia takutkan manusia, tetapi tidak takutkan Allah Taala.

    Dalam hal ini sebagai pemerhati bagi saya sepatutnya kite kembali kepada MUHASABAH diri, jika ade orang mempertikai atau mencari kesalahan kite bukankah lebih baik kite berfikir apakah benar apa yang di perkatakan sambil muhasabah diri, bukan menunding pada org lain.

    ALLAH tidak akan menguji kita jika DIA tahu hambanya tidak mampu.

    ~Unzur ila ma qola wala tanzur ila man qola~

    ReplyDelete
  5. Astagfirullahalaziiiiiiiimmmm.....kenapalah tak habis2 lagi nak buruk2kan orang.

    kalau anda rasa diri anda hebat dan benar..sila tampil ke hadapan dan minta penjelasan sewajarnya dari org-org yang berkenaan.

    kalau sekadar dengar org itu ckp ini, org ini ckp itu...rentikanlah...sekiranya itu semua tidak benar anda telah menabur fitnah dan sekiranya benar anda telah mengumpat....buat dosa jek!!!!

    Camana sok nak mintak maaf tuuuu????

    ReplyDelete
  6. Tak perlulah nak cakap banyak lagi..
    bukankah dah dikatakan berbalik kepada MUHASABAH DIRI bukan nak hentam balik apa yang dikatakan, sy tak berpihak pada mana2 baik org yang menghentam mahupun yg dihentam.

    Kalau tak ade angin masakan pokok bergoyang, cuba cari mana salah diri, sehingga ade org mengata sebegini rupa. Insan yang sempurna tu hanyalah nabi Muhammad SAW. kite ummatnya banyak kekurangan. Mungkin kite sendiri tak sedar yg kite banyak kekurangan.

    Cuba hadapi dengan cara profesianal bukan melenting, melenting akan nampak anda yang dihentam di pihak yang SALAH.

    Sekian!!!

    ReplyDelete
  7. FITNAH LEBIH TERUK DARI MEMBUNUH!!! JGN MENUDUH TANPA BUKTI....

    ReplyDelete
  8. Perumpamaan kalau ada angin masakan pokok bergoyang tidak lagi relevan utk zaman yang serba moden ini....

    Kita yang tak kena hentam boleh lah ckp macm2 ckp yang dihentam tak profesional lah, tak boleh terima teguran lah, sensitif lah tapi....ia bergantung bagaimana teguran yang diberikan itu.

    Pandangan saya, apa yang dipaparkan di blog ini bukannya teguran tetapi merupakan tuduhan yang boleh menjurus kepada fitnah semata2

    Kita semua boleh jek mengatakan diri kita ini profesional tapi tunggulah bila diri kita sendiri dituduh dengan tuduhan yang tidak berasas, bagaimana pulak perasaan kita....???

    ReplyDelete
  9. Assalam,

    Maaf saya rasa banyak apa yg dilaporkan oleh anda adalah sentimen dan persepsi yg melekat hasil dr rasa dengki atau tidak puas hati... jelas, anda menulis menampakkan cara untuk melepaskan ketidakpuasan hati yg tak kena pd tempatnya...

    1. Soal Audit
    Untuk pengetahuan Harakah mempunyai juru Audit dalamnya sendiri dan mempunyai report kewangan yg boleh di nilai secara detail oleh Ahli Lembaga Pengarah dan org2 di bahagian kewangan serta pimpinan. mungkin saya setuju hanya sekadar Report Aliran tunai yg perlu untuk di serahkan kpd Bendahari pejabat Agung atas tujuan ROS.
    Namun, secara detailnya, laporan tersebut adalah lengkap dan berada di bahagian kewangan untuk semakan pimpinan dan bendahari PAS sendiri. untuk pengetahuan anda, takkan laporan kewangan dgn sewenang2nya nak dedah kpd umum, syarikat awam berhad sekalipun kalau anda baca laporan kewangan mereka, ianya sudah di laporkan secara umum bukan detail sedetail2nya. (sampai berapa biji kariapa utk meetingpun nak lapor ker?)

    2. Mengenai Mesyuarat Lembaga Pengarah, ianya dibuat setiap pertengahan bulan dan ianya berjalan setakat ini.samada, ianya di hadiri oleh semua Lembaga Pengarah ataupun tidak(anda dpt maklumat dr mana yg kata tak berjalan?)

    3. mengenai MD tak berjumpa secara formal, ianya saya setuju, tp ketua2 jabatan yg sentiasa berhubung dgn staff biasanya mereka akan membawa permasalahan mereaka untuk dilaporkan kpd MD atau pengerusi hampir setiap bulan.

    4. Audit Iklan, ianya di buat setiap bulan dan berjalan setakat ini...berserta laporan Iklan berbayar atau tidak... perlu diingat Harakah merupakan akhbar Parti yg bukan mengaut keuntungan dr hasil Iklan semata2 kerana Iklan2 tersebut kadangkala merupakan Iklan yg melibatkan Parti dan ada tujuan kebajikan..

    Dan saya ingatkan saudara, jgn kata ianya realiti kalau anda bukan berada pd dunia realiti... saya akui Harakah dan warga kerjanya bukan maksum, namun, proses pembaikan berjalan atas kapasiti dan kemampuan yg ada

    manusiaanaeh - org dalam

    ReplyDelete