Saturday 11 June 2011

Harakah perlu diberikan nafas baru


Semalam berborak kosong dengan sahabat di kawasan Batu. Macam biasa cerita-cerita ringan pasal politik tanah air. Lebih banyak tertumpu kepada masalah dalaman PAS dan harapan untuk AJK PAS yang baru dilantik.

Sahabat saya bertanya, tahu tak, ada orang hantar SMS kepada semua AJK Tertinggi yang dilantik baru-baru ini pasal nak tukar pengurusan harakah.

Saya jawab ringkas, tahu. Saya kata kepada sahabat saya sepatutnya lobi-melobi ini tak perlu dibuat. Apatah lagi menggunakan nama orang-orang penting dalam harakah sedangkan dia tak tahupun. Kita tak boleh ambil percakapannya dikedai kopi sebagai sandaran dalam SMS bahawa dia juga setuju dengan perubahan itu.

Saya lihat banyak perkara buruk berlaku kerana penyebaran maklumat tanpa pengesahan yang tepat. Sahabat saya terdiam, macam dia bersetuju dengan saya.

Isu harakah ini kata saya, tak dipandang besar, walaupun kita beritahulah apa masalah sekali pun. Sebab harakah adalah projek PAS yang paling berjaya. Harakah menaikan peruntukan kepada Pejabat Agung daripada RM40 ribu kepada RM50 ribu sebulan.

Harakah banyak menampung perjalanan keluar masuk pimpinan PAS, termasuk keluar negara. Jadi tak ramai orang nak fikir pasal 'masalah' di harakah, kalau ada pun hanya mereka fikir bagaimana nak pergunakan duit harakah bagi tujuan dan aktiviti untuk kawasan mereka sahaja.

Sahabat saya masih terdiam.

Saya kata lagi, cuba sebut projek-projek yang berjaya di dalam PAS. Kohilal, nanti ramai yang menagis tak berlagu. TV PAS yang lebih RM4 juta? (Jangan salah faham dengan webtv.pas.org). Tak payah saya tulis yang lain-lain dan banyak lagi, cukuplah 2 itu sebagai asas hujah, nanti ada pula yang tuduh saya nak dedahkan aib PAS.

Sebab itu bila ada perwakilan dalam muktamar yang lalu menyebut pasal isu harakah tapi perwakilan ini tidak mendalami isu berkenaan dan banyak fakta yang tak jelas. Cikgu Pa hanya 'heh' sahaja perwakilan ini.

Saya juga baca beberapa blog yang menyerang begitu hebat pasal isu harakah, dia fokuskan iklan harakahdaily dengan maklumat yang tepat. Tak sampai ke mana juga, habis ke mana penulis itu sekarang?

Saya sebut kepada kawan saya, Cikgu Pa SU Agung boleh kita anggap sebagai doktor pakar, PAS sebagai hospital. Manakalah isu iklan harakahdaily adalah penyakit kencing manis, yang kakinya dan buruk, beberapa jari sudah hitam legam!

Sambil gelak saya katakan kepada sahabat saya kawasan Batu itu, engkau ingat Cikgu Pa hairan ke? Doktor dia biasalah melihat orang yang mati hari-hari. Cedera lebih parah daripada itu. Jadi setakat kaki buruk doktor hanya pandang sebelah mata sahaja. Jadi isu iklan harakahdaily entah nombor berapa dalam rangking masalah di kepala Cikgu Pa.

Cikgu Pa lebih berfikir masalah Pakatan Rakyat, nak naikkan imej Presiden dan banyak lagi isu yang lebih besar. Sepatutnya Dato' KJ yang menguruskan hal ini.

Saya kesian juga kepada beberapa penulis blog yang jujur berusaha dalam hal ini. Tapi realiti dalam PAS perlu juga di halusi barulah masalah berkenaan boleh diatasi.

"Habis engkau setujulah, harakah kekal seperti sekarang?" tanya sahabat saya.

"Tak, harakah perlu diberikan nafas baru" tegas sahaja.

"Hujahnya?" tanya sahabat saya.

Belum sempat saya jawab, saya terima call dan terpaksa meninggalkan sabahat saya.

Saya akan sambung lagi penulisan ini.

1 comment:

  1. Salam. Saya terbaca artikel yang anda tulis yang telah di post ke Tranungkite. Nampaknya banayk benda yang rasa anda tidak tahu berkenaan harakah. Tahukah anda apa yang ditulis sebelum ini mempunyai kebenaran yang boleh diambil. Malangnya oleh kerana tiada tindakan maka perkara itu dipendamkan begitu sahaja. Memang terdapat SMS yang dihantar kepada pimpinan baru yang menang tetapi itu adalah untuk perhatian mereka yang memang perlu di ambil tindakan bagi membetulkan keadaan di harakah. Perasaan tidak puas hati kakitangan Harakah terutama Editorial terhadap pentadbiran memang tidak dapat disembunyikan lagi. Ini adalah kerana kelemahan daripada Pengerusi. Lembaga Pengarah dan Pengarah Urusan sendiri. Kakitangan tiada tempat untuk mengadu. Jika mengadu maka mereka akan dicop dan sukar untuk menuntut apa-apa kemudahan dikemudian hari.
    Adakah anda tahu bahawa skim gaji harakah masih di takuk lama. Kekadang klim yang dibuat tidak dapat seratus peratus bahkan dipotong mengikut kehendak pentadbiran. Saya rasa anda sepatutnya datang melawat Harakah dan saksikan perbezaan Harakah di bangunan Editorial dan Pentadbiran.
    Anda boleh lihat komputer yang digunakan oleh Editorial dan pentadbiran. Komputer yang dibekalkan kepada Editorial kebanyakan berusia lebih 7 tahun atau lebih tetapi berbeza dengan pentadbiran yang baru. Begitu juga di Pejabat Agung sedangkan gaji mereka pun harakah yang bayar. Tetapi dari segi keselesaan Editorial lah yang paling teruk. Jika mahu keluar tugas dari kawasan kakitangan selalunya hanya diberi separuh daripada belanja yang diminta, maknanya kakitangan terpaksa menggunakan duit sendiri dan terpaksa tungu lagi sebulan untuk dapat bakinya dari pengurusan Harakah.
    Jika ada permintaan untuk menukar komputer atau kegunaan lain ia sering ditangguh malah mengambil masa bertahun barulah di beri. Adakah anda sedar? Bukan saya katakan Cikgu Pa tidak baik tetapi kelemahan memberi kuasa kepada seorang pegawai di harakah iaitu PA kepada datuk KJ membuatkan perkara ini berlaku.
    PA ini telah bertindak mengikut sesuka hati hingga kakadang-kadang jika ada masalahpun kakitangan terpaksa mendiamkan diri kerana malas mahu berdepan atau berjumpa dengannya. Itu sebab ada kakitangan yang terpaksa melangkah bendul atau terpaksa berjumpa dgn Cikgu Pa minta ia diselesaikan. Tapi sampai bila kakitangan akan berbuat demikian? Sebenarnya apa yang berlaku dalam pemilihan pucuk pimpinan PAS baru-baru membuatkan kakitangan Harakah mengimpikan sesuatu yang lebih baik pentadbiran daripada apa yang ada sekarang ini. Begitu juga Datuk KJ begitu lemah kerana hanya mengikut pandangan yang diberi oleh PA beliau dan tidak memikir langsung pandangan dan keperluan kakitangan yang lain. Jadi harap saudara faham akan isunya. Harap Tuan faham isu ini. Itu belum hal lain yang saya rasa tiada keperluan lagi Tuan perlu tahu. Selidik dan jumpa dulu kakitangan Harakah. Selami jiwa dan permasalahan mereka, baru anda akan faham setiap masalah yang berlaku.

    ReplyDelete