Sunday 12 June 2011

Lembaga Pengarah Harakah tak berfungsi?


Terima kasih kepada seorang pengunjung yang membuat komen kepada tulisan saya "Harakah perlu diberikan nafas baru". Saya menghargai komen saudara dan daripada tulisan saudara saya rasa amat mengenali saudara.

Saya percaya komen beliau ikhlas dan beliau berada dalam situasi yang sebenar yang mana pandangan dan luahan beliau perlu diambil perhatian.

Di bawah ini saya nukilkan semula komen beliau untuk tatapan pembaca kerana di sana ada banyak perkara yang boleh difikirkan bersama.

princess said...

Salam. Saya terbaca artikel yang anda tulis yang telah di post ke Tranungkite. Nampaknya banayk benda yang rasa anda tidak tahu berkenaan harakah.

Tahukah anda apa yang ditulis sebelum ini mempunyai kebenaran yang boleh diambil. Malangnya oleh kerana tiada tindakan maka perkara itu dipendamkan begitu sahaja. Memang terdapat SMS yang dihantar kepada pimpinan baru yang menang tetapi itu adalah untuk perhatian mereka yang memang perlu di ambil tindakan bagi membetulkan keadaan di harakah.

Perasaan tidak puas hati kakitangan Harakah terutama Editorial terhadap pentadbiran memang tidak dapat disembunyikan lagi. Ini adalah kerana kelemahan daripada Pengerusi. Lembaga Pengarah dan Pengarah Urusan sendiri. Kakitangan tiada tempat untuk mengadu. Jika mengadu maka mereka akan dicop dan sukar untuk menuntut apa-apa kemudahan dikemudian hari.

Adakah anda tahu bahawa skim gaji harakah masih di takuk lama. Kekadang klim yang dibuat tidak dapat seratus peratus bahkan dipotong mengikut kehendak pentadbiran. Saya rasa anda sepatutnya datang melawat Harakah dan saksikan perbezaan Harakah di bangunan Editorial dan Pentadbiran.

Anda boleh lihat komputer yang digunakan oleh Editorial dan pentadbiran. Komputer yang dibekalkan kepada Editorial kebanyakan berusia lebih 7 tahun atau lebih tetapi berbeza dengan pentadbiran yang baru.

Begitu juga di Pejabat Agung sedangkan gaji mereka pun harakah yang bayar. Tetapi dari segi keselesaan Editorial lah yang paling teruk.

Jika mahu keluar tugas dari kawasan kakitangan selalunya hanya diberi separuh daripada belanja yang diminta, maknanya kakitangan terpaksa menggunakan duit sendiri dan terpaksa tungu lagi sebulan untuk dapat bakinya dari pengurusan Harakah.

Jika ada permintaan untuk menukar komputer atau kegunaan lain ia sering ditangguh malah mengambil masa bertahun barulah di beri.

Adakah anda sedar? Bukan saya katakan Cikgu Pa tidak baik tetapi kelemahan memberi kuasa kepada seorang pegawai di harakah iaitu PA kepada datuk KJ membuatkan perkara ini berlaku.

PA ini telah bertindak mengikut sesuka hati hingga kakadang-kadang jika ada masalahpun kakitangan terpaksa mendiamkan diri kerana malas mahu berdepan atau berjumpa dengannya.

Itu sebab ada kakitangan yang terpaksa melangkah bendul atau terpaksa berjumpa dgn Cikgu Pa minta ia diselesaikan. Tapi sampai bila kakitangan akan berbuat demikian?

Sebenarnya apa yang berlaku dalam pemilihan pucuk pimpinan PAS baru-baru membuatkan kakitangan Harakah mengimpikan sesuatu yang lebih baik pentadbiran daripada apa yang ada sekarang ini. Begitu juga Datuk KJ begitu lemah kerana hanya mengikut pandangan yang diberi oleh PA beliau dan tidak memikir langsung pandangan dan keperluan kakitangan yang lain.

Jadi harap saudara faham akan isunya. Harap Tuan faham isu ini. Itu belum hal lain yang saya rasa tiada keperluan lagi Tuan perlu tahu. Selidik dan jumpa dulu kakitangan Harakah. Selami jiwa dan permasalahan mereka, baru anda akan faham setiap masalah yang berlaku.


12 June 2011 02:25 

Saya telah membuat sedikit semakan secara sepintas lalu dan saya dapati ada 7 isu yang dibangkitkan oleh pengunjung ini terhadap tulisan saya. Antaranya ialah;

1. Kelemahan Pengerusi (Cikgu Pa), Lembaga Pengarah dan Pengarah Urusan (Dato' KJ)

2. Perasaan tidak puas hati dikalangan kakitangan terutamanya bahagian Editorial

3. Skim gaji masih lagi ditakuk lama

4. Kemudahan & imbuhan terutama klim yang tak diurus dengan baik

5. Kelesaaan tempat bekerja, peralatan dan kemudahan asas yang tak terus serta diskriminasi dalam soal-soal kemudahan pentadbiran.

6. PA Dato' KJ yang bermasalah

7. Dato' KJ sendiri yang begitu lemah dan telalu mengikut Cikgu Pa.

Saya tinggalkan dulu penulisan ini untuk diberikan komen oleh pembaca lain sebelum saya membuat ulasan.

3 comments:

  1. terimakasih tin buruk.hal begini selalu saja saya berbincnag dengan kawan-kawan selepas membeli harakah.harakah sekarang di ibaratka seperti goreng pisang yang dah sejuk.teringin nak makan tapi hilang selera.tapi disebabkan ianya lidah rasmi terpaksa beli juga.saya harap tin buruk tulislah banyak2 tentang harakah ini supaya ianya menjadi akhbar yang benar2 dapat menarik pembaca lain yang bukan ahli.belajarlah dari akbar keadilan.saya syorkan muka depan harakah biarlah selalu siarkan berita yang menyerang umno.keluarkan gambar2 perhimpunan mana2 tempat supaya bila dilihat musuh akan jadi gentar.harakah jangan kedekut unutk siarkan gambar2.

    ReplyDelete
  2. Salam, saya secara ikhlas hati ingin sedikit menjawab apa yang ditulis dan disimpulkan oleh saudara Tin Buruk

    1. Kelemahan Pengerusi (Cikgu Pa), Lembaga Pengarah dan Pengarah Urusan (Dato' KJ)
    JAWAPAN : kebiasaan mana2 nature tempat kerja pihak pengerusi atau MD hanya lah penentu dasar kpd tugas atau kerja2 di pejabat, dan yg melaksanakan kerja atau dasar2 tersebut biasanya pihak pengurusan, pegawai hingga pekerja bawahan


    2. Perasaan tidak puas hati dikalangan kakitangan terutamanya bahagian Editorial
    JAWAPAN : perasaan ini seharusnya diluah secara dalaman terlebih dahulu... kalau sudah baru lah pergi kpd pihak pengerusi atau MD

    3. Skim gaji masih lagi ditakuk lama
    JAWAPAN : harakah merupakan organisasi parti di mana ramai lg anggota parti yg bekerja utk parti ttp tidak di bayar malahan memberi kpd PAS.. mungkin yg boleh dipersoalkan adalah keadilan pembahagian kenapa ada yg sikit dan kenapa da yg byk walaupun jawatan dan pengalaman lebih kurang sama... ataupun jawatan lebih kecil gaji lebih besar...

    4. Kemudahan & imbuhan terutama klim yang tak diurus dengan baik
    JAWAPAN : ejaan klim yg sebenar adalah claim bahasa melayunya tuntutan... perlu di rujuk kpd pihak yg menyerahkan borang tuntutan.. dan mana2 organisasi tidak ada bayarn penuh utk ke tempat tugasan (sama ada dlm bentuk advance ataupun pakai duit sendiri dulu) mungkin pihak pengadu tidak pernah bekerja di tempat lain...

    5. Kelesaaan tempat bekerja, peralatan dan kemudahan asas yang tak terurus serta diskriminasi dalam soal-soal kemudahan pentadbiran.
    JAWAPAN : urus semula cara request sesuatu peralatan.. kedua2 pihak perlu memainkan peranan (rasanya pihak pentadbiran khusus editorial perlu memainkan peranan)...

    6. PA Dato' KJ yang bermasalah
    jawapan : biasa mana2 organisasi pihak yg menguruskan kewangan/HR dan seumpanya akan dimusuhi staf lain :)

    7. Dato' KJ sendiri yang begitu lemah dan telalu mengikut Cikgu Pa.
    jawapan : (kenyataan yg salah). disebabkan pihak pentadbiran (PA) yg byk menguruskan kerja2 di pejabat tanggapan MD atau Pengerusi tidak memainkan peranan mungkin mewujudkan persepsi ini...

    saya juga setuju pendapat fazilzura.. mutu tulisan(mungkin jarang2) dan mungkin pendapat fazilzura merujuk proses akhir (mengedit serta membetulkan typing error kurang teliti dr pihak editorial...

    sekadar pandangan yg diharap dipandang positif :)

    ReplyDelete
  3. Saya merupakan pembaca setia HARAKAH dan terpanggil untuk memberi komen setelah membaca artikel ini melalui Tranugkite. Saya setuju sekiranya HARAKAH diberi NAFAS BARU kerana kandungannya yg kurang "mengancam" (maaf ye). Saya amat bersetuju dgn Fazilzura dimana saya membeli hanya kerana ianyanya lidah rasmi parti dan ingin membantu parti sahaja.Saya juga bersependapat dengan Abu Ziyad tentang isu-isu dalaman HARAKAH.Saya rasa amat lucu dengan sistem pengurusan dalaman Harakah dimana isu-isu pembelian equipment pejabat , claim dibawa hingga ke peringkat MD dan Chairman sedangkan mereka itu adalah penentu dasar sesebuah organisasi dan pelaksanaannya adalah di bwh tanggungjawab pegawai2 yg telah dilantik dan diberi mandat oleh sesebuah organisasi tersebut. Saya yakin bahawa pegawai-pegawai yang telah dilantik itu mempunyai sebab dan alasan untuk mempertimbangkan sebarang tuntutan berdasarkan budget tahunan yang telah diperuntukan. Saya sendiri merupakan FC (financial controller) di sebuah organisasi yang besar amat "kedekut" dan berhati-hati di dalam mengawal aliran kewangan syarikat. Saya harap pihak HARAKAH dpt bersama-sama menyelesaikan isu dalaman ini dan bukan hanya menunding jari antara satu sama lain. Ingatlah kalian bahawa kita bakal menghadapi PRU13 dan banyak cabaran yang harus kita tempuhi , sekiranya hal sekecil ini pun kita tidak boleh atasi bagaimana kita ingin menawan Putrajaya. Laksanakan tanggungjawab kita sebagai Media Alternatif utk PRU yang bakal tiba. ALLAHUAKBAR!!!

    ReplyDelete